Translate

Thursday, December 15, 2011

Gadis Itu Umpama Mawar, Coklat Dan Mutiara...



Seorang gadis itu umpama sekuntum bunga mawar yang sedang mekar dan harum pula baunya,
Cantik di pandang oleh mata yang melihatnya,
Sesiapa yang meihatnya pasti ingin menyuntingnya,
Tapi mawar adalah bunag yang bijak,
Tak mudah untuk memilikinya kerana ada duri melindungi dirinya itu,
Cantik nya elok biarlah terjaga rapi,
Usah terkulai layu sebelum masa nya nanti,
Begitulah kamu wahai gadis,
Cantik nya diri mu haruslah di jaga dan di pelihara sebaiknya,
Usahalah mudah memberi kepada yang belum berhak memiliki,
Kerana kelak engkau yang menyesal nanti,
Oleh itu indahkan kecantikkan mu dengan perisai keimanan dan akhak yang terpuji,
Jaga lah maruah dan harga diri mu hanya untuk Suami...


Seorang gadis itu umpama coklat,
Manisnya ia usahlah di pertikai lagi,
Dengan kemanisan yang ia miliki boleh mengubat duka di hati,
Kamu tahu wahai gadis coklat itu akan berkualiti bila ia terbalut dan tertutup rapi,
Apabila ia tertutup tidak akan adalah lalat atau langau yang menghinggapi,
Apabila ia tertutup ia tidak mencair begitu sahaja nanti,
Apabila ia tertutup tidak lah ia rosak akibat terkena udara luar yang tercemar nanti,
Maka dengan itu wahai gadis tutuplah aurat mu dengan pakaian yang menutupi,
Maka dengan itu wahai gadis tutuplah diri mu dengan perisai rasa malu yang tebal menyelubungi,
Janganlah di biarkan auratmu itu terdedah dan di pandang sesuka hati,
Kerana apabila ianya sudah dicemari oleh mata-mata buaya darat yang memerhati pasti bahaya mengundang padah jua pada diri mu nanti,
Ketahuailah kamu wahai gadis, diri mu memang indah dan memiliki daya penarik yang boleh sahaja mengundang rasa resah gelisah dihati sekalian lelaki,
Wahai gadis, jagalah keindahan itu untuk di tatap oleh mata yang halal memiliki,
Jadi tutuplah aurat mu dan jagalah akhlak mu, supaya diri mu tidak mudah menjadi barang permainan si buaya itu nanti..

Seorang gadis itu umpama mutiara di dasar lautan,
Cantiknya ia dengan keindahan yang di miliki,
Memancar-mancar sinar cahaya nya,
Sungguh elok rupanya,
Sangat berkualiti dan sangat mahal pula harganya..
Payah pula memiliki,
Perlu di selami lautan pasifik barulah kau menemui mutiara indah itu,
Begitulah jua untukmu wahai gadis,
Jadikanlah diri mu gadis yang berkualiti dan mahal harga diri serta elok budi pekerti,
Usah bimbang andai diri mu belum di miliki wahai gadis,
Kamu tak perlu merendahkan harga diri mu untuk memiliki cinta,
Cinta itu pasti akan kamu miliki jua nanti..
Hiasilah diri mu dengan ilmu rohani dan duniawi,
Perelokkan lah diri mu dengan akhlak yang indah,
Kerana jodoh itu pasti akan datang jua nanti,
Wahai gadis, jangan kerana mengejar cinta yang belum pasti sanggup kau korbankan harga diri,
Wahai gadis, jangan kerana cinta sanggup kau gadai akhlak kau itu,
Sedarlah  kau wahai gadis, bahawa cinta yang itu tidak perlu hingga ada pengorbanan yang memakan diri dan hingga menyusahkann diri sendiri,
Jadi lah kau gadis yang sukar untuk di miliki, tetapi tetap jua masih mahu di miliki..


Ps:-Saya mendapat idea untuk menulis entry ini sewaktu pulang dari kerja semasa sedang memakan coklat choki choki ketika sedang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Sumber gambar google image..





8 comments:

aniki said...

cayala amoi..falsafah yang hebat..haha

NUR AYNIE said...

sye bunge mwr, coklat dan mutiara....hihi..

ILA HonEyBuNNy said...

semuanya terletak pada diri kita kan...

pandai2 la kita mnjaga dri...;)

alhamdulillah...ila sihat...tu la..bz xsmpt berblog..heheh

Sya_Merpati Putih 88 said...

aniki :- biase2 jer aniki..thanks ye sui baca..(^__^)

NUR AYNIE :- hai..salam perkenalan..(^___^)

ILA HonEyBuNNy:-yup, betul tue..
sy pun sejak dua menjak nie agak busy dan tak sempat nk blog n bw..skrg nie bru ade nmase ckit..ehehe..

Falling . said...

kte sbg pmpn mmg unik,tp kdg2 kte x sedar keunikan itu perlu dijaga~

Nurul Fatin said...

Jadilah seorang wanita seperti di dalam bekas kaca, yang hanya boleh dilihat. yang mampu saja boleh memiliknya. lebih manis macam tu ;D

Namee Roslan said...

hehe, kagum gak kamu boleh tulis sebegini. tulis dengan hati :')

Sya_Merpati Putih 88 said...

..cik gugu.. :- yup, kt semua mmg unik...oleh itu, jagalah keunikan itu sebaiknya...=)


Nurul Fatin :- nice one...sy stuju dgn awak...=)

Namee Roslan:- tulisan baise jer namee..tulis ikut idea yg datang..thanks ye...=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...