Translate

Sunday, May 22, 2011

Puisi:- Kerana Kamu Istimewa... (Versi Jejaka)



Kamu , kamu dan kamu semua istimewa..
Kenapa aku katakan seperti ini..?
Kerana kamulah pemimpin kepada wanita seperti kami, kami dan kami semua..
Kamu jua adalah pelindung kami dari segala mara bahaya...
Kamu lah yang sepatutnya menjadi tempat kami berteduh dan bernaung..
Kamu lah pembimbing dan penasihat kami apabila kami melakukan kesilapan..
Jadi untuk itu kamu perlu bersiap bersedia..
Untuk menjadi ketua kepada kami semua  serta kepada nusa dan negara..
Oleh itu kamu semua perlu bersiap dengan segala ilmu di dada..
Ilmu agama dan juga Ilmu berkenaan dunia..
Kamu perlu menjadi contoh tauladan yang baik kepada kami..
Agar kita bersama dapat mencorakkan generasi masa depan yang lebih cemerlang dan berwawasan..
Kamu perlu sedar bahawa..
Kami adalah tanggungjawab bagi kamu dan kami bukanlah beban bagi kamu..
Kamu perlu tahu bahawa..
Kamu memang terpilih untuk menjadi ketua dan pembimbing kepada kami..
Oleh itu kamu perlu mengerti bahawa..
Kamu memang istimewa sebab itu kamu di pilih menjadi ketua..
Aku dan mereka semua berharap agar kamu tidak menyalah gunakan konsep ketua dan tidak menjadi ketua yang baik buat kami..
Oleh itu gunakanlah kuasa kamu sebaik-baiknya..
Wahai jejaka yang elok rupawan sekalian percayalah bahawa kamu memang istimewa..
Maka dengan itu bersyukurlah kamu kerana di lahirkan sebagai ketua..
Jadilah ketua yang sejati kelak dirimu akan sentiasa di hormati..


Nota:-Puisi nie adalah ilham sepenuhya pemilik blog nie..(hhtp//merpatiputih88.blogspot.com)sebarang penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Hakcipta terpelihara...Gambar dari google image...
Puis nie di tujukan khas buat smua jejaka-jejaka, harap awak semua dapat mengahayati dan memahaminya ya..:)

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...