Translate

Friday, October 15, 2010

10.10.2010

10.10.2010

Tarikh ini dikatakan membawa tuah..
Oleh itu ramailah yang memilihnya sebagi tarikh perkahwinan atau pertunangan..
Pasti Tarikh ini memberi seribu satu erti pada yang menerima khabar gembira atau khabar duka..
Saya ingin mengucapkan:


1. Tahniah (^_^) , Yang Gembira =]

Kepada:- Sesiapa Sahaja yang-

a. Melangsungkan Pekahwinan
b.Melangsungkan Pertunangan
c.Menyambut Ulang Tahun Pekahwinan / Pertunangan / Percintaan
d. Menyambut Hari Lahir
e. Menyambut Kelahiran Anak Atau Cucu
f. Meraikan Ulang tahun Syarikat

dan kepada sesiapa sahaja yang menerima khabar gembira pada hari tersebut. Di doakan semoga anda kekal bahagia bersama pasangan masing-masing hingga ke akhir hayat, mendapat zuriat yang soleh/soleha yang cerdik pandai dan comel, Perniagaan anda bertambah maju, di murahkan rezeki, Segala cita-cita dan impian anda akan tercapai hendaknya, Di panjangkan umur serta di lindungi dari sebarang musibah atau mara bahaya dan sebarang penyakit, Akhir sekali semoga anda sentiasa mendapat perlindungan dan bimbingan serta hidayah daripada Nya

Berikut adalah Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Syukur Dan Dr Harlina yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya:-

























2.Takziah (T_T) , Yang Berduka :'(

Kepada semua mangsa dan ahli keluarga kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh 10.10.2010.
Semoga anda semua sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan ini...
Kepada yang cedera, semoga cepat sembuh..
Al-Fatihah...semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka

Berikut adalah petikan berita yang sempat saya google:-
MELAKA -- Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang 'meragut' 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

"Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

"Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.



Ini pula petikan video daripada You tube

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...