Ini merupakan kata-kata pembuka bagi topik entry saya kali ini..
Pada pendapat saya..
Sebagai seorang yang telah "Dewasa" serta memiliki AKAL FIKIRAN YANG SEMPURNA..
Seharusnya kita-
-1-BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK..
-2-MEMBUAT PERTIMBANGAN DENGAN BIJAK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS..
-3-SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..
-4-BERINGAT SEBELUM TERKENA..
-5- MENYAYANGI TUHAN (ALLAH SWT) DAN AGAMA SEBELUM MEYAYANGI PERKARA LAIN..
-6- MEYAYANGI KELUARGA SEBELUM MANUSIA LAIN..
-7-MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM CUBA MENCINTAI INSAN LAIN...
-8-SENTIASA MENYAYANGI SEMUA MAKHLUK YANG ADA DI MUKA BUMI INI..
(MANUSIA, TUMBUH-TUMBUHAN, HAIWAN, DAN BUMI)
-9-SENTIASA BERSIKAP BERTOLAK ANSUR...
10-SENTIASA TENANG DAN BERSABAR..
-11- SENTIASA MEMPUNYAI PERASAAN KASIH DAN BELAS..
-12-SENTIASA BERSIKAP JUJUR, DAN AMANAH..
-13-TIDAK MENGEJI, MENGHINA ATAU MENJATUHKAN MARUAH SESAMA MANUSIA, SERTA BANGSA, AGAMA , NEGARA YANG LAIN..
-14-TIDAK MENILAI INSAN LAIN SECARA BERFIKIRAN SEMPIT DAN SKEPTIKAL..
-15-TIDAK BERFIKIR NEGATIF TERHADAP INSAN LAIN..
-16-MENASIHAT BUKAN MENGHINA-(MENASIHATI DENGAN CARA BERKHEMAH SERTA MENJAGA TERTIB DAN ADAB)
-17-TIDAK MENGHAKIMI TERHADAP SESUATU YANG BELUM PASTI KEBENARANYA..
-18- TIDAK TERLALU MEMPERCAYAI TERHADAP APA YANG DI BACA, DILIHAT DAN DI DENGARI (KAJI DULU SEBELUM MENILAI ATAU BERTINDAK-BIMBANG JIKA ANDA DITIPU ATAU MEMPERCAYAI FITNAH)
-19-TIDAK MEMILIKI PERASAAN HASAD DENGKI..
-20- SENTIASA BERSIKAP SUKA MEMBANTU INDIVIDU YANG SEDANG DILANDA MASAALAH...
-21-SENTIASA MEMBERIKAN NASIHAT, SOKONGAN, DORONGAN SERTA KATA- KATA SEMANGAT KEPADA INSAN YANG MEMERLUKANNYA..
- 22-TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KATA-KATA ATAU MEMBUAT SESUATU TINDAKAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT ORANG YANG SEDANG DI LANDA MUSIBAH..
-23-SENTIASA MENUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK KEPADA ORANG BAWAHAN UAH INSAN LAINATAU ORANG YANG LEBIH MUDA SERTA INDIVIDU YANG BERADA DI SEKELILINGNYA..
-24-TIDAK MEMBUANG MASA DENGAN BERUSAHA MENJATUHKAN MARUAH INSAN LAIN..
-25-BIJAK MENGURUSKAN MASA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU...
-26-TIDAK BERSIKAP KEJAM TERHADAP BAYI, KANAK-KANAK, WARGA EMAS DAN WANITA..
-27-TIDAK MENYALAHGUNAKAN TENAGA, KUASA DENGAN MEROMPAK, MERAGUT,MENGUGUT,MENDERA, MEROGOL MENCABUL DAN SEBAGAINYA..
PS:- sengaja saya tulis menggunakan huruf BESARagar lebih JELAS..Bukan betujuan untuk berkhutbah, memberi caramah apatah lagi perasan yang saya nie bagus sangat..tapi sebagai renungan dan peringatan untuk diri saya sendiri dan anda semua pembaca sekalian..hanya bertujuan untuk menasihati diri sendiri dan anda sekalian yang saya sayangi yang saya hormati agar sama-sama lah kita mengelakkan diri dari melakukan benda yang negatif..
Sebagai remaja yang baru memasuki fasa dewasa saya sedih melihat keadaan sekeliling..bayi dibuang sesuka hati..bayi dibunuh..kucing di pijak hingga mati..menyalahgunakan kuasa , kebijaksanaan dan tenaga untuk kepentingan diri sendiri..sanggup menipu atau bersumpah atas pembohongan yang jelas terang bersuluh..hutan belantara dan alam sekitar yang tercemar dek manusia yang rakus mengejar-ngejar keuntungan..anak,cucu,anak saudara, sepupu, anak tiri, kakak, adik perempuan di rogol..negara miskin di tindas..memandang sinis pada bangsa,agama, negara mahupun negeri yang berlainan..menyalah anggap sesuatu bangsa atau agama atau negara sebagai teroris..
Kononnya menasihati tapi sebenarnya telah menghina kerana menasihati dengan cara mengherdik, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat..hanya patuh pada undang-undang apabila di awasi..sentiasa tidak tenang atas kebahagiaan atau kejayaan insan lain..suka melihat orang lain jatuh tergolek-golek..puas lihat insan lain menangis dan menderita..Menyalah gunakan teknologi masa kini untuk kepentinga peribadi hingga sanggup menelanjangkan maruah orang lain...
Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari apa jua kisah yang berlaku di sekeliling kita..
Ingat " Jadilah dewasa yang sebenar"..
Ingat " Jadilah dewasa yang sebenar"..
sekian salam sayang daripada saya,
Ikhlas dari lubuk hati yang terdalam...
No comments:
Post a Comment