Translate

Friday, August 27, 2010

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran (Hari Di turunkan Al-Quran)

Hari ini 17 Ramadan 1431 Hijrah atau bersamaan 27 Ogos 2010 merupakan hari Nuzul Al-Quran, di mana hari di turunkan kitab suci Al-Quran Kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu bersama-samalah kita menghayati dan meraikannya. Di sini saya sertakan terjemahan Al-Quran berserta keterangan yang saya perolehi dari kitab tafsir yang saya beli hasil dari duit praktikal saya 2 tahun yang lalu. Saya coretkan pada entry kali ini hanyalah sekadar ingin berkongsi. Saya bukanlah Hafizah atau Ahli Tafsir Al-Quran, tapi tak salah rasanya saya meraikan hari ini dengan cara yang tersendiri..

"Inilah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)yang nyata (kebenarannya)" 
                                                                    (Surah  Al-Qasas , Ayat 2)
Keterangan Ayat:
       Ini ayat-ayat Al-Quran yang jelas. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa ayat-ayat Al-Quran itu jelas maksud dan maknanya. Jika kita suka membacanya dan memperlihatkan segala isinya, nescaya kita perolehi petunjuk dan berubahlah budi pekerti yang kasar menjadi halus, meskipun tidak memberi tafsir (kterangan) dengan panjang lebar. Satu buku (kitab) yang baik susunan perkataannya dan bagus kata-katanya, tentu dengan mudah dapat di fahami maksudnya. Sebab itulah orang arab dahulu kala apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini mereka terus memahami maksudnya lalu menjadi satu umat yang amat tinggi kesopanan dan luar biasa kemajuannya. Tidak ada buku bacaan mereka selain Al-Quran. Kalau kita hendak memperbaiki umat di zaman sekarang, berikanlah Al-Quran ini. Jika mereka tidak faham bahasa arab maka bacalah terjemahannya yang mudah. Memang ada ayat yang sukar maksudnya dan sukar di ketahuai maknanya tetapi ianya tidaklah banyak, malahan sebahagian kecil sahaja.
     Sebab itulah ayat-ayat yang sukar sahaja terutama berisi petunjuk ayng dihuraikan tafsirnya, sedangkan ayat-ayat yang jelas di serahkan kepada pembaca untuk memahaminya. Jika tidak dapat memahaminya maka bertanyalah kepada ahli tafsir.

 Ps: Bersamalah kita mensyukuri nikmat mukjizat Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.Wdan seharusnya kita bukan setakat mebacanya tetapi, memahaminya, mengahayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam nya. Kerana ianya merupakan kitab yang lengkap dengan semua jenis Ilmu pengetahuan sesuai untuk panduan umat manusia di dunia dan juga di akhirat. Sekian..

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...