Dalam keluarga kami emak saya lah satu-satunya yang menghidap penyakit ini..
Jadi kami sekeluarga sangat sedih dan terkejut..
Pada mulanya Dr menyangkakan ianya hanyalah ketulan ketumbuhan biasa jadi katanya emak hanya perlu melakukan pembedahan kecil sahaja..
Tetapi semasa hari pembedahan di lakukan barulah kami di beritahu yang rupanya ketulan ketumbuhan tersebut adalah sel kanser yang telah membiak..
Saya sangat sedih kerana takut kehilangan emak..
Lebih-lebih lagi saya merupakan anak tunggal..
Tak dapat di bayangkan bagaimana nak hidup kalau emak tak ada..
Di luar dewan bedah saya sentiasa membaca surah Yassin dan lain-lain surah serta berdoa semoga emak selamat..
Sekarang emak dah pun menjalani pembedahan membuang sel kanser pada 31 Mei 2010..
Alhamdulilah emak selamat..Syukur pada Allah SWT..
Kini emak telah menjalani 4 kali sesi kimoterapi dan ada 2 lagi sesi kimoterapi..
Kesemuanya 6 sesi kimoterapi..
Tapi kalau lah kesihatan tak beransur pulih sesi kimoterapi perlu di tambah lagi..
Sekarang juga emak kena ulang-alik HSA dan HSI untuk wat checkup dan kimo..
Serta Klinik yg berdekatan dengan umah sy nie utk buat dressing luka pembedahan..
Kini luka pembedahan tue dah beransur pulih tapi belum pulih sepenuhnya..
Pada tahun hadapan pula emak perlu menjalani rawatan radioterapi selama 30 hari beturut-turut..
Kesan daripada rawatan kimoterapi tue emak sy selalu pening kepala, hilang selera makan,
berat badan pun dah berkurangan sebanyak 10 kg, rambut pun gugur, kuku tangan dan kaki bertukar wana kebiru-biruan..
Selepas dari rawatan kimoterapi yang ke empat, selera makan langsung tidak ada..
Sehingga hari ini emak sy langsung tak mahu makan nasi..
Dia cuma minum susu Anlene pagi dan petang, jus carrot pada tengah hari serta makan buah-buahan(anggur,epal dan buah-buahan tempatan) sahaja dan banyak minum air putih..
Kalau sebelum nie mak makan juga nasi tapi tak boleh makan yang beminyak dan berlemak..
Lauk mak hanyalah ikan masak asam rebus dan sayur-sayuran berdaun hijau sahaja..
Tapi emak lebih suka makan sayur-sayuran berdaun hijau..
Tapi kini selepas sesi kimoterapi kali keempat emak langsung tidak mahu mejamah sebutir nasi..
Ini yang menyebabkan saya bertambah risau..
Pada 20hb 10. 2010 sy temankan emak buat checkup kat HSA..
Setelah keluar dari bilik Dr emak kelihatan muram..
Sesampainya di rumah emak banyak termenung dan tak banyak bercakap..
Bila saya tanya kenapa dia tidak mahu beritahu saya pula..
Nie yang menyebabkan saya betambah risau dan sedih dengan keadaan emak saya..
Penyakit macam nie memang memerlukan banyak wang..
Untuk sesi rawatan dan ubat-ubatan serta tambang pergi balik ke hospital..
Penyakit seperti ini juga memrlukan tempoh masa yang lama untuk pulih..
Pesakit juga perlukan sokongan dan dorongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling..
Tapi nasib baiklah emak saya nie jenis orang yang sabar, tabah dan kuat semangat serta tak mudah putus asa..
Dia juga berpesan pada saya:
"sekiranya dia tidak ada jaga diri baik-baik dan carilah pasangan hidup yang boleh membimbing saya dan menyayangi saya..emak juga berpesan supaya saya teruskan kehidupan dengan sabar, tabah dan kuat semangat serta jangan jadi orang yang sombong bila dah berjaya. Emak doakan supaya saya berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang yang berguna"
Emak juga mahu sampai kan pesanan pada semua yang mengenali dirinya:
" Emak ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya terhadap anda semua dan halalkan lah makan dan minumnya sekiranya ada"
Pesan saya kepada emak:-
" Emak, janganlah cakap macam tue..emak jangalah tiggalkan iera..kalau emak tinggalkan iera siapa lagi tempat iera nak mengadu nak manja-manja..siapa yang nak bagi nasihat dan bimbingan kat iera..siapa yang nak bagi kata-kata semangat kat iera..Iera doakan semoga mak cepat sembuh..emak harus kuat dan tabah dan jangan sesekali megalah..Mak maafkan iera sebab iera banyak sakit kan hati mak dan kadang-kadang buat mak kecewa..Iera janji akan jadi anak yang baik untuk mak dan iera akan jaga diri iera dan nama keluarga kita..Emak, jangan tinggalkan iera..sebab iera belum sempat nak balas semua jasa dan pengorbanan mak..Bagilah iera peluang untuk balas jasa mak..tunaikan hajat mak nak pegi langkawi, nak tengok iera ada kereta dan rumah sendiri..iera pun bercita-cita nak belikan emak dan ayah rumah..Jadi, tolonglah bagi iera peluang untuk bersama emak..sebab iera sayang emak sangat-sangat..."
Pesanan Saya kepada anda semua:
"Doakanlah emak saya cepat sembuh..sebab saya sayang dia sangat-sangat..Kepada sesiapa jua yang telah melawat emak saya dari sebelum dia di masukkan ke hospital hingga ke hari ini dan yang menghulurkan sumbangan saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga.Jasa anda semua akan tetap kami kenang, kami doakan agar anda bertamabh rezeki dan panjang umur"
No comments:
Post a Comment