Translate

Monday, March 28, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita...♥



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya...


Ps:- artikel ini saya ambil daripada ILuvIslam.com



Soalan Cepumas:- Bila Kamu Mahu Menamatkan Zaman Bujang???


Sejak dua menjak nie ramai betul member-member yang menamatkan zaman solo memasing..
Banyak jugak lah dapat jemputan makan nasi minyak nie, tapi tak semua saya dapat pegi..
Apa-apa pun saya doakan kamu semua bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan masing-masing serta di kurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah serta bijak dan cerdik pandai serta menjadi khalifah yang berguna di muka bumi ini...
.
.
.
Berbalik kepada tajuk di atas....Ya, saya tahu ramai diantara rakan-rakan saya yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing...Dan ada juga yang sudah mempunyai anak-anak sendiri yang comel...
Macam biasa, kalau kamu perasan bila kamu pergi jer jemputan kahwin mesti akan ade soalan-soalan seperti:-
.
.
.
"Lepas nie giliran siapa pulak..?"
"Awak bila lagi nak naik pelamin..?"
"Bila kitaorang nak makan nasi minyak awak pulak..?"
"Takkan tak der calon-calon lagi..? Nak kitaorang carian calon ke..?"
"Lama lagi ker we all nak tunggu giliran you naik pelamin nie..?"
.
.
.

Ok, saya tahu dan faham perkahwinan yang sah akan menyempurnakan agama seseorang itu, dan Islam juga menggalakkan umatnya bernikah awal bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara maksiat dan penzinaan..Dengan adanya pernikahan maka terpelihara lah zuriat dan keturunan yang bakal dilahirkan (tiada lah berlakunya penzinaan hingga lahirnya anak-anak luar nikah) dan banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi daripada pernikahan yang sah ini...
.
.
.

Tetapi jika anda bertanya soalan seperti bila saya akan berkahwin dan dengan siapa saya akan berkahwin..
Maaf..
Saya tidak mempunyai jawapan itu...
Jawapan saya buat masa sekarang nie adalah tidak pasti dan tidak tahu bila saya akan menamatkan zaman bujang saya dan dengan siapa saya akan bernikah..
Jika anda bertanya kepada saya, adakah saya sudah bersedia..?
Jawapan saya ialah...
........
............................
...........................................................
(Saya tidak mempunyai jawapan yang paling tepat buat masa ini)

PS:- Adakah hanya kerana ramai diantara sahabat-sahabatmu telah pun menamatkan zaman bujang maka kamu juga perlu tergesa-gesa membuat perkara yang sama pdahal kamu belum bersedia...?

.
.
.
Harapan saya agar dia yang berjodoh dengan saya dapatlah memberi bimbingan, didikan, dan tujuk ajar kepada saya mengenai ilmu agama, ilmu kehidupan , ilmu kewangan dan apa-apa jua Ilmu yang boleh dikongsikan bersama...
Harapan saya agar dia akan menerima diri saya seadanya dan menegur saya apa jua kekurang diri saya..
Harapan saya agar saya bertemu insan  yang benar-benar tulus, ikhlas dan jujur mencintai dan menyayangi saya..
.
.

Pendapat saya :- Perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati individu-individu yang berlainan latar belakang dan juga didikan, maka dengan itu ianya perlukan komitment dan kesabaran yang tinggi..Ianya perlu ada rasa saling bertanggungjawab dan berbagi segala apa jua tugas dan amanah yang dipikul bersama...(susah senang, sakit atau sihat biarlah bersama) kedua-duanya juga perlu hormat-menghormati, cinta mencitai, kasih mengasih dan saling bertolak ansur dalam menyelesaikan apa jua permasaalahan...Segala permasaalahan yang bakal timbul perlulah di selesaikan dengan berkhikmah iaitu kedua belah pihak perlualah terbuka dari segi fikiran dan juga hati+perasaan bagi meluahkan segala apa jua ketidak puashatian, kedua-duanya juga perlulah berfikiran secara matang dan dewasa serta saling bertolak ansur..Maka dengan itu barulah rumahtangga yang terbina akan berkekalan hingga keakhir hayat..

PS:- Buat teman-teman ku sekalian,janganlah kamu semua bertanya kepada ku akan soalan yang aku sendiri tidak punya jawapanya.....Tunggu sahajalah kad undangan dari ku (yang pasti ianya bukanlah dalam masa terdekat ini)...Aku jua tidak pasti berapa tahun lagi kalian perlu menunggu kad itu dariku..Ku doakan kalian semua berbahagia bersama pasangan masing-masing...


(Umur saya setakat nie baru 22 tahaun setengah, masih muda lagi nie...)


Sunday, March 27, 2011

Paramore: The Only Exception ♥




When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it


And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist


But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception


Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face


And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now




I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness


Because none of it was ever worth the risk


Well, You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception


I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream


Ohh---


You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception


And I'm on my way to believing
Oh, And I'm on my way to believing




Note:- Someone Dedicated this song just for me, he sing this song for me...and he said " awak, cuba fahamkan videoklip lagu nie dan lirik dia..."


My Note for u:- "My Dear, I really love this song..By the way thanks for the sweets memories that we share together....I'm really appreciate it for what that u have done just for me since we know each others long time a go..

Earth Hour-Bukan Sekadar Tutup Lampu-


Apa yang kamu semua faham pasal Earth Hour...?
-tutup lampu selama setengah jam iaitu pada pukul 8.30p.m-9.00p.m...-
Tetapi adakah ianya sekadar kempen tutup lampu semata-mata..?
Marilah ita hayati bersama-sama massage yang ingin disampaikan dari kempen tutu lampu nie..
Cuba kamu lihat keadaan cuaca bumi kita sekarang nie..?
Semakin panas bukan..?
Kenapa..?
Sebab penipisan lapisan ozon...
Bagaimana boleh jadi begitu...?
Sebab banyak sangat pencemaran kat bumi nie..
Tengok jer lah, sana sini..
Asap bermacam-macam, bakar sana, bakar sini, 
Pokok-pokok banyak yang kena tebang, habis hutan jadi botak, 
Habis bukit dan gunung ganang jadi rata ditarah jadi tanah ladang, 
Pasir digali-gali sampai tanah jadi berlubang-lubang, 
Sampah sarap dibuang merata tak kira di dalam longkang atau sungai, bila banjir air dah tersekat mula lah buat muka pucat,
Sampah-sarap merata bertimbun-timbun, kemudian jadi lah sarang lalat dan sekutunya kemudian tersebarlah penyakit taun,
Air dibiar bertaung-takung, sampai jadi rumah Queen of the nyamuk aedes, maka tersebarlah pula penyakit demam denggi, bila nyawa terkorban, kemudian menyesal tak tertanggung...
Bila bumi dah makin panas, cuaca dah tak menentu..
Bencana sana sini..
Banjir, Ribut taufan, Tanah Runtuh, Letusan gunung berapi, Gempa Bumi, Tsunami, Tanah Runtuh, Tanah Mendap dan macam-macam lah lagi...
Siapa yang pening..?
Siapa yang akan runsing bila keluarga, dan harta benda musnah dek bencana..
Siapa yang suka bising..?
Dan..
Siapa pula yang suka dok complain "Eh Cuaca sekarang dah makin panas lah..!"

Jadi..
Sekarang dah faham kan apa massage dari kempen tutup lampu Earth Hour nie..?
Ya, massage nya ialah sayangilah bumi, cintailah alam sekitar...
Marilah bersama-sama kita menjaga alam sekitar..
Marilah bersama-sama kita memelihara keindahaan dan kesejahteraan Bumi cipataan Allah SWT ini..
Bersama-samalah kita menjaga Bumi untuk kita semua dan generasi kita yang akan datang..

nota:- Kempen Earth Hour tiada maknanya jika kita semua masih terus melakukan pencemaran keatas bumi kita yang semakin tua ini-
Ps:-Entry adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image..


Thursday, March 24, 2011

Apa Halatuju Adik-Adik Sekalian Selepas SPM.....?


Hai adik-adik ku sekalian...
Macam mane result SPM..?
Di kesempatan ini, akak (er...tua dah ek...huhuhuhu..) nak ucapakan tahniah buat adik-adik semua yang lulus cemerlang dengan jayanya...
Dan juga buat adik-adik yang resultnya kurang memuaskan, janaganlah bersedih dan bermuram durja sahaja...Jangan pernah berputus asa ye...
Adik-adik masih muda lagi..
Masih banyak lagi peluang di luar sana untuk adik-adik rebut..
Siapa tahu lepasn nie adik akan menjadi individu yang lebih berjaya berbanding rakan-rakan adik yang mendapat straight A tue..
Jadi janganlah sedih sangat ye..
Adik masih boleh cuba sekali lagi jika adik mahu...
Terdapat banyak juga peluang untuk adik-adik melanjutkan pelajaran..
Terutama di bidang teknikal yang semakin kritikal..
Tahu tak adik bahawa hanya mendapat A pada slip peperiksaan tidak menjamin untuk mendapat kerjaya yang menjamin masa depan..
Ianya juga harus diiringi dengan kemahiran melakukan sesuatu tugasan, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi..
Lapangan kerjaya pada zaman  ini memerlukan seseorang yang mempunyai akademik dan kemahiran-kemahiran teknikal dan analitical yang baik...
Jadi teruskan usaha mengejar impian adik tue ye..
Dan jangan pernah lupa berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa...


Nie akak dah list kan tempat-tempat yang adik-adik leh mohon untuk further study...nie baru cikit jer tau..
Nak list semua banyak sangat nanti.... :p



Sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi, adik-adik bolehlah menyemak status akreditasi isntitusi dan kursus-kursus yang ditawarkan di sini:-



Akhir kata, semoga adik-adik semua berjaya...(^_^)


Haiwan Buas Pun Punya Perasaan Kasih Sayang....


Siapa kata haiwan buas lagi ganas tiada perasaan kasih sayang?
Kadang-kadang saya terfikir kenapa mansia masih sanggup membuang bayi, mendera kanak-kanak, mendera haiwan..? kemana pergi nya kewarasan akal kiat sebagai manusia? kemana [ergi nya perasaan kasih dan belas kasihan kita..?


Jumaat lepas saya tengok filem  nie kat TV3..
-Ianya sangat-sangat sedih..
Filem nie mengisahkan dua ekor anak harimau kumal dan sagha..
Cerita nie sangat tragis..
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem ini...
Filem ini mendidik penonton mengenai perasaan kasih sayang...
Walupun mereka nie harimau, tetapi mereka tetap menyayangi adik-beradik mereka dan tak sanggup untuk mencedarakan apatah lagi membunuh darah daging sendiri...
Tapi manusia hari ini....?
Yang terlalu sibuk dengan dunia moden dan globalisasi..
Kenapa  mesti terhapus perasaan kasih sayang itu..?
Hingga sanggup  membunuh darah daging sendiri kerana mengejar kemewahan dan berebut harta? Meninggalkan mereka terontang kanting seorang diri..?
Meninggalkan ibu bapa sendirian di pusat rumah orang tua-tua..?
Ada pula yang lebih hina lagi keji sanggup membuang bayi yang di lahirkan kedalam tong-tong sampah..
Bukankah mereka tidak bersalah? 
Mengapakah bayi-bayi itu harus menangungnya...?
Bukankah menjadi kewajipan orang dewasa menjaga dan mendidik mereka agar mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama iaitu berbuat zina diatas muka bumi..?


_senyum buaya_
_"Hai...Encem tak saya..? saya ramai aweks tau..."
_Emak dan anak gajah_
_Anak gajah:-"mak kita nak kemana nie..?"_
_Emak Gajah:- "Kita nak pegi shopping complex...sebab rumah kita dah takde...so kita pegi shopping dulu untuk rumah baru kita ye nak.."_
_Rimau :-"Pergh..Rumah aku dah takde...abis ranap semua harta benda aku..takleh jadi nie...nanti korang, aku ngamuk nanti tuggulah.."_


Haiwan-haiwan buas dikatakan kejam apabila memusnahkan tanaman di kebun / ladang milik manusia..
Mereka dikatakan jahat apabila memakan haiwan ternakan milik manusia...
Mereka diatakan kejam apabila memusnahkan kediaman milik manusia..
Mereka dikatakan kejam apabila membaham manusia hingga mati..

Tapi...
Tahukah kita..
Bahawa ..
Semuanya kita yang mulakan dahulu..?
Manusia memusnahakan habitat asal mereka..
Manusia memusnahkan sumber makanan meraka..
Manusia mebunuh keluarga dan keturunan mereka...


Ingin saya bertanya sekali lagi..
Siapakah yang lebih kejam....???

Sayangilah haiwan dan cintailah alam sekitar...
Kerana mereka juga makhluk Tuhan yang berkongsi planet Bumi ini bersama-sama kita..
Mereka juga berhak untuk hidup aman dan damai....


Entry adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image

Monday, March 21, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Memang Best!!




Filem nie memang sangat-sangat best..
Kira ta rugi duit lar kalau tengok..
Kelmarin, masa hari sabtu 19hb March 2011 saya pegi tgk citer nieh dengan kawan baik saya...
Penuh 1 pangggung wayang..
Ade yang datang satu keluarga, ada yang datang dengan member, ade yg datang dengan gf/bf memasing...
Nasib baik kitaorang dah tempah tiket awal-awal, kalau tak tak tahu lah dapat tengok ker tak mvie nieh...
Nie pun rase macam nak pegi tengok lagi sekali jer...
Walaupun ianya filem sejarah tapi langsung tak membosankan dan tak boring....
Malah sure sesape yang tengok tak kan ngantok...
Sesape yang suke filem-filem yang ber genre love/romance, action movie yang banayak babak lawan-lawan/  filem pengembaraan pasti suke filem nie..
sebab selain memaparkan kisah benar sejarah bangsa dan ketamadunan tetapi ianya di selitkan dengan element-element lain yang boleh menarik minat golngan muda (macam saya) memnntn filem nie tanpa rasa jemu dan mengatok... 
Buktinya, mase saya tengok cerita nie kebanyakkan penontonya adalah generasi muda remaja (macam saya..hehhehe...)
Sekalung tahniah patut di ucapkan kepada pengarah, penerbit, kru-kru yang terlibat, pelakon-pelakon filem nie..
Marilah kita bersama-sama menonton filem nie beramai-ramai..


Amacam teruja tak tengok trailer filem nie..?
So, tunggu ape lagi..?
Patsikan yang original say no to cetak rompak ...

Saturday, March 19, 2011

Mohonlah Keampunan Kepada Allah S.W.T


Setiap daripada kita (manusia biasa) pasti pernah melakukan kesilapan iaitu dosa dalam kehidupan..
Justeru itu bertaubatlah selagi masih punya waktu..
Insaflah diri atas segala ke khilafan yang telah di lakukan itu...
Kerana Allah S.W.T itu adalah tuhan Yang Maha Pengampun...
Jadi jangalah berasa malu untuk berubah kearah kebaikan..
Janganlah melengah-lengahkan waktu untuk bertaubat. Kerana kita tidak mengetahuai bilakah kita akan meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya...
Bersediakah kita menghadapi situasi itu?
Sudah cukupkah bekalan ( amal ibadah dan amal kebaikan) kita ?
Maka dengan itu, senantiasalah bermuhasabah diri atas segala apa jua yang telah kita lakukan sepanjang hari ini (dari terbit fajar hingga terbenam matahari)..
Selalu lah berdoa kepada Nya memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan..
Segeralah bertaubat apabila kita telah melakukan dosa dan kesilapan...
.

********************


Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali- Imran ayat 135:-

Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka ketahuai.


Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa’ ayat 110:-

Dan Barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W bersabda:
          Allah S.W.T berfirman:-

Wahai anak Adam, selama kalian mahu memohon dan mengharapkan (keampunanKu) , tentu aku akan ampunkan semua dosa kalian dan Aku tidak peduli (meskipun dosa kalian banyak). Wahai anak Adam, sekalipun dosa-dosa kalian menggunung setinggi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, tentu akan Aku ampunkan dosa kalian dan tidak Aku pedulikan (meskipun dosa yang kalian kerjakan itu dosa besar). Wahai anak Adam, sekiranya kalian datang kepadaKu dengan dosa sepenuh isi bumi, kemudian kalian mati dengan tidak menyekutukanKu dengan apapun, Aku akan memberikan keampunan sepenuh sisi bumi kepada kalian


Firman Allah S.W.T di dalam surah Taha ayat 82:-

Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh kemudian tetap di jalan yang benar.



Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W bersabda:
          Allah S.W.T berfirman:-

Sesungguhnya Allah S.W.T membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang pada siang hari dan membuka tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari, hingga matahari terbit  dari sebelah barat.





                                   
                                                      *************





"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah segala dosa-dosaku sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Ya Allah Ya Tuhanku Kau ampunilah segala dosa-dosaku yang telah aku perbuat sepanjang hayatku ini diatas kesilapan, kekhilafan dan kelalaian aku sendiri..Ya Allah Ya Tuahanku Kau lindungilah aku daripada apa jua pengaruh yang menyesatkan ku, yang mejauhkan ku daripada Mu dan Agama Mu..Ya Allah Ya Tuhanku Kau Lindungilah aku selalu dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan, jin dan iblis...Ya Allah Ya Tuhanku Kau Berikanlah aku  Hidayah Mu dan lindungilah aku selalu di bawah naungan rahmat kasihMu..Ya Alllah Ya Tuhanku kau tetapkanlah keimanan dan akidah serta akhlak ku terhadap Mu dan AgamaMu iakni Islam sehingga ke akhir hayatku....Ya Allah sesungguhnya hanya kepada Mu lah tempat aku memohon keampunan dan perlindungan.."




Entry ini adlah luahan hati insan kerdil yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan (penulis blog ini) credit gambar google image, credit video youtube. 



Friday, March 18, 2011

Selamat Malam..♥



Malam yang sepi lagi sunyi...
Malam yang dah pun gelap..
Tapi mata aku masih tak mahu nak lelap..
Kenapa...?
Entah Saya pun tak tahu...
Tapi yang pasti....Saya cuma nak bagi ucapan selamat malam dan selamat tidur buat seluruh penduduk bumi.....


Saya tinggalkan video yang comel nie untuk anda tonton sebelum kejam mata...
Ianya sangat cute..(^_^)*





Masa zaman kecik-kecik saya sangat suke tengok crite sesame street..dan sangat suke pada Elmo...
 Ps: Mesti Besh kan kalau ade yang nyanyi kan kita bila nak tido cam si Elmo nie...Manjenye...(^_*)

Thursday, March 17, 2011

Puisi:- Biarkan Aku Sendiri


Sendiri dan menyendiri mereka kata ianya pasti sunyi..
Bila sendiri mereka kata pasti pasti hari-hari mu terasa kosong..
Bila keseorangan mereka kata pasti kamu akan berasa bosan..
Hidupmu pasti akan berasa kesunyian apabila tiada teman di hati..
Tapi bagi diri ku...
Biarlah aku begini ..
Kerana hati ini sudah terlalu terluka...
Kerana cinta ini sudah mati...
Kerana rindu ini sudah pergi..
Semuanya kerana pengkhianatan yang kamu lakukan..
Semuanya kerana hati ini tudah terlalu sakit untuk di sakiti..
Jadi biarlah aku sendiri..
Biarkan aku begini..
Aku rasa bahagia bila sendiri..
Mungkin situasi ini tidak akan bertahan lama..
Kerana pasti suatu hari nanti pintu hatiku akan terbuka jua kembali...
Ya, ia pasti terbuka untuk insan yang ikhlas dan jujur mencintai...
Yang pasti insan itu sudah pasti bukanlah dirimu..



Nota: Puisi ini adalah hasil nukilan dan ciptaan oleh pemilik blog ini (hhtp://merpatipuih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...Hak Cipta Terpelihara. Ianya adalah hasil dari ilham spontan penulis semata-mata..
Gambar hanya lah hiasan smeata-mata..Gambar ini di peroleh daripada google image..

Bila LaptoP DaN HAnDSET dAh MuLa BuAt Hal


Dah pukul berapa nie...?
ohh dah pagi rupenye...huhuhu..
Searang baru saya dapat menaip dengan pantas, sebabnye...
Laptop saya wat hal lagi..
Dia asyik "hang" jer..
Slow semacam..
Tak lain tak bukan mesti lah En dan Puan virus sekeluarga dah menyerang laptop nie..
So, jalan penyelesaiannya terpaksa lah hantar kedai nampak nye...
Lagi satu prob lappy nie ialah dia punya keyboord..
Bila nak taip uruf "P" mesti susah nak keluar..
Nape entah, Mesti kene tekan banyak-banyak kali baru uruf tue keluar...
hermm..
Dalam masa same nie handphone pun dah mula wat hal..
Nak memanje lah pulak benda-benda nie semua ngan saya kan..
Handphone nie sebenarnye di beli pada september tahun lepas..
Tapi, dah banyak kali jatuh..
Ganas bebor tuannye kan..
Sape lar tue yang tak pandai pegang hanphone..
Huhuhuuhuh..
Ye lar selalu benor terlepas jer dari tangan..
Thats why lar nape saya tak leh guna hanphone yang canggih sanggat...
Yang tak besh nye 1/2 dari contact number dah hilang..
ada sikit yang saya da simpan dalam buku tapi yang lain-lain tue...
huhuhu..kena lar mintak balik no phone diaorag tue..
Sorry ye kawan-kawan ku...
Nak bluetooth pun dah tak leh, nak cucuk headphone pn kadang-kadang tak leh..
So xleh ler nak dengar radio...hurmm..
Name jer Chokia xpress music..
Nampak nye handphone nie merajuk agaknye..
Coz last week saya ada plan macam nak beli hp bru (sony ericsson)
Nape pulak.?
Coz handset sony nie kabarnye kamera die bagus..
So sebagai seorang budak yang suka bebenor amik gambo..
Handset macam tue tersangatlah sesuai kowt...
Tapi rase sayang pulak nak jual chokia nie..
Patut ke saya jual Chokia?
Atau perlu ke saya repair jer..?
Hurmmmmm...........(=_=)'

Monday, March 14, 2011

Puisi:- Lepaskan Aku Pergi...


Bila hati kau bukan lagi milikku..
Bila minda kau selalu memikirkan dirinya..
Bila rasa cinta dan rindu itu ternyata bukan untukku...
Maka untuk apa lagi harus aku menunggu..?
Jika penantian itu ternyata sia-sia..
Jika kesetiaan di balas dengan kecurangan..
Jika kejujuran dan keikhlasan ternyata tidak pernah di haragai..
Jika ternyata cinta dan kasih ku sentiasa kau ragui..
Jika diri ku selalu kau curigai...
Jika diri ku seringkali di campak jauh ketepi..
Untuk apa lagi aku menunggu disini..?
Lebih baik aku pergi..
Kerana tak sanggup lagi hati ini menahan segala pedih di hati..
Tak mampu lagi aku bertahan dengan kata-kata mu yang panas berbahang umpama api...
Tak mampu lagi aku bersabar apabila hatiku kau sakiti...
Terguris hati ini mendengarkan ungakapan berbisa itu dari orang yang ku kasihi...
Terasa diri ini umpama bola yang bisa kau sepak sesuka hati kesana kemari..
Maaf..
Aku bukan begitu..
Maaf aku tak semudah itu yang boleh kau buang dan pungut kembali sesuka hati..
Maaf..
Aku jua punya hati..
Maaf..
Bukan niat ku mahu menyakiti..
Tapi hati ku ini sudah mati..
Terlalu hancur hingga tidak akan pernah bercantum lagi..
Tapi aku yakin...
Kini kau pasti bahagia memiliki cinta nya yang kau sanjungi..
Jadi lepaskan lah aku pergi dengan rela hati..
Biarkan lah  aku pergi sendiri..
Biarkan aku sendiri dan menyendiri lagi...
Tak usah lagi kau sesali..
Tak perlu lagi di pujuk aku kembali..
Biarkan lah aku melangkah pergi..
Selamat tinggal hati yang dulu ku sayangi.....
Doa ku padamu, semoga kau selalu berbahagia nanti...


Nota: Puisi ini adalah hasil nukilan dan ciptaan oleh pemilik blog ini (hhtp://merpatipuih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...Hak Cipta Terpelihara.Ianya adalah hasil dari ilham spontan penulis semata-mata..
Gambar hanya lah hiasan smeata-mata..Gambar ini di peroleh daripada google image..


Turn Left Turn Right-Mesti Kena Beli DVD Filem nie


Turn Left Turn Right

Filem nie adalah antara filem ber genre romantic yang saya paling minat...
Kenapa..?
Sebab jalan cerita dia menarik dan sangat-sangat membuat saya tertarik..
Juga tak di lupakan Hero filem nie yang boleh membuat hati si gadis tertawan.. 
Siapa lagi kalau bukan hero kegemaran ku Takeshi Kaneshiro...cute kan die..?(^_*)
Heroin filem nie Gigi Liung...
Filem nie diambil dari novel graphic (manga komik ..) yang di tulis oleh Jimmy Liao...
Pengarah filem nie Jonnie Tao dan Wai Ka-Fai...
Filem nie telah di terbitkan pada tahun 2003 (masa saya form 3..)
Filem nie mengisahkan dua individu yang duduk di sebuah apartment yang sama tapi tidak pernah tahu yang mereka tinggal berjiran..
Mereka saling mencintai dari zaman sekolah dan telah terpisah selama 8 tahun tetapi malangnya mereka tidak pernah meluahkan isi hati (cinta yang terpendam)..
Setelah 8 tahun terpisah akhirnya mereka tinggal berjiran dan sering pergi kemana-mana ke tempat yang sama tetapi tidak pernah dapat sekalipun berjumpa..
Lebih malang mereka tidak pernah tahu yang orang yang di cintainya itu wujud di tempat yang sama malah dekat tetapi mereka tidak berjumpa....
Secara tak sengaja mereka terjumpa di sebuah taman
Si gadis sangat meminati bidang penulisan
Si Jejaka sangat meminati muzik
Dalam pertemuan yang singkat itu mereka sempat bermain Mary Go Round
(Saya nak sangat naik benda nie dari kecik..tapi sampai sekarang tak dapat nak naik...huhuhuhu....)
Pada pertemuan itu mereka sempat betukar-tukar no telefon tetapi pada masa itu hujan lebat jadi kertas yang no telefon yang tertera pada kertasa itu tidak dapat dilihat dengan jelas...
Setelah pertemuan itu mereka terpisah sekali lagi..
Mereka sebenarnya tidak terpisah, tetapi mereka tidak tahu yang mereka tinggal berjiran dan tidak pernah dapat berjumpa walupun mereka berada di lokasi yang sama..
Mereka cuba menghubungi no telefon masing-masing tetapi gagal..
Sebagai tanda kenang-kenangan mereka mengagkut kuda Mary Go Round itu dan di simpan di apartman masing-masing..
Adakah akhirnya mereka dapat bertemu?
Adakah cinta terpendam antara merka akan terjalin?
Atau mungkinkah mereka akan terpisah lagi buat selama-lamanya?
Adakah mereka perlu menunggu 8 tahun lagi untuk berjumpa..?
.
.
.
.
.
Sebenarnya Saya dah tengok cerita nie dah 3 kali kat tv..
tapi rasa tak puas kalau tak der dvd crita nie..
So, saya decide untuk cari dvd cerita nie jugak...
Saya mesti kena dapatkannya jugak!


Sunday, March 13, 2011

Salam Takziah Buat Warga Jepun


11.March.2010-Tsunami di Jepun
Salam takziah kepada semua rakyat jepun dan kepada yang menetap di sana...
Saya doakan semoga anda semua selamat hendaknya...
Saya berharap anda semua sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini..
Saya juga berdoa agar keadaan di sana segera pulih seperti sediakala..
Buat saudara saya nizam yang sedang menyambung pelajaran di sana, iera doakan nizam baik-baik saje dan selamat. Ape-ape berlaku sila info kami di Malaysia...

************
Mari kita lihat photo-photo tsunami di Jepun...
Bersama-sama lah kita mengambil ikhtibar  dari kejadian yang berlaku ini...
Photo-photo nie saya dapat dari Encik google...
Tsunami memusnahkan kediaman




Habis semua kenderaan terapung dan bergerak sendiri





Nota:- Bersama-samlah kita mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku ini....
Cintailah dan sayangilah alam sekitar..Pelihara lah ke- aslian alam sekitar..
Bagi para ilmuan pasti kejadian seperti ini melibatkan alam sekitar dan sains..tapi bagi seseorang yang ber agama Islam pasti kejadian seperti ini menunjukkan bahawa kita perlu mengambil ikhtibar daripadanya dan sentiasa mengingati Tuhan Yang Maha Esa..Semoga dengan aa yang berlaku ini akan menambahkan keimanan kita kepada Nya...Akhir kata semoga mereka yang berada di sana akan sentiasa sihat dan sejahtera...

Info:-Jepun adalah negara yang paling saya "admire"..sangat kagum dengan kecanggihan dan kemajuan  teknologi nya...saya sangat obses dengan barang-barang buatan jepun dan juga sangat minat fashion-fashion dari negara itu...

Ps:Entry hanyalah pendapat penulis blog. Credit Gambar google image

Friday, March 11, 2011

Wanita Dan Air Mata


                  Wanita di katakan sebagai golongan yang lemah dan lembik kerana mudah benar bersedih dan mengalirkan air mata waluun tanpa sebab-sebab yang kukuh. Lumrah dunia, hati wanita lebih peka dan sensitif. Mungkin itulah yang menyebabkan wanita mudah mengalirkan air mata. Mereka menangis kerana menonton filem yang sedih, membaca buku-buku yang sedih, mendengar cerita-cerita yang sedih, kehilangan seseorang, tekanan di kelas / kuliah mahupun di tempat kerja, terlampau stress dengan urusan mahupun tugasan yang bertimbun-timbun, tekanan daripada individu-individu di sekitarnya yang mengeluran kata-kata yang menguris hatinya mahupun menyebabkan dia berasa malu dan harga dirinya dipijak-pijak dan terasa dirinya di aniaya, kecewa dengan sikap orang sekelilingnya, Kecewa dengan apa yang di laluinya dan bermacam-macam sebab lagi yang menyebabkan mereka menangis...Ada juga sesetengah individu yang menggunakan air mata untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya. Ini lah yang di panggil air mata palsu atau lakonan semata-mata.

            Wanita dan air mata adalah dua perkara yang tidak dapat di pisahkan...
Tetapi ia tidak bermaksud golongan wanita ini lemah dan lembik....
Malah kerana air mata itu jugalah yang menyebabkan wanita itu akan menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran yang mendatang...
Di sebalik kelembutan ada kekuatan,
Di sebalik ke ayuan tersemat sebuah ketabahan...


Jika anda bertanya..pernah kah saya menangis..? Jawapanya..Ya pernah..malah seringkali...Opss..Cengeng ke saya nie..? Oh tidak...ehehe..Saya seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam, saya juga tidak suka berpura-pura terhadap sesuatu keadaan..Sehingga hari ini saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan air mata palsu..Saya hanya akan menangis apabila saya berasa benar-benar sedih dan tersentuh, benar-benar kecewa terhadap sesuatu...Satu perkara yang anda perlu tahu tentang saya ialah, saya tak suka menangis dihadaan orang, seboleh-bolehnya saya akan mencari temapat yang tersorok..tapi jika air mata sudah tidak daat tertahan maka ia akan tertumpah jua...Saya juga tak suka menangis di hadapan lelaki..Seboleh-bolehnya say akan elak dari di ketahui oleh mereka..tapi jika ada yang terperasan saya sedang menangis..maka saya akan berkata "mata masuk habuk nie..uhhh pedih nye.."  Ego ke..? Mungkin juga..Tapi sebenarnya saya tak suka di anggap lemah dan mengada-ngada oleh golongan lagi satu tue..

Renungan semua:-

Jangan terlalu ego untuk mengalirkan air mata....
Jangan sampai hati kamu menjadi beku...


Jangan berasa segan untuk mengalirkan air mata apabila mengigati kebesaran Allah SWT yang maha kuasa


Jangan berasa malu untuk mengalirkan air mata ke- insafan, iaitu menyesali segala dosa-dosa yang lalu..
Jangan kedekut untuk menangis penuh ke insafan kerana ke alpaan dan kelalaian kamu terhadap Allah SWT.


Pesanan buat gadis-gadis:-


Berikanlah Cinta mu kepada Allah SWT sebelum kamu membri rasa cintamu kepada manusia, maka dengan itu kamu tidak akan berasa kecewa apabila perhubungan itu terlerai di tengah jalan.
Semuanya kerana kamu berasa yakin bahawa kamu masih punya cinta daripada Tuhan Yang Maha Kuasa...

Entry ini adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image

Jujurlah Dan Hargailah Pasangan Anda...

Di dalam sesuatu perhubungan kita perlu jujur..
Ya, jujur dengan hati dan perasaan kamu sendiri terlebih dahulu..
Adakah kamu benar-benar mencintai pasangan kamu seperti mana yang kamu sering lafazkan kepadanya...?
Sekiranya kamu masih lagi ragu dan sangsi...
Janganlah sesekali memberi harapan yang tak pasti...
Sekiranya kamu sudah ada pengganti..
Lafazkan lah ia sejujur hati..
Tak perlu di bohongi perasaan kamu sendiri dan tak perlu kamu berdusta dengan pasangan-pasangan mu itu...





Terkadang kamu terlalu sibuk..
Sehingga lupa akan pasangan kamu yang sentiasa setia menunggu mu tanpa rasa jemu..
Tidakkah kamu tahu, bahawa  pasangan mu itu perlukan perhatian sewajarnya..? 
Tidakkah kau tahu menghargainya..?
Adakah kau akan hanya tahu merindui dan menyayangi nya pabila dia sudah tiada di depan mata..?
Wajarkah kau sesali dan tangisi pemergiannya sedangkan apabila dia berada di depan mata kau tidak pernah mengahargainya..?
Pelik kan situasi macam nie..tapi memang benar-benar wujud..



Nota:Entry ini adalah nukilan penulis blog ini...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...