Sepi sendiri dia keseorangan,
Tangisan dan rintihannya tak di endahkan,
Dia di buang oleh orang yang melahirkannya,
Dia tak pernah kenal siapa bapanya,
Kini dia di buang dan di tinggalkan,
Seolah-olah dia tidak berhak untuk mendapatkan kasih sayang dari ibu bapa kandungnya,
Seperti dia hina dan jijik untuk di besarkan,
Dia di anggap pembawa malang,
Ketika...
Bayi lain kelahirannya di sambut dengan riang,
Bayi seusianya di beri perhatian dan kasih sayang,
Tapi..
Dia kini terdampar sepi,
Menangis,merintih hingga hilang suara,
Tapi ibu bapa kandungnya tak peduli,
Dia terus di tinggalkan,
Bagaimanakah nasibnya nanti?
Oh Tuhan! Kalau begini kenapa aku di lahirkan?
Tidak kuat rasanya aku mahu mengharungi hari yang sepi seorang diri,
Mama, papa..
Kenapa kah kamu melahirkan ku?
Kenapakah aku di tinggalkan?
Sepi keseoranagan,
Aku bayi yang terbuang,
Lahirku hasil dari harga diri ibu bapaku yang terbang,
Mungkin kerana cinta nafsu atau mungkin juga kerana wang,
Tapi kini ibu bapaku menghilang,
Tinggalkan aku seorang,
Aku sedih,
Aku sejuk terkena angin malam dan hujan,
Aku sakit di gigit serangga,
Aku nak muntah bau busuk ini,
Di tempat busuk aku di tinggalkan,
Bau-bauan hanyir,busuk hasil dari tong sampah,longkang dan tandas,
Aku hanya pasrah,
Berharap ada insan yang menemuai aku,
Insan yang akan memberikan aku perhatian,kasih-sayang dan pendidikan,
Tapi..
Aku juga takut,
Sekiranya aku mati dalam keadaan yang hina dan busuk,
Aku cuma berharap,
Beberapa minit lagi ada orang menyelamatkanku..
Terus berharap dan menunggu..
Ps:-Hak cipta terpelihara, tidak di benarkan sebarang bentuk penerbitan semula tanpa kebenaran bertulis dari saya. Puisi ini telah di hasilkan oleh saya sendiri penulis blog www.merpatiputih88.blogspot.com.Puisi ini terhasil daripada kisah bayi yang di buang di media massa masa kini. Sama-samalah kita mengambil iktibar.
Semua bayi suci bersih, mereka berhak untuk hidup,memndapatkan makan,minum,pakaian,tempat tinggal,pendidikan,perhatian dan kasih sayang. Tak kira apa jua asal usul mereka dan siapa pun ibu bapa mereka.Jangan sesekali memandang hina dan jijik pada bayi seperti ini.Kerana mereka juga tak minta di lahirkan begitu dan bukan salah mereka,mereka terlahir ke dunia ini.
9 comments:
puisi yg baik.,sgt menyentuh hati.,
terima kasih...sy dapat idea nie spontan mase terbace kisah buang bayi..tersentuh ati terus buat puisi nie..
salam..sgt menarik puisi anda..minta izin nk bacakan dlm kelas,bleh?sy akn nyatakan anda penulisnya
andakbib:-terima kasih..=)
bole, sy izinkn awk membacanya....
Nak mintak izin utk selitkan puisi ni sikit dlm lagu sy boleh???dua 3 ayat je...
As salam..sy nak mintak izin utk selitkan dua 3 ayat puisi ini didalam lagu sy boleh??
Zukhri Mustapha:- lagu awak tue tajuknya ape...? kalau boleh sy tahu...
hurm..boleh..awk boleh nyanyikan..
Nak minta izin ambil sedikit ayat2 puisi ni untuk digunakn utk pertndingan..
Izin copy paste
Post a Comment