Translate

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday, October 2, 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersempena dengan sambutan Maal Hijarah 1438H kali ini atau juga dikenali sebagai Tahun Baru Hijrah... Saya dengan ini ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H... Semoga kita semua sihat sentiasa, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga segala impian menjadi kenyataan...


Dengan ingatan tulus ikhlas:

sya_merpatiputih88

p/s: Terharu rasanya, bila masih ada lagi pembaca yang sudi singgah baca entry-entry picisan saya dan sudi tinggalkan komen... Terima kasih semua... Setelah agak lama tak update dan tahun nie jarang update blog... Macam sepi gitu...  Sebenarnya saya menhadpi masaalah dengan blog saya, sebelum nie.. Sebab banyak sangat link iklan mengarut-ngarut (spam) yang keluar setiap kali saya online netbook saya nie.. Sekarang nie masaalah tu dah berjaya di selesaikan... Lepastu line internet pulak problem, sebab broadband bengkok teruk (dulu pernah jatuh sebab kucing yang jatuhkan laptop lama dnegan broadband sekali)... Jadi idea pun macam terbantut gitu...huhuhu... Masaalah nie pun dah berjaya diatasi sebab saya dah pegi kat pejabat telco yang saya langgan broadband nie... Kali ini saya kembali semula... Untuk permulaan, sempena tahun baru nie... Saya dah tukar template dan header blog ini... Konsep kali nie:  simple dan berlatar belakangkang warna putih... Ya lah, nama blog nie pun merpati putih kan...hehehehe... Harapnya nak kembali aktif menulis blog dan blog walking ke blog rakan-rakan blogger yang lain macam dulu-dulu lah.. InsyaAllah...

Friday, September 5, 2014

Saya Sayang Blog Saya!

           

           Chewah.... tajuk kemain semangat gitu...Dah lama betul saya tak update blog macam dulu-dulu kan...? Kalau scroll balik tahun-tahun sebelum banyak betul entry kat blog ni...Tahun nie jer jadi macam ginie... Jarang nak update blog pun dah bersawang akibat jarang-jarang nak jengah dah sekarang ni kan... Akibat dah terlampau bersawang tetiba boleh masuk pulak malware kat blog kesayangan nie.... Fuhh nasib baik lah boleh buang malware tu.. Kalau tak habis semua entry yang saya dah taip semua hilang tak ke nangis... Dup dap dup dap jugak jantung saya tadi dah macam nak kena serangan jantung pun ada... Sape yang tak sayang blog sendiri? Dah bertahun kot kita menulis segala curahan isi hati dan idea kat sini... Segala puisi lah, cerpen, ilham bicara berkongsi pendapat... 

            

        Saya pun memang minat menulis, hobi masa kecik-kecik sampai remaja suka tulis diari dan kumpul stamps.. Bila dah remaja gitu siap buat buku tulisan tangan untuk tulis segala puisi / curahan hati kat dalam tu..Saya tulis puisi ni dari zaman remaja lagi, dengan tajuk puisi pertama yang saya cipta sendiri tu bertajuk : Bangkitlah Wahai Remaja. Tajuk bersemangat sangat..! Puisi tu dapat ilham dari mimpi, masa tu khusyuk sangat nak buat kerja kursus sejarah untuk PMR tahun 2003. Puisi tu pernah masuk dalam majalah sekolah saya iaitu majalah JASA edisi tahun 2005.. Sayang seribu kali sayang semua majalah sekolah, stamps album, diari dan buku puisi tu punah dan hancur akibat di mamah anai-anai..(T___T) Habis hancur semua kenangan dan hasil tulisan, dan stamps pulak dah banyak yang saya kumpul... (T___T) 

       Jadi sebab itulah saya memilih platform blogger nie untuk tinggal kan segala hasil karya yang tak seberapa tu kat sini... Kat sini jugaklah tempat saya nak berkongsi idea, pendapat dan pandangan dengan awak semua... Terima kasih saya nak ucapkan sebab sudi baca entry saya yang tak sebarapa, sudi singgah blog saya, sudi tinggalkan comment kat sini dan sudi jadi kawan blog saya... Walaupun tahun nie saya jarang sangat update blog tapi masih ade yang sudi datang ke blog picisan yang tak seberapa nie.. (T____T) Saya janji, InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk update blog nie seberapa kerap yang boleh dan blog walking secara aktif macam dulu-dulu... Saya sayang sangat kat blog nie, sebab saya memang minat menulis. Pernah masa kecik simpan angan-angan mahu jadi penulis novel takpun majalah, tapi tak kesampaian.. Jadi dengan platform blogger nielah saya boleh capai cita-cita saya tu... Jadi saya taknak kehilangan blog yang saya sayang nie...(T____T) Kalau boleh saya nak jadikan blog nie kenangan yang abadi sampai bila-bila. Bila saya dah takde kat dunia nie lagi, semoga tulisan-tulisan saya ini terus menjadi kenangan buat awak semua... :) Itulah harapan saya...


Sekian saja contengan dari saya, harap jumpa lagi lain masa...Selamat Malam semua... :) ;)
kredit gambar: google image... 

Saturday, March 29, 2014

Tanggungjawab Kita Sebagai Penulis...

Dewasa ini terlalu ramai manusia-manusia yang punya social media untuk berhubung...
Zaman sekarang kalau kamu tak tahu ape itu Facebook, Twitter, Blog, WhatsApp dan sebagainya kita boleh dikategorikan sebagai "manusia yang agak ganjil"..

    Zaman sekarang jugak dah ramai penulis blog, tumbuh macam cendawan selepas hujan. Dan ramai jugak manusia-manusia di luar sana yang suka salahkan penulis blog, kutuk-kutuk penulis blog. Katanya, kita-kita yang tulis blog nie takde life! suka kritik, suka sebarkan fitnah / gosip / khabar angin etc.. Tak semua penulis blog begitu, ada ramai lagi yang tulis benda yang baik-baik, nasihat-nasihat... Tapi mungkin blog mereka kurang dikenali... Almaklumlah... manusia kadangkala mudah rasa bosan dan mengantuk bila membaca bahan bacaan yang berfaedah, tapi laju jer dan sangat bersemangat bila baca gossip! Sebut pasal gossip / fitnah dan khabar angin,  secara sedar atau tak perkara-perkara tersebut bukan sahaja boleh dilakukan oleh penulis blog sahaja ye... Ia juga boleh dilakukan oleh pengguna rangkaian social media yang lain, macam Facebook, Twitter dan sebagainya serta tak ketinggalan rangkaian  mainstream media sedia ada.. Malah ada yang lebih teruk, tapi nampaknya penulis blog lebih di "highlight kan".


                    Soalnya adakah tanggungjawab untuk menulis sesuatu yang bermanfaat hanya terletak pada bahu seorang  penulis di mainstream media dan penulis blog sahaja..? Jawapannya tidak. Sebab zaman sekarang hampir semua orang pasti punya social media dan secara tak langsung kamu juga boleh menulis apa sahaja di rangkaian social media kamu itu ...


          Sedarkah kamu, tak semua perkara kita boleh tulis untuk tatapan umum? Kerana ada sesetengah perkara yang berlaku pada diri kamu atau orang-orang di sekeliling kamu tidak patut kamu kongsi kan ceritanya dengan sesiapa sekalipun. Jangan  ceritakan semua perkara, kerana nanti takut hilang privacy pada kisah hidup kamu. Ingat sebelum nak "post" sesuatu perkara kamu perlu fikir semasak-masaknya, gunakanlah akal bijaksana yang telah dikurnia dan hati kamu yang penuh kasih sayang itu untuk menilai dan menimbang tara apa yang kamu bakal "post" kan di social media kamu atau mainstream media yang kamu gunakan.                


              Perlu diingatkan tak semua pembaca kita mempunyai gaya fikiran yang sama dengan kita, dan tak semestinya apa yang kita nak sampaikan benar-benar boleh difahamkan oleh pembaca-pembaca kita. Jadinya, kebarangkalian untuk sesuatu yang kita tuliskan itu disalah ertikan atau disalah tafsirkan oleh pembaca-pembaca kita adalah tinggi juga. Makanya, kamu kena berhati-hati. Contohnya:- Mungkin kamu menulis sesuatu yang positif, tapi kamu telah disalah anggap hingga kamu dikritik dan kamu di hentam teruk dengan pelbagai kritikan negatif. Mungkin kamu berniat mahu menulis sesuatu yang bermanfaat , tulisan motivasi / dakwah / nasihat-menasihati tapi kamu telah dianggap poyo dan cuba menunjuk-nunjuk atau berlagak macam budak baik pula. Perkara seperti ini terjadi adalah kerana "kita melihat perkara yang sama, tapi cara kita menilai berbeza..." Setiap manusia punya gaya mentafsir dan memahamkan sesuatu maksud secara berbeza. Maka hati-hati dengan apa yang cuba kamu sampaikan.



             Menjadi seorang penulis kamu perlu tahu dan faham apa yang kamu mahu sampaikan.  Jika kamu sendiri pun tidak faham apa yang kamu tuliskan maka bagaimana pembaca-pembaca kamu mahu faham apa yang kamu tulis? Menjadi seorang penulis juga bermakna kamu perlu bertanggunjawab dengan setiap patah butir huruf dan perkataan yang kamu tuliskan atau kongsikan hingga membentuk segaris ayat untuk dibaca oleh pembaca-pembaca. Ingat, sebelum kamu nak "share" sesuatu berita atau cerita sila pastikan ianya adalah sesuatu yang benar dan punya bukti kukuh. Bukanlah gossip murahan mahupun khabar angin, berita palsu yang boleh menjerumuskan kepada  fitnah.



         Janganlah tulis atau kongsikan cerita gossip, khabar angin, fitnah, mengumpat , menghina... Jika kamu marah luahkan secara berdepan (tapi bersabar serta mengawal kemarahan adalah perkara yang lebih baik) ,  kalau marah atau tak puas hati dengan sesiapa jangan tuliskan di social media. Ia ibarat kamu meluahkan amarah kamu kasi satu dunia tahu, dunia ni bulat, pusing-pusing kamu jumpa si dia semula. Jadi silalah berfikir sebelum menulis sesuatu. Jangan gunakan social media untuk buat sesi mari mengumpat / menghina / mengetawakan / mengejek-ngejek  orang bersama kamu. Ingatlah yang jari jemari kita kelak akan menjadi saksi atas segala perbuatan yang kita buat. Mahukah kita menambah beban dosa pada jari jemari kita untuk menjadi saksi yang kita banyak menaip perkara-perkara berbaur fitnah, umpatan, menghina,  maki hamun, mengejek dan menyakiti hati orang..? Jadi sekali lagi sila berfikir dengan matang.



       Tahukah kamu akan terma "Jika mahu menilai sesorang, nilailah melalui cara dia menulis". Kerana cara kamu menulis itu gambaran apa yang terbuku di dalam hati dan minda kamu serta secara tidak langsung ianya juga menggambarkan bagaimana cara kamu berfikir dan tahap kebijaksanaan kamu dalam mengawal emosi. Dan secara tak langsung ia juga menggambarkan siapa kamu sebenarnya. Pernah tak amu dengar terma "Tulisan itu lebih tajam dari pedang" ? Ya, tulisan itu boleh dibaca berulang-ulang kali dan ianya boleh memberi pengaruh yang kuat juga kepada pembaca-pembaca kamu untuk percaya / dipengaruhi akan apa yang kamu tuliskan.  Jadi bertanggungjawablah dengan apa yang kamu tuliskan. Ingat jangan sampai apa yang kamu tuliskan itu mengguris hati dan perasaan sesiapapun, jangan memalukan / membuka aib diri kamu sendiri atau sesiapapun, dan  jangan sampai menyakiti. Jangan  menulis sesuatu yang membawa unsur-unsur negatif, menyentuh sensitivity mana-mana pihak dan jangan menulis seuatu yang berbaur lucah.   Maka dengan itu, hati-hatilah semasa kamu menulis sesuatu, tak kiralah kamu menulis sebagai penulis berkaliber di mainstream media atau sekadar pengguna social media... Adalah lebih baik kita gunakan idea yang telah dikurnia kepada kita untuk menulis dan jari jemari kita ini untuk menaip sesuatu yang bermanfaat buat pembaca-pembaca kita. Jangalah sampai tulisan kita itu boleh menambahkan beban dosa kita dan mengheret kita untuk dikenakan tindakan undang-undang. Perlu diingat juga tulisan kita ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa, serta boleh juga di print screen dan di save sebagai bahan bukti . Walaupun kita sudah tiada lagi (meninggal dunia) tapi tulisan kita ini masih booleh dibaca, jadi ingatlah adakah kita mahu tulisan kita yang berbaur negative itu terus dibaca apabila kita sudah taida dan sekali gus mencemarkan nama baik kita dan waris kita kelak..?Akhir kata, marilah menulis dengan kasih sayang...



P/s: Salam takziah buat semua ahli keluarga mahupun sahabat handai penumpang dan crew MH370.
       Semoga sabar dan tabah selalu...
       Untuk kita semua: Janganlah sebarkan berita yang tiada bukti asas, khabar angin , mahupun spekulasi
        yang akhirnya membawa kepada fitnah... Tolong.... Jagalah hati mereka-mereka yang terlibat...
     
Nota: Ini adalah sekadar luahan pandangan dan penadapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
          http://merpatiputih88.blogspot.com . Sebarang kekurangan harap dimaafkan
Kredit gambar :google image


Friday, November 1, 2013

Genap 4 Tahun Sebagai Blogger...


1.11.2013
Hari nie genap sudah empat tahun saya ber blogging...
Dulu-dulu saya tak pernah terfikir untuk punya blog sendiri...
Masa kecil dulu cita-cita memang nak jadi penulis, tapi tak kesampaian...
Walaupun saya menulis blog nie sekadar suka-suka dan isi masa lapang,
 sekurang-kurangnya ianya dapatlah menggembirakan hati syaa sebab buat benda yang saya  minta dan saya cita-citakan sejak kecil..
Dulu saya tak pernah terfikir akan menulis blog selama ini,
Doa dan harapan saya semoga penulisan saya disini tidak akan terhenti, dan semoga idea saya tidak akan berpenghujung..
Buat awak semua, terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya ini.
terima kasih juga kerana sudi melontarkan pandangan mahupun kritikan di ruangan komen,
buat blogger-blogger terima kasih sebab sudi menjadi follower / pembaca setia blog saya..
Dengan rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada penulisan / coretan saya disini mengguris hati anda semua atau sekiranya ada kekurangan pada penulisa saya maaf sekali lagi...
Maaf juga kerana kadangkala saya terlewat untuk  membalas komen kamu semua...







Ini statistik blog saya sepajang empat tahun saya blogging ... :)
Empat tahun untuk:
406 Entry yang telah sempat saya coretkan di sini (setakat hari ini)
182407 pageviews sepanjang empat tahun...
1816 comment dan feedback yang telah diterima dalam entry-entry dalam blog ini..
9654 pembaca untuk entry yang paling ramai viewer 
349 Follower sepanjang empat tahun...
RM64.24 yang telah diterima dari Nuffnang untuk empat tahun! ( tapi belum pernah lagi saya claim / cash out)...huhuhuhu..

ha...banyak betul no 4, suratan atau kebetulan nie...?
apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sudi baca dan singgah kat sini ye...
(^____^)


Sunday, July 21, 2013

Teknologi, Mendekatkan Atau Menjauhkan Kita?



Dulu-dulu kita semua sering bertemu..
Walaupun sesibuk mana pun kita, kita masih mahu cari waktu untuk berjumpa...
Dulu, kita semua sering keluar bersama-sama,
Dulu, kita kongsi suka  duka , tawa dan sedih sama-sama..
Dulu kita kongsi segla memori dan akan tetap kita ingati...
Dulu kita lebih mesra, lebih senang bergaul...
Dulu kita ambil berat dan perihatin...
Dulu kita lebih cepat menghulurkan bantuan...
Dulu apabila ada kematian kita sering berziarah...
Dulu apabila ada khabar sedih, kita turut bersedih...
Dulu kita sering luahkan rasa hati di dalam diari, kita simpan kemas tak mahu orang lain baca...
Dulu-dulu  kita suka kongsi makanan enak yang kita masak dengan jiran tetanga atau kawan-kawan,
Sekarang tidak lagi..
Jarak yang jauh boleh "di dekatkan" dengan teknologi...
Kita boleh berbual  dan bersembang hari-hari...
Kita boleh ambil tahu perkembangan sekeliling setiap hari...
Kini, kita lebih memilih untuk berbual secara maya di lama-laman web...
Kini kita jarang curi masa untuk berjumpa...
Kini walaupun kita berjumpa, tapi masing-maisng buat hal sendiri..
Sibuk menekan-nekan gadjet dengan jari jemari...
Walaupun ada antara kita sedang bercakap tapi kita tak ambil peduli...
Apabila ada insan lain yang sedang susah kita cuma ambil gambar dan kongsi..
Tapi kita langsung tak membantu insan itu..
Jika kita tolong  pun, kita mahu satu dunia tahu...
Sekarang bila ada berita kematian kita hanya "berdoa di laman web"..
Apabila kita  rasa sedih kita "berdoa di laman web", dan rakan-rakan kita tekan butang "suka",
Namun, ada pula yang tekan butang "suka" apabila ada berita sedih...
Kini bila kita marah, sedih atau gembira kita suka beritahu satu dunia...
Kemana kita pergi, apa yang kita buat semua hendak kita cerita...
Kini apa yang kita masak , apa yang kita makan kita cuma ambil gambar sahaja,
Kini kita hanya ajak rakan-rakan kita untuk tengok saja apa yang kita makan...


Dulu-dulu, kita sering berutus surat atau telegram..
Anak-anak yang jauh sering beri khabar pada emak ayah di kampung,
Emak ayah pun senang hati baca surat anak-anak, 
Disimpan surat itu untuk baca semula bila rindu..
Dulu-dulu kita suka tunggu posmen datang,
Dulu-Dulu, bila dapat surat banyak kita simpan letak dalam kotak buat kenangan,
Dulu-dulu bila bercinta, surat sorok-sorok bawah meja...
Takut kantoi kawan-kawan atau cikgu baca...
Dulu-dulu bila dekat nak raya kita semua sibuk tulis kad raya...
Ada yang kreatif buat sendiri kad raya dia...
Ada yang lebih suka beli saja, siap ada bunyi-bunyi lagu raya...
Dulu-dulu kita suka hias rumah dengan kad raya..
Kita rasa bangga dan gembira bila  banyak dapat kad raya..
Dulu-dulu bila nak buat kenduri kahwin kita sibuk edar kad jemputan dekat semua, 
Dulu-dulu kita lebih senang menjemput secara bersemuka, lebih ikhlas lebih mesra...
Dulu-dulu bila nak tunggu keputusan masuk Universiti, kita tunggu posmen hari-hari depan pintu,
Bila dapat surat tawaran kita pun gembira, bila tak dapat kita nangis berhari-hari pula..
Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi begitu....


P/s: Dicoret sepenuhnya oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini.
       Di kesematan ini saya ingin memohon ampun dan maaf anadai ada tersilap terkasar bahasa                    sepanjang saya  berblogging ini... Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia...              (^___^)

Monday, April 22, 2013

Manusia Zaman Tekologi Caggih = Manusia Pelik..???

Hai Semua...

 Masa zaman sekolah dulu kita ada belajar dalam subjek sejarah pasal manusia yang hidup di Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal ), Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan), Zaman Logam, Zaman Kesultanan Melayu Melaka...Kita berada di zaman mana??? Saya rasa kita semua boleh dikelaskan sebagai manusia yang hidup sebagai "Manusia Zaman Teknologi Canggih"...Kenapa saya takrifkan sebagai begitu..? Cuba lihat di sekeliling kamu, pasti ramai yang sedang sibuk menggunakan gadget gadget canggih..


  Sekarang nie dah ade macam-macam website social media yang boleh kita guna untuk berkomunikasi antaranya ialah Twitter , Facebook , Google +, Foursquare, Linked in,  Whatsapp, Line,  Wechat, Instagram, Keek, Youtube, Photobucket, Picasa, Flickr, Tumblr, DeviantArt, Blogspot, Wordpress, Myspace, Hi5, Tagged , Friendster, MiRC, Yahoo Messenger, Msn Messenger, Google Talk,Skype dan macam-macam lagi...

    
 Cuba bezakan zaman dulu-dulu sebelum ada benda-benda nie semua dengan zaman sekarang:-


1. Masa zaman tu kamu selalu jer hang out dengan kengkawan sama-sama, sekarang sudah jarang-jarang..Mungkin masing-masing sibuk dengan kerjaya..Tapi bezanya dulu kamu lebih kepada komunikasi dua hala secara berdepan, sekarang tidak lagi..Ramai yang lebih senang berkomunikasi dengan media sosial, lebih mudah katanaya..


2. Jika dulu-dulu public phone diguna oleh ramai orang, mereka gunakan public phone  untuk menelifon makwe / pakwe (Boyfriends / Girlfriends) , mak ayah , kawan-kawan..Sekarang tidak lagi, situasi di mana ramai orang beratur dengan sabar semata-mata nak gunakan public phone untuk berhubung mungkin sudah tiada lagi..


3. Jika kanak-kanak zaman dulu gemar bermain permainan tradisi seperti layang-layang  / wau, gasing , batu seremban, ceper, congkak, galah panjang, teng teng etc..Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar bermain game sorang-sorang dengan gadjet-gadjet canggih mereka, tidak ada lagi semangat setiakawan, tidak ada lagi komunikasi dua hala.


4. Orang zaman sekarang bila sedang berkomunikasi dua hala pun masih sibuk menekan-nekan gadjet canggih, ketika sedang bercakap dengan kawan-kawan, ketika sedang bercakap dengan pasangan, ketika sedang bercakap dengan clients masih lagi sibuk tekan-tekan gadjet mereka..Kadang-kadang ia menyebabkan kamu merasa jengkel dan geram, bila dia sedang bercakap dengan kamu tapi sibuk tekan-tekan gajet update status / main game..Ia membuatkan kamu terfikir "Dia nie nak cakap denganaku ke dengan handphone dia tu..????"


5. Manusia zaman teknologi canggih nie bila nak kemana-mana, nak buat apa-apa, semua nak di update status dekat laman sosial..Nak tidur update, bangun tidur update, nak makan update, nak solat update, nak berdoa update, nak keluar jalan-jalan update, nak berdating update, kalau boleh nak berak pun nak update..=,="


6. Manusia zaman ini semua perasan yang tersirat di dalam hati lebih gemar meluahkan rasa di media-media sosial (biar semua orang tahu) berbanding manusia zaman dulu-dulu suka tulis di diari. Kalau geram terus tulis ayat caci maki, habis semua rasa geram terhambur..Kalau sedang sedih terus buat video nyanyi-nyanyi sambil keluar air mata, tak pun tulis-tulis ayat sedih tahap rabak..Kalau tak puas hati kat orang terus hack sana hack sini, takpun sebarkan jerlah aib orang tu, kalau orang tu baik tapi tetap tak puas hati sebab ada iri hati terus sebar-sebar gosip / fitnah guna teknologi canggih, edit-edit gambar / tulis cerita fitnah kemudian sebar..Orang dulu-dulu kalau bercinta tulis-tulis surat cinta takpun kad cinta, sangat segan kalau ada orang lain yang baca ayat-ayat cinta mereka. Orang-orang sekarang selamba ajer tulis ayat-ayat cinta untuk pasangan di media social secara terbuka,  lebih bangga pula bila ramai yang memuji-muji...


7. Manusia zaman ini suka ambil gambar dan suka ambil video, kemudian upload di internet...Kalau boleh semua jenis gambar / semua jenis video nak di upload nya ...=,=" Kebelakangan ini terlalu ramai remaja yang gemar upload gambar / video mereka dengan aksi mesra-mesra / manja-manja / gediks bersama pasangan kemudian rasa bangga pula bila ramai orang yang like, share dan comment..Ada pula yang lebih daring sanggup upload gambar / video aksi lucah mereka untuk tatapan umum..Langsung tiada perasaan malu di situ..Ada pula yang suka pula rakam aksi orang bergaduh / kena buli / kena pukul..Tapi langsung tiada niat mahu membantu manusia yang sednag dipukul  / didera / dibuli itu, hanya memmerhati sambil merakam kemudian sebar saja..Di manakah nilai kemanusian ? Di manakah rasa malu kalian...???


8. Apabila berlaku kemalangan jalan raya, banyak kenderaan yang memperlahankan pemanduan mereka dan ada pula yang sanggup berhenti, bukan menolong pun tapi sibuk tangkap gambar / video, kemudian update status...Langsung tak nak menolong selamatkan orang yang sedang kemalangan, hendak telifon ambulans pun tak mahu (tak cukup kredit katanya). Macam nie ke yang kita mahu..??


   Kesimpulannya kita tidak boleh menyalahkan social media, technology dan internet sebagi punca manusia zaman ini sebagi selfish, gila glamour, suka mencari publicity murahan, anti social, kurang bergaul, kurang gemar bermasyarakat, kurang gemar berkomunikasi secara bersemuka, dan pelbagai lagi jenayah siber..Kerana apa..? Teknologi itu dicipta tujuannya untuk memudahkan urusan harian kita, tapi sekiranya berlaku perkara negatif oleh kerana media sosial itu. Itu semua adalah disebabkan oleh kesalahan pengguna media sosial itu sendiri yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi yang di cipta itu. Kita manusia punya akal untuk berfikir, punya hati untuk menilai tapi media sosial dna internet tidak punya itu semua. Jadi jika berlaku masaalah sosial dikalangan remaja dan kanak-kank hari ini disebabkan oleh teknologi, usah salahkan teknologi tapi salahkan diri sendiri.


p/s: Entry ini hanyalah luahan pendapat sepenuhnya saya selaku pemilik blog ini (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com). Oh ya, entry ini adalah sambungan dari entry lama saya: Manusia mangsa teknologi atau teknologi mangsa manusia?
kredit gambar: google image..

Good night everyone, have a nice dreams..(^__^)

Thursday, November 1, 2012

Ulang tahun ke -3 blogging... (^__^)





Happy birthday baby bee...it's our 3rd anniversary...!
I've been blogging since past 3 years ago..
I love to write and share about anything there...
Hope so I will be a professional writers one day.. :')






Sekejap ajer dah tiga tahun saya blogging...

Macam-macam pengalaman dan benda baru yang saya belajar pasal dunia web nie...
Sedikit sebanyak dengan menulis kat blog nie memenuhi cita-cita dan impian saya masa kecil, iaitu nak jadi penulis...
Walaupun tak dapat jadi penulis yang terbitkan buku, majalah atau suratkhabar...
Takpe, jadi penulis dekat blog nie pun ok....
Sebenarnya saya memang orang yang suka membaca dna menulis adalah merupakan hobi saya...
Menulis dekat blog nie sekurang-kurangnya dapat mengubat rasa sunyi dan bolehlah saya berkongsi pendapat dengan dunia luar...
Disebabkan saya nie anak tunggal maka tiada adik beradik di rumah untuk berkongsi pendapat itu dan ini..maka boring...
Jadi menulis dapat menghilangkan rasa sunyi itu..
Lepas penat seharian bekerja, dengan mata tertumpu di depan komputer dan kalkulator..Bekerja pula mengira-ngira dan hari-hari menghadap angka...
Jadi saya pilih hobi blogging lepas balik kerja atau sebelum pergi kerja, kerana ia hobi yang mudah..
Lagipun saya memang sangat suka menulis...=)
Jadi syaa rasa tak salah pun kan seorang yang bekerja di bahagian kewangan untuk menjadi penulis..?


Kenapa saya ber "saya awak " dalam entry-entry saya..?
Hurm...memang perangai saya macam nie...
lebih suka "saya awak" billa bercakap...
Owh sebenarnya saya lebih dikenali sebgai individu yang pendiam...
Tapi sebenarnya saya suka sangat bercakap, bercerita atau berkongsi pendapat /padangan mengenai sesuatu perkara atau isu...:)



Di kesempatan ini saya nak ucapakan terima kasih kepada anda yang sudi membaca entry-entry saya yang tak seberapa dan sudi memebri padangan / ulasan... Terima kasih juga pada anda yang sudi menjadi sahabat... Maaf jua di pohon andai sepanjang tiga tahun ini ada entry-entry saya yang membuat anda terguris / terluka hati, terasa tersidir, bekecil hati atau sebgainya...maaf jua di pinta dari saya..Maaf sekali lagi kerana dah jarang-jarang saya blogwalking ke blog kamu semua dan agak lamabat membalas komen-komen dari kamu kerana agak busy lately dan kesihatan jugak tidak berapa mengizinkan...Tapi di masa depan saya cuba untuk aktif blogging macam dulu2...ehhehe..;)

Andai dilanjutkan usia, punya kesihatan yang baik dan punya masa, pasti saya akan terus ber blogging...=)

Wednesday, June 27, 2012

Nota....

Add caption





p/s: Sibuk dan kesuntukkan masa nak update blog....Tapi blog ini dan anda semua tetap ada dalam hati saya..
Ada masa akan diluangkan juga...

Sunday, November 20, 2011

Laptop Pengsan....


Hai semua..


Laptop saya pengsan lagi..Screen nie gelap jer...saya tak tahulah ape masaalahnya..Ada harapan lagi ke laptop ne nak pulih...? Sebab nielah saya tak dapat nak bw ke blog-blog awak semua...Jadi saya nak gunakan kesempatan nie untuk minta maaf...Sebab lambat dapat buat bw ke blog awak semua dan lambat dapat balas comment di ruangan comment..Sekaran nie dah hujung tahun jadi kerja di pejabat pun semakin banyak, sebab nak buat closing account..Dan closing date bag account-account amanah (kerja yang saya buat) nye pulak 14.12.2011 dan closing date untuk yang lain seperti biase 31.12.2011..Jadi searang nie perlu settle kan bayaran elaun-elaun, bayran projek tender-tender tue semua dan macam-macam payment lagi lah yang perlu di settle kan sebelum closing date. Kalau tak mereka-mereka tak dapatlah bayarannya..Selain tue kena buat report penyata kewangan untuk di audit, update segala macam fail tue semua..Jadi dalam masa nie saya memang sangat-sangat sibuk..




    Untuk pengetahuan semua, saya memang hanya akan update blog apabila saya berada di rumah (selepas waktu pejabat) dan hanya apabila saya punya masa terluang dan punya sedikit idea untuk di kongsi. Idea itu memang ada, cuma masa yang agak tidak mencukupi dan laptop saya pulak tengah sakit kronik sekarang nie, jadi itulah sebabnya saya agak lambat nak update entry dan lambat nak buat kunjungan balas ke blog kamu semua..Saya minta maaf sekali lagi..Mungkin jika laptop saya nie sembuh sikit, saya akan update 2-3 entry dan di buat sebagai auto update sahaja...




Sekian, salam sayang dari saya..Selamat berhujung minggu semua, semoga kamu semua sihat sejahtera hendaknya..

Tuesday, November 1, 2011

1.11.2011-Happy Birthday My Baby B

Hai semua...


      Hari nie adalah 1.11.2011..satu angka yang sangat cantik sekali...Kamu tahu, angka ini adalah sangat bererti buat saya...Kenapa...? Sebab.....Sebab...Hari nie birthday blog kesayangan saya nie..Hari nie dah genap 2 tahun saya ber blog....Macam-macam benda yang saya luahkan dan kongsikan kat sini...Macam-macam ilmu dalam berblog jugak yang dah saya tahu sikit-sikit...




     Masa mula-mula buat blog saya memang tak tahu ape-ape pasal blog...Even sekarang nie pun ade istilah mengenai blog yang saya tak tahu..Iaitu SEO..ramai blogger yang sebut-sebut pasal SEO..Tapi sebenarnye saya tak faham SEO tue ape...Nak tanye segan lak...ehehhe..Masa mula-mula pun saya pasang widget tersangat lah banyak nye..Siap dengan lagu..lagi..Tapi bila lama-lama saya sendiri yang buat keputusan untuk remove lagu dan widget-widget tue..huhu..Sebab buat blog tambah berat dan lagu tue macam annoying jer...huhhuhu..Sampai sekarang pun saya masih rasa saya nie noobe pasal blog, masih banyak benda lagi yang saya tak tahu dan saya perlu belajar sikit demi sedikit..


   Saya buat akaun nuffnang pun sebab nak tag link blog dekat innit nuffnang..Oh, jangan tanya pasal berapa duit nufnang yang dah terkumpul..sebab ianya sangatlah sikit..huhu..Baru ade RM17.50 jer..! Kira ok lah tue untuk buat bayar duit tol pegi balik kerja dalam kurang seminggu..huhu..Saya tak pernah cashkan duit nufnang tue, dan tak tahu bile boleh cashkan..huhu..:p




   Saya tau pasal cara-cara nak tag link blog pun lepas setahun saya saya berblog..Setakat nie saya cuma pernah tag lInk blog dekat innit dan ping.busuk jer..page-page blog kat fb memang saya ade joint, tapi saya gunakan platform tue untuk baca blog orang lain atau dengan kata ringkasnya untuk BW..Tahu cara-cara nak tinggalkan comment pun lepas hampir setahun buat blog.Kamu tahu, saya cuma tahu pasal internet masa saya umur 18 tahun..masa tue baru tahun  pasal cara-cara nak bukak google, yahoo..Teruk kan..? Jangan gelak ye..hehe..Budak-budak sekarang memang lagi canggih dari saya yang kuno dari segi teknologi nie kot...huhu..Dulu-dulu saya pernah ade akaun YM,MiRC,Myspace, Friendster, Tagged, Hi5...Tapi semua akaun nie saya dah tak bukak dah..dah Tutup dah pun akaunnya.Sekarang saya cuma ada, blog ini, Facebook dan Twitter..Oh ya, saya cuma ade satu jer blog setakat nie..Ade satu jer Facebook dan ade satu jer Twitter..Cukuplah tue..


  Saya akui banyak juga kekurangan blog saya nie..Banyak juga kekurangan saya dari segi penulisan dan macam-macam lagilah..Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih buat anda yang sudi singgah teratak usang merpati putih88 ini...Sudi tinggalkan pandangan dan berkongsi pendapat di ruangan komen dan juga di chat box...Saya ingin mohon maaf jika ada entry saya yang buat kamu terluka, tersinggung hati...Saya minta maaf jka blog sya nie annoying dan menyakitkan mata anda...Saya akn cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan blog ini dari semasa ke semasa..InsyaAllah..




  Oh ya, saya dah janji dengan blog nie nak tukar header, nak tukar layout design dan nak tukr font colour tulisan..Tapi tak tahu bile boleh buat tue semua..Sebab sekarang nie laptop saya tenag sakit teruk..Asyik koma-koma jer..Skrin kat laptop nie tiba-tba jadi gelap dan laptop tiba-tiba jer mati..Di saat entry ini di coretkan pun dah beberapa kali laptop nie termati...Jadi inilah sebabnya saya lambat dapat balas komen kamu..Doakn laptop saya ok ye, saya rasa nak gi hantar repair lagi..Sebelum nie pernah repair dan org tue kate lappy nie punya graphic card dah rosak,tapi dah ok..Sekarang nie tiba-tiba sakit lagi..Adeh..


Akhir  kata, saya mahu kamu luahkan pendapat dan pandangan mengenai blog ni..Apa jua yang perlu di ubah suai atau di perbaiki oleh saya di dalam blog ini..Saya sedia menerima apa jua komen kamu..Terima kasih..(^___^)

Saturday, September 10, 2011

Kenapa Mesti Merpati Putih??

Hai semua…

Apa khabar…?





                            Selama saya berblog nie saya tak pernah cerita pun kan macam mana saya dapat idea untuk letak nama blog nie dan sejarah asal usul blog nie… Sekarang saya akan ceritakan macam mana saya dapat nama blog nie…  Blog nie sebenarnya adalah blog kedua saya…Kali pertama saya buat blog adalah pada pertengahan tahun 2008, dimana masa tu saya diwajibkan buat satu blog menggunakan domain blogspot.com sebagai memenuhi tugasan assignment untuk subjek Teknlogi Maklumat Perniagaan ketika saya di semester akhir pengajian.  Dalam blog pertama saya tue saya paparkan assignment-assigmnet saya yang berkaiatan kewangan, pemasaran dan perniagaan…Jadi gaya bahasa dalam blog tu adalah SANGAT  SKEMA..hehehe..  Tapi blog tu saya dah tutup pada pertengahan tahun  2009…


                           Saya di perkenalkan dalam dunia blog ini oleh lecturer Teknlogi Maklumat ketika saya di Politeknik  iaitu En Azizi… Dialah yang ajar saya nak buat blog, cara-cara nak  tukar layout, nak letak gambar kat entry, nak tukar colour tulisan, nak letak gadget-gadget dan macam-macam…Saya seorang yang sangat zero dan tak tahu apa-apa pasal dunia blogging masa tue..niat buat blog masa tu pun sebab nak dapatkan markah assignment jer..huhuhu..




                    Blog merpati putih88 nie saya buat pada November 2009, sebagai memenuhi  subjek kursus Sales & Marketing yang saya hadiri pada masa tu...  Saya namakan url blog nie merpatiputih88.blogspot.com sebab masa dalam perjalanan nak menghadiri kursus tue saya ternampak dua ekor burung merpati yang berwarna putih..Dari situ,  terus jer spontan letak url blog nie merpatiputih88…  Lagipun saya rasa perangai saya sama macam burung tu...  Iaitu jinak-jinak merpati…  Lagipun burung merpati nie digunakan pada masa dahulu untuk menghantar utusan surat, jadi pendapat saya sesuailah dengan konsep blog saya, iaitu berkongsi idea dan pendapat dengan orang luar…




                 Warna putih pula mengambarkan kesucian dan kebersihan, jadi saya nak blog saya nie bersih dari kontroversi atau perkara-perkara yang tidak baik serta perkara-perkara yang boleh mencetuskan kemarahan ataupun permusuhan...  Burung merpati juga adalah symbol kepada kedamaian, kesejahteraa dan kasih sayang, sebab tuelah saya namakan url blog ini merpati putih…dan 88 pula kerana saya lahir pada tahun 1988..Lagipun no 8 nie adalah symbol kepada kewangan  + tuah dan no 8 juga tiada penghujungnya..jadi saya harap idea saya juga tiada penghujungnya…



                 Nama blog nie Terbang Bersamaku, sebab saya mahu berkongsi  idea dan pendapat dengan anda semua uyang sudi singgah mahupun baca blog picisan yang punya banyak kekurangan ini…Dan tak dinafikan saya juga spesis  orang yang suka buat awan (berangan)..hehehe…





                    Saya mula bersemangat menulis blog pada pertengahan  tahun 2010…  Kerana pada masa tue saya dah punya broadband sendiri… Sebelum ada broadband, kalau nak update blog kene pergi cyber cafe... Pada masa tu juga saya berasa sangat perlu meluahkan apa yang terbuku di hati dan berkongsi pendapat dengan dunia luar…  Pada ketika itu saya diuji dengan ujian amat berat iaitu ibu saya menghidap kanser, dan sebagai anak tunggal kadang kala emosi sangat tergangu. Jadi saya rasa dengan menulis sesuatu di blog dapat meredakan kekusutan saya pada waktu itu. Oh, ya saya  seorang yang lebih gemar keluar dari masaalah saya dengan taip entry yang puitis macam puisi atau berkongsi pendapat apa-apa sahaja isu-isu semasa yang berlaku.  Bermula dari situ, saya mula fikir untuk serius menulis blog dan minat tu barulah datang…. Lagipun hobi saya memang menulis, jadi buat blog nie dah memenuhi apa yang saya minat... Dulu masa kecik saya pernah bercita-cita nak menjadi penulis novel atau columnist di majalah atau surat khabar.  Pernah jugak simpan angan-agan nak jadi sasterawan negara.  Walaupun cita-cita saya tu tak kesampaian, tapi menulis di blog nie sekurang-kurangnya dapat jugak mencapai impian saya...  





                 Pada awal-awal saya buat blog, saya letak macam-macam gadget… Sekarang saya dah kurangkan…  Tapi saya sedar blog saya nie masih banyak kekurangan dari segi header, layout, design dan entry-entry yang saya paparkan…  Maaf sebab blog saya nie punya banyak kekurangan... Saya masih belajar dan terus belajar untuk buat blog…  Terima kasih buat lecturer saya  sebab sudi ajar saya berkenaan blog, terima kasih buat anda yang sudi berkunjung dan membaca entry-entry saya, terima kasih buat anda yang sudi meninggalkan comment di blog saya... Terima kasih jua buat anda yang sudi menjadi kawan saya di blog ini… (^________^)


Ps:- Rasa sangat seronok sebab laptop dah ok..dan kembali pulih..Alhamdulillah..=)
       Dah bebrapa hari Blogwalking guna handphone jer..semalam sempat jugak buat satu entry guna               handphone, punya lah susah nak menaip.. huhuhu..
Lepas nie kenalah jaga laptop nie baik-baik, tak mau dia merajuk atau sakit-sakit lagi... :)

Friday, September 9, 2011

Mobile blogging via maxis hot ticket

Kali pertama buat entry guna handphone! Huhu..laptop saya rosak lagi..kelmarin dah repair kat kdai tp makin rosak teruk,makin tak bleh nk on langsung! Bila saya call orang kdai tue dia langsung tak angkat..macam nie ke cara layan customer? Kalau macam nie lah memang businessboleh drop..sebab dalam konsep sales & marketing, "customer is always right"...kepuasan pelanggan perlu di utamkn,dan perlu kawal mutu produk + perkhidmatan yg dberikan..barulah customer tak lari..even kalau dia tak boleh nk repair lappy saya cakap lah bterus terang,saya bukan nk marah dia pun..saya cuma nk tanya kenapa lappy saya makin hang lepas dia tukar jadi windows 7,dan kenapa terus langsung tak boleh nak on..nk marah2 pun tak guna,sebab saya bukan spesis mcm tue...
Sekarang lappy saya sedang dibaiki oleh kawan sekerja ayah saya..Bro yang betulkan lappy saya nie cakap,saya punya lappy ada masaalah dgn dia punya windows dan graphic card...harap2 hari isnin nanti dah ok...rasa macam nak beli lappy baru jer..tapi,kalau nak beli lappy baru nampaknya saya tak boleh lah nak renew insurance + road tax awal tahun depan nanti...huhuhu.. nampaknye perlukan kerja part time untuk beli lappy baru..huhuhu.. hidup tanpa laptop adalah umpama bernyawa, tapi tak punya oksigen untuk bernafas... Saya sayang laptop saya,(T_T)

"Sayangilah laptop anda selagi ia masih boleh berfungsi,"

Ps:-Esok(10.09.2011) ada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri johor,majlis akan diadakan di batu pahat...
Sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah johor bahru pula akan diadakan pada 11.09.2011 di dataran bandaraya jb..=)

Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


Hai Semua.....(^_____^)
Nie First time saya joint segment dari blogger famous Ben Ashaari
Blog saya nie biasa-biasa jer, follower tak ramai, header pun simple sangat-sangat(Tak reti buat header guna photoshop atau lain2 software yang canggih..)...Rabun iT lah katekan..hehehe...
Saya menulis blog sebgai hobi di masa lapang...
Saya mula buat blog nie tahun pada penghujung tahun 2009, mula betul-betul minat menulis kat blog tahun 2010, dan aktif update entry  dan berblogwalking tahun 2011......
Sebarang pendapat, cadangan atau kritikan mengenai blog saya (layout,header,entry, widget2 dan style tulisan...) bolehlah di tulis di ruangan komen..(^___^)
InsyaAllah saya akan cuba perbaiki blog saya terdaya yang mampu..=)

P.s:-Segment nie akan tamat pada jam 6.petang hari nie...So, apa tunggu lagi..?
Cepat-cepatlah joint ye...(^____^)


Friday, June 24, 2011

Laptop Demam....



Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog saya yang biase-biase nie, terima kasih sebab sudi membaca entry-entry saya yang tak seberapa , sudi meninggalkan comment dan sudi follow blog saya yang buruk nie..
Saya sangat hargainya...Kunjugan anda pasti akan saya balas...
Tapi dua tiga hari nie saya tak dpaat nak online blog apatah lagi nak blogwalking...
Sebab saya agak sibuk dengan urusan kerja..
Oh, lupa nak beritahu, saya hanya akan dapat update blog saya nie, buat blog walking dan online internet apabila saya dirumah sahaja..
Maaf sebab saya lambat dapat balas comment awak semua dan lambat dapat buat blog walking ke blog kamu semula..
Lagi pulak laptop saya sekarang nie tengah demam..
Perlu bagi dia jumpa Dr..
Dah lama dia nie tak buat checkup..
Antibiotik pun dah abis..
Sebab tuelah dia mudah sangat kena serang virus selsema dan macam-macam virus lagilah..
Kesian jugak dnegan dia nie..
Tapi kalau nak buat rawatan tue mestilah mahal kan..
Hurmm..eh kedekut lohh tuan kamu nie Acer!!!
Nak hantar kamu pergi jumpe Dr laptop pun bekire ke ape..???
Bukan senang beb nak cari dan nak dapatkan duit..Nak habiskan tue memang mudah..
Ermm nak tanye antivirus ape yang paling bagus sekali eh..? leh bagi cadangan...?


Nota:- sebelum saya akhiri entri nie saya nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia sebab menang dalam perlawanan menentang Lubnan 2-1 malam semalam..Semoga pasukan bola sepak Malaysia sentiasa beroleh kemenangan di masa-masa akan datang..Chaiyokk..!

P/s:- Ini adalah luahan penulis blog semata-mata. Gambar adalah diperoleh dari google image..


Saturday, June 18, 2011

" BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "


Assalamualaikum ...
Zippo,Saya dah joint awak punye segment..
Firstly, thanks Zippo sebab sudi melawat blog saya dan ajak saya joint segment nie..
Terharu pulak rase sebab blogger yang ramai follower macam awak nie sudi ajak kita joint segment macam nie..

Kekuatan blog saya...???
Ermm..entahlah ye..sebab pendapat saya, blog saya nie biase-biase jer dan takde benda yang menarik pun..
Blog nie pun simple jer..Follower pun tak ramai,...
Entry pun biase-biase jer..Masih banyak yang saya perlu perbaiki dan pelajari dari segi penulisan dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan dunia blog nie..
Saya harap blogger-blogger lain sudi memberikan sebarang komen terhadap blog saya nie, agar saya dapat perbaiki kelemahan blog saya nie...
Saya suka buat entry berkaitan isu-isu semasa, saya suka kongsikan pendapat dan idea saya kat dalam blog saya nie...Selain tue saya juga sangat suka buat entry berkaitan puisi, macam-macam jenis puisi saya boleh buat dan semua puisi nie adalah idea saya sendiri yang saya perolehi secara spontan..Memandangkan konsep blog saya nie adalah personal blog, maka saya juga ada sikit-sikit ceritakan pasal personal life saya kat sini..
Itu sahajalah berkaitan blog saya..
Saya harap anda semua sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...
Sekian, Salam Uhkwah..
Semoga kita bersama-sama dapat mengeratan tali persahabatan sesama blogger....
(^________^) 
.
.
.
Anda pun berminat nak joint segment nie..?
Jom ramai-ramai memeriahkan lagi segment nie..
Click kat link nie:-

Monday, April 25, 2011

Blog Walking....

pic dari Google Image

Kenapa mesti blog walking?
Untuk naikkan traffic kat blog kita semata-mata ke...?
Pada pendapat saya, ianya lebih daripada itu...
Dengan ber blog walking nie kita dapat megeratkan ukhwah bersama rakan-rakan blog yang lain...
Dapat berkenal-kenalan dan berkongsi idea dan pendapat..
Dengan membaca blog orang lain, ianya juga akan menambah idea kita untuk menulis blog dengan lebih kreatif..
Malah melalui blog walking kita dapat tahu tips-tips dalam penulisan blog, teknologi, website dan lebih daripada itu ianya dapat menambah pengetahuan kita tentang kehidupan dan sebagainya...
Mungkin kita takkan tahu jika kita tidak membaca blog orang lain..
Meninggalkan comment pada pendapat saya, biarlah ikhlas dari hati dan jangan pula dilakukan semata-mata mahu mendapat traffic ke blog kita sahaja...
Baca dahulu sesuatu entry tue hingga selesai kemudian barulah meninggalkan comment...
Oh ya, bercakap pasal comment nie..Pada pendapat saya walaupun kita semua punya pendapat yang berbeza mengenai sesuatu issue atau topic, tetapi sebaiknya kita menghormati pendapat yang diberi oleh pemilik blog yang kita baca itu, jika hendak memberi kritikan pun biarlah ber adab dan beralas (berbudi bahasa) kan ianya lebih baik..dan orang boleh terima dengan hati yang terbuka...
Jangan pula sesekali kita mengaibkan blogger lain semata-mata kerana kita tidak suka akan pemilik blog itu atau tidak setuju akan cara penulisannya dengan menghamburkan kata-kata caci maki dan menghina mereka..
Ianya secara tidak langsung bukan hanya mengaibkan pemilik blog yang anda benci itu, tetapi juga akan mengaibkan diri anda sendiri juga..
Ingat pepatah ini:-
"What goes around, will turns around"
Ya, mungkin hari ini kamu menganiaya dan mengaibkan orang, mungkin esok atau lusa kamu pula menerima nasib yang sama..
Jadi bersama-sama lah kita mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita penulis-penulis blog..


Nota:-Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada sesiapa jua yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa dan banyak kekurangan ini, terima asih jua kepada anda yang sudi membaca entry-entry saya yang biasa-biasa sahaja, terima kasih juga kerana sudi meninglakan comment walaupun saya tahu entry-entry saya tak lah menarik seperti blog-blog lain...Sekali lagi terima kasih kerana sudi menjadi follower saya walaupun saya tahu blog saya nie tak cantik, tak menarik dan tak tertarik...
Saya sayang kalian semua...saya sangat menghargai kunjungan kamu ke sarang merpatiputih88 ini....

Saturday, December 11, 2010

Antara Sebab Kenapa Saya Suka Menulis Blog....(^_*)

 
Hai...apa khabar semua..? saya harap anda sihat-sihat sahaja..maaf saya lambat update blog..sebab saya agak busy dengan exam dan kerja di tempat baru...entry selepas nie saya akan ceritakan pulak exam dan pasal kerja baru saya...sekarang saya cuti setiap sabtu dan ahad..jadi ada lebih masa sikit untuk update blog..
oklah sekarang saya nak cerita kenapa saya suka ber blogging...antara sebab-sebab nya ialah:-

-Saya memang minat membaca dan menulis..
-Saya berpendapat:
1-menulis dapat mengurangkan stress dan boleh mengekspresikan apa yang kita rasa dengan lebih telus dan jujur dengan menulis..
2-dengan menulis kita dapat mengasah bakat dan ilham / idea yang kita ada atau yang kita dapat melalui pembacaan, pemerhatian,pengalaman dan keadaan sekeliling.Ianya akan menjadikan kita lebik kreatif dan lebi rasional bila berfikir..
3-dengan menulis kita dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat..(sharing is caring)
4-dengan menulis membolehkan kita berkongsi pengalaman yang mungkin boleh dijadikan inspirasi atau tauladan bagi pembaca..
5-bidang penulisan boleh dijadikan sebagai hobi masa lapang dan boleh juga di jadikan sebagai punca pendapatan contoh seperti penulis novel, buku, wartawan..

Dengan menulis blog saya dapat:-
a-mencapai impian dan cita-cita saya untuk menjadi penulis..saya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis puisi yang berjaya seperti Dato' A Samad Said. Walaupun cita-cita saya tak kesampaian lagi, sekurang-kurangnya saya dapat lah juga menjadi seorang penulis walaupun hanya menulis di blog..di sini penulisan saya boleh di baca oleh sesiapa sahaja dan saya boleh menulis apa sahaja yang saya mahu..
b-mengasah bakat penulisan saya...
c-lebih idea dan ilham dalam bidang penulisan dan kehidupan..

Saya sayang blog saya dan saya tak akan berhenti menulis blog ..Tiada sesiapa yang boleh menyekat atau menghalang saya dari menulis blog..sebab saya memang minat menulis sejak kecil lagi..

Aku menulis bukan kerana nama..Aku menulis bukan kerana wang..Aku menulis kerana ianya dapat membahagiakan hatiku...Aku menulis setulus dan seikhlas hati dari lubuk hati yang terdalam untuk aku kongsikan dengan masyarakat di luar sana...




Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...