Kamu pernah dengar perkataan cinta sejati...?
Mesti pernah kan..?
Dari kecik sampai besar asyik kena sogok dengan cerita-cerita cinta yang happy ending jer...
Kiranya semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan lah bila sebut pasal cinta nie..
Kalau gaduh bagai nak rak pun, ending dia si hero mesti akan bersama dengan heroin nya jugak..
Agak klise, walupun jalan cerita tak sama tapi pengisian lebih kurang sama...
Itu cerita cinta kat dalam buku takpun kat dalam movie..Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta di alam realiti..? Adakah ianya semuanya berakhir dengan plot yang begitu cantik sekali..? Adakah semuanya bernasib baik harus berakhir dengan kebahagiaan..? Kalau kamu dah beberapa kali kecewa dengan cinta maka kamu akan kata begini:
"Alah..Mana ade cinta sejati..itu semua tak wujud.."
"Aku dah tak percaya dah cinta-cinta nie, buang karen (buang masa) aku jer..Tup tup aku jugak yang kecewa..Semuanya sama jer.."
"Malas dah nak letak harapan tinggi sangat, karang terjatuh merana pulak..Relax sudah, kalau ade jodoh tak ke mana.."
"Tak kuasa aku nak pening-pening pikir pasal cinta segala bagai..Baik aku focus pada study / kerja aku sekarang lagi bagus..Ade jugak faedahnya.."
"Lebih baik single lagi happy, Buat apa bercinta kalau kau hari-hari dok makan hati..Yeah, I'm single and I'm Happy..!!"
Ini adalah contoh ayat-ayat orang yang frust dan dah malas nak pikir pasal cinta..Pada pendapat diri ku mudah sahaja, kalau kau takut di lambung ombak maka kau tak perlulah nak berumah di tepi pantai. Kalau kau tak nak kecewa maka tak perlu lah kau nak bercinta. Kerana apa daku berkata begitu..? Kerana cinta itu pasti ada pasang surutnya juga. Ada masa kamu akan bergaduh walaupun hal-hal yang kecik + remeh temeh + tak logik. Bertikam lidah dan berselisih pendapat itu adalah perkara normal. Kenapa normal? Sebab cinta itu adalah penyatuan dua hati yang sememangnya berbeza, berbeza latar belakang, berbeza pendapat dan macam-macam lagilah yang berbeza. Jadi tak mustahil untuk kamu berdua berselisih pendapat atau dengan lebih tepat bertikam lidah. Cuma bagaimana caranya kamu nak selesaikan permasaalahan yang kamu hadapi itu adalah bergantung pada diri kamu berdua sendiri juga. Ada pasangan yang bila bergaduh sikit terus macam perang dunia ke tiga dan ada pula yang boleh cool dan duduk berbincang.
Dalam dunia nie tak ada manusia biasa yang sempurna serba serbi. Jadi jangalah nak letakkan harapan terlalu tinggi dengan mahukan kesempurnaan secara keseluruah dari pasangan kamu, sedangkan kamu tahu realitinya tak begitu. Sedangkan kamu juga tahu yang kamu juga tak sempurna dan pernah saja buat silap, tapi kamu tetap mahu pasangan kamu menjadi sempurna dan kalau boleh biarlah langsung jangan ada cacat cela atau kekurangan pada dirinya. Maka apabila si dia tersilap sedikit, mulalah kamu akan kecewa dan tak mahu menerima hakikat yang semua manusia biasa pernah melakukan kesilapan. Maka jadilah kamu manusia yang ego, yang merasa kamu sahaja lah manusia yang terlampau sempurna. Sehingga pada satu tahap semua kesalah kamu tuding dan campakkan pada bahu si dia. Semuanya dia yang salah dia yang silap, kamu terbaik maka kamu tak pernah buat silap.Ya, tahniah kerana mengaku bahwa kamu manusia egois, yang enggan mengaku kesilapan diri dan seratus peratus kesalahan di letakkan ke arah orang lain.
Kadang-kadang sebab sayangkan seseorang tue, kamu sanggup jadi stalker dia 24 jam! Stalk semuanyalah, tak kiralah facebook, twitter, blog dan lain-lain. Kamu check friend list dia, check siapa yang comment dekat wall dia, siapa yang selalu tweet dia. Hingga ada pula yang sanggup beri password sebab nak buktikan sangat kejujuran tu. Haish itu semua tak perlu ok. Kalau bercinta tu biarlah ade limit. Belum kahwin lagi, maka tak perlulah nak bagi password segala. Kamu tahu akan satu hal tentang cinta? Cinta itu adalah kepercayaan, iaitu kamu berdua saling mempercayai antara satu sama lain. Jika sudah ade rasa curiga melebihi rasa cinta, maka cinta kamu memang terlampau rapuh. Baru sahaja di tiup angin bayu, nampaknya hati kamu seakan mula retak dan hilang rasa percaya. Bagai mana ianya mahu kekal sampai tua..? Jika kelak di masa hadapan ade ribut taufan yang menanti pasti cinta kamu akan karam dan musnah terus bukan..?
Cemburu itu normal, tapi apabila cemburu buta, itu adalah tidak normal. Kamu ingat dengan saling memberi password atau bertukar handphone dengan handphone si dia akan membuatkan dia setia..?? Nampaknya kamu silap, dan kamu masih boleh teripu dan senang sangat tertipu. Come on, dia boleh beri pinjam hand phone nya kepada kamu dan meminta segala skandal nya supaya menghubunginya menggunakan nombor telifon kedua atau ketiganya! Dia beri password nya kepada kamu dan dia buka fb kedua atau ketiga, supaya setiap kali dia on9 di situ kamu tak tahu. Bukannye susah pun nak buat email banyak-banyak nie. Jadi kamu jangan mudah sangat biarkan diri terkongkong dan terkurung dalam kepompong cemburu ayng melampau. Lagi-lagi kalau belum ada ikatan yang sah. Tak perlulah segala perkara nak report pada si dia, nak keluar dengan kawan-kawan pun nak minta izin sedangkan dia hanya gf/bf kamu jer belum jadi suami isteri lagi pun..Kalau perempaun yang belum berkahwin patutnya nak keluar kemana-mana minta izin mak dan ayah bukannya mintak izin pakwe atau skandals...Ingat tue!
Saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dan bertimbang rasa serta jujur + setia itu adalah nilai yang perlu ada untuk kekal dalam perhubungan. Kerana banyak juga hubungan yang terlerai akibat tiada ciri-ciri begini.Kalau sebelah pihak jer selalu kena mengalah dan ade tolak ansur dan sebelah pihak lagi egonya tinggi, pasti pihak yang sering mengalah tue akan tercabar juga kesabarannya kan? Jika satu pihak jer yang setia, sedangkan sebelah pihak lagi seronok pasang skandal berderet-deret macam kereta api pun tak guna juga kan..? Jika satu pihak jer kena memahami, sedangkan satu pihak lagi tak pernah cuba faham perasaan pasangannya dan tak pernah mahu menjadi pendengar yang setia bila dia ada masaalah, maka satu hari pasti dia akan berkata "lebih baik single dari hanya makan hati 24 jam.."
Bersukurlah dengan apa yang kita ada dan terima dirinya seadanya. Jangan membanding-bandingkan dirinya dengan watak khayalan kamu macam dalam novel ataupun movie. Kelak nanti kamu yang kecewa jika sikapnya tak sama seperti yang kamu impikan. Jangan pernah merungut dan berkata begini: " Dia tak pernah pun bagi bunga, coklat atau hadiah.. Bila birthday cuma bagi ucapan jer..Kedekut betul lah! Tak cool dan tak romantic langsung!" Jadi begitu ke cara akmu menilai cinta? tak kasi hadiah bermakna tak cinta..? Alahai murahnya harga cinta kamu, kerana boleh di jual beli dengan segala hadiah-hadiah mahupun harta benda. Jadinya kalu dia sedang berada dalam kesempitan wang, maka kamu terus tinggalkan dirinya..? Begitu sekali..?
Pesanan terakhir:-Sebut pasal cinta,kamu haruslah berpaksi pada realiti bukannya pada alam fantasi yang semuanya indah dan tidak pernah akan ada masaalah. Dalam percintaan itu kadangkala kamu yang terluka sengsara, tapi boleh jadi juga kamu akan bahagia. Dalam percintaan itu kadangkala kamu yang kecewa akibat di kecewakan tapi boleh jadi juga kamu yang mengecewakan si dia yang kamu cintai..Dalam percintaan itu boleh jadi kamu yang di tinggalkan oleh si dia yang pergi bersama orang lain atau kamu yang meninggalkan diri nya untuk orang lain. Maka bersederhanalah dalam sesuatu perhubungan dan jangan terlalu obses. Kerana kelak takut nanti kamu yang kecewa. Berilah rasa cinta kamu kepada Tuhan Yang Maha Esa, sebelum kamu memberi rasa cinta kamu kepada manusia. Jom tengok video nie:-
~Ini adalah video yang sangat sweet..saya suka..Saya harap satu hari nanti saya akan bertemu cinta sejati macam dalam video nie..(^__^)
Jangan terlalu obses untuk mendapatkan cinta sejati, setiap orang pasti akan bertemu juga cinta sejatinya setiap orang pasti akan bertemu dnegan pasangannya yang sesuai untuknya (jodohnya). Cuma masa sahaja yang belum pasti lagi, cepat atau lambat kamu bertemu cinta sejati kamu. Buat kamu yang telah bertemunya, hargailah ia seadanya.
Ps:-Entry ini hanyalah sumber idea luahan hati pemilik blog ini, credit gambar google image, credit video youtube..
6 comments:
cinta yg berpaksi kan nafsu sentiasa berakhir di semak samun,
tp cinta yg berenjinkan keikhlasan berakhir di jinjang pelamin..
tp kdg2 borin jugak nak feeling2 ni,
mula2 ikhlas,tp kalo lme2 borink n hubungan jd hambar,ape nak buat?
ala, sedihnya bila nampak video cartoon UP tu. hmm sebab saya hope sgt ada cinta sampai tua.yela, same2 lah kita gv and take dan terima kelemahan kan. semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yg begitu. :') nice entry, terima kasih. cinta ni boleh buat gila. hehe
mmg susah skrg ni kan.biasanya di awal perkahwinan jer best2..cinta sejati hanya pada yg hakiki jer..huhu
ehehee biler bc satu2 memang tu semua pernah jd dgn sy sendiri ^___^
cinta yg kekal hanya cinta pada ALLAH...:)
penat cakap pasal cinta ni. kejarlah cinta ALLAH. pasti akan ada cinta manusia yang dtg.
EZAD AMIR :sy suka dan setuju dgn apa yg awk tulis nie..
btw, nk kekal kn sesuatu perhubungan tue mmg susah, kne ade kesabaran utk tempuh sgla dugaan bsama...
Namee Roslan :- sy mmg suka video tue, sbb tuelah sy letak kat cnie..
sy doakn smoga namee berjumap cinta sejati..
~AmyLiana86~ :- kenalah usaha utk kekalkan kemanisan itu, walaupun sudah lama bernikah..biar makin hari makin syg...=)
cinta Allah mmg cinta yg abadi..
Cik Ecah :-btw, sy tulis nie pun berdasarkn pengalaman sy jugak..ehehehe...
yup,sy stju..Cinta Allah mmg cinta yang abadi..=)
Cik Jannah :- yup, sy stuju dgn awk...Lagi pula Allah lah pemilik segala cinta dan penentu jodoh kita kn..
Post a Comment