Translate

Saturday, October 16, 2010

Manusia Mangsa Teknologi Atau Teknologi Mangsa Manusia??


                                            ~Gambar Sekadar Hiasan~

Hah tu dia..
Tajuk je da serius..
Tapi takpe saya akan terangkan dengan bahasa yang lebih mudah difahami dan santai..
Saya dapat idea nak buat tajuk nie sebab keadaan semasa masa kini..
Contohnya: 

1.Bila ada aje gambar-gambar ataupun video-video aksi melampau yang terlampau tersebar di internet mesti akan kita dengar / baca dimana-mana perkataan  " mangsa teknologi".. betul tak ? Tapi nak tanya sikitlah..Boleh ke gambar atau video itu terakam secara sendiri nya tanpa ada manusia yang membuat rakaman?? Mesti tak punya..

2. Ramai diantara kita pada masa kini (bukan semua lah) suka meluahkan perasaan di internet (laman web sosial). Nak luahkan perasaan boleh tapi biarlah berpada-pada, jangan pula sehingga ada berlakunya pergaduhan , hentaman, penghinaan, mahupun cacian yang bertubi-tubi kepada pihak lawan yang buat kita marah atau yang kita benci. Manakala pihak lawan akan turut memberi hentaman balas. Di tambah pula dengan campur tangan "rakan-rakan" kedua-dua belah pihak sebagai penyedap rasa , penambah perisa terhadap "perang" yang sengaja dicipta.Ini tak hanya berlaku pada remaja malah golongan dewasa, golongan cerdik pandai dan juga orang yang famous (dikenali ramai). "Perang" yang berlaku boleh melarat hingga membuat laporan polis, saman menyaman di mahkamah dan masuk surat khabar (wahh.. memang glam).

3.Gunakan platform internet untuk sebarkan perkara-perkara kahabar angin yang si penulis pun tak tahu betul atau tidak dan juga menyebarkan fitnah. Bagi situasi macam nie kebiasaannya yang jadi mangsa hentaman adalah orang yang di kenali seperti artis/ pemimpin tetapi turut menjadi mangsa adalah golongan orang biasa. Kejadian macam nie berlaku kat mana-mana sahaja di seluruh dunia sebab " dunia tanpa sempadan". Jadi lebih cepat dan pantas lah nak sebarkan berita macam nie.

4. Gunakan platform internet ini untuk menyebarkan sesuatu ilmu yang menyesatkan dan untuk melakukan penipuan serta penyelewengan.

5. Menjadi pengintip, pengintai setia maklumat peribadi dan mencuri segala data peribadi mahupun gambar seseorang yang ada di internet bagi tujuan kepentingan diri sendiri (niat jahat) dan mencuri duit di akaun simpanan peribadi atau syarikat.

Kejadian-kejadian macam nie dah banyak sangat berlaku pada masa kini di seluruh dunia. Jadi dah tak pelik dengan berita-berita macam nie. Tapi.. sampai bila?? ok sekarang saya nak terangkan satu persatu mengikut kaca mata saya secara peribadi. Iaitu:

Kenapa kita kata manusia mangsa teknologi?
Supaya lebih JELAS dan MUDAH FAHAM..
Sekarang mari kita ketahuai pula asal usul kejadian manusia dan teknologi:-
 Manusia
= Dicipta oleh Tuhan (Allah S.W.T)
 = mempunyai akal fikiran,kepandaian ,kebijaksanaan, berkebolehan untuk mereka cipta sesuatu yang baru, mempunyai idea yang bernas, gerak hati, rasa, dan perasaan(sedih, riang gembira,marah, benci, dendam) serta naluri dan juga hawa nafsu.
= Wujud lebih dahulu di muka bumi ini sebelum teknologi.
= Segala tindakan dikalawal oleh keimanan, minda dan hati serta adakalanya nafsu diri individu itu sendiri, juga kadangkala dipengaruhi oleh keadaan / situasi semasa, lokasi mahupun faktor pengaruh dari individu lain.

Teknologi 
= Dicipta oleh manusia
= Tidak mempunayi akal fikiran,kepandaian, kebijaksanaan, tidak berkebolehan mencipta sesuatu yang baru, tidak mepunyai idea kerana tiada akal, tidak memiliki gerak hati,rasa dan persaan juga hawa nafsu.
=Wujud di muka bumi ini SELEPAS manusia, kerana manusia lah penciptanya
=Segala apa yang berlaku melalui teknologi adalah di kawal sepenuhnya oleh manusia. Serta perlukan manusia untuk mengawalnya dan membuat sesuatu / bertindak / berfikir.

Sekarang dah dapat belum apa yang saya mahu jelaskan?
Pasti Sudah bukan..???
Jawapan kepada semua permasaalahan ini adalah Teknologi Mangsa Kepada Manusia dan Bukannya Manusia Mangsa Kepada Teknologi.
Jadi tolong jangan tersalah konsep pulak ye lepas ini..
Kita sentiasa perlukan pemodenan mahupun kemajuan serta teknologi untuk kehidupan kita pada masa kini dan untuk generasi akan datang...
Tipu jika ada yang kata " saya boleh hidup tanpa teknologi" pada abad ke 21 ini..

Bukti:-
1. Jika anda seorang pelajar kolej / universiti/ sekolah anda pasti perlukan teknologi untuk menyiapkan tugasan mahupun mencari maklumat yang di beri oleh guru atau pennsyarah melalui medium komputer / laptop / notebook dan juga internet.

2. Jika anda bekerja di pejabat pasti memerlukan komputer dan internet untuk menaip, menyimpan data-data dan mencari maklumat.

3. Jika anda berniaga pasti lebih mudah dengan membuat iklan di internet, anda juga boleh memasarkan terus produk kepada pelanggan melaluai internet. Dengan cara ini perniagaan anda berkembang maju dengan lebih mudah.

 4. Jika anda seorang petani / penternak, pasti ianya lebih mudah / cepat/ cekap dan menguntungkan dengan adanya teknologi masa kini seperti Bioteknologi.

5.Jika anda seorang pemandu, pasti lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi dengan adanya teknologi GPS (sistem kedudukan global). Jadi takde lah anda sesat ditengah jalan ataupun sibuk memandu sambil pegang peta di tangan silap-silap hari bulan anda yang kemalangan.

6.Pada masa kini pelbagai lapisan masyarakat di dunia boleh berhubung / berjumpa dengan rakan-rakan mahupun keluarga anda melului internet. Laman web sosial seperti Face Book, Friendster, Myspace, Hi 5, Twitter, Tagged dan Blog adalah diwujudkan bertujuan untuk kita menambahkan rangaian kenalan kita dari seluruh dunia mahupun berjumpa kenalan / saudara kita yang telah sekian lama terpisah. Jadi kita sebagai pengguna laman web sossial ini perlu lah sedar apakah tujaun utama kita mebuka akaun laman web tersebut. Jika niat kita baik dan kita bijak menggunakannya pasti ianya menjadi sesuatu yang berfaedah untuk kita dan jikat tidak ianya akan mejejaskan reputasi kita.

7. Jika anda berjauhan dengan keluarga, suami / isteri atau rakan pasti kemudahan seperti 3G dan Web Cam dapat "mendekatkan" jarak anda itu. Anda juga boleh menggunakan kemudahan ini untuk berinteraksi antara majikan dengan pekerja tanpa perlu berjumpa sekiranya di halang oleh jarak yang jauh. Tapi jangan pula di salah gunakan dengan merakam aksi yang melampau hingga seksa mata memandang untuk tatapan orang tersayang. Takut pula nanti terlepas ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab anda juga yang mendapat malu.

Jadi Bagaimana? Masih tidak mahu hidup dengan teknologi? Masih mahu menolak teknologi dan pembangunan? Masih mahu menyalahkan teknologi dengan keruntuhan akhlak dan moral remaja masa kini?

JANGAN SALAH KONSEP LAGI!!
TEKNOLOGI TAK SALAH MALAH DI PELUKAN UNTUK KEHIDUPAN MASA KINI.
TAPI KITA SEBAGAI MANUSIA YANG PUNYA AKAL FIKIRAN HARUSLAH LEBIH BIJAK MENGGUNAKANNYA...




Ps:- Entry hanyalah lauahan pendapat penulis, credit gambar google image

2 comments:

Mohamad Termizi said...

manusia lah jadi mangse tech,, kene tipu jek gan

Sya_Merpati Putih 88 said...

x..coz manusia ade akal fikiran..nape lak jdi mangse kan..?

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...