Sejak dua menjak nie ramai betul member-member yang menamatkan zaman solo memasing..
Banyak jugak lah dapat jemputan makan nasi minyak nie, tapi tak semua saya dapat pegi..
Apa-apa pun saya doakan kamu semua bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan masing-masing serta di kurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah serta bijak dan cerdik pandai serta menjadi khalifah yang berguna di muka bumi ini...
.
.
.
Berbalik kepada tajuk di atas....Ya, saya tahu ramai diantara rakan-rakan saya yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing...Dan ada juga yang sudah mempunyai anak-anak sendiri yang comel...
Macam biasa, kalau kamu perasan bila kamu pergi jer jemputan kahwin mesti akan ade soalan-soalan seperti:-
.
.
.
"Lepas nie giliran siapa pulak..?"
"Awak bila lagi nak naik pelamin..?"
"Bila kitaorang nak makan nasi minyak awak pulak..?"
"Takkan tak der calon-calon lagi..? Nak kitaorang carian calon ke..?"
"Lama lagi ker we all nak tunggu giliran you naik pelamin nie..?"
.
.
.
Ok, saya tahu dan faham perkahwinan yang sah akan menyempurnakan agama seseorang itu, dan Islam juga menggalakkan umatnya bernikah awal bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara maksiat dan penzinaan..Dengan adanya pernikahan maka terpelihara lah zuriat dan keturunan yang bakal dilahirkan (tiada lah berlakunya penzinaan hingga lahirnya anak-anak luar nikah) dan banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi daripada pernikahan yang sah ini...
.
.
.
Tetapi jika anda bertanya soalan seperti bila saya akan berkahwin dan dengan siapa saya akan berkahwin..
Maaf..
Saya tidak mempunyai jawapan itu...
Jawapan saya buat masa sekarang nie adalah tidak pasti dan tidak tahu bila saya akan menamatkan zaman bujang saya dan dengan siapa saya akan bernikah..
Jika anda bertanya kepada saya, adakah saya sudah bersedia..?
Jawapan saya ialah...
........
............................
...........................................................
(Saya tidak mempunyai jawapan yang paling tepat buat masa ini)
PS:- Adakah hanya kerana ramai diantara sahabat-sahabatmu telah pun menamatkan zaman bujang maka kamu juga perlu tergesa-gesa membuat perkara yang sama pdahal kamu belum bersedia...?
.
.
.
Harapan saya agar dia yang berjodoh dengan saya dapatlah memberi bimbingan, didikan, dan tujuk ajar kepada saya mengenai ilmu agama, ilmu kehidupan , ilmu kewangan dan apa-apa jua Ilmu yang boleh dikongsikan bersama...
Harapan saya agar dia akan menerima diri saya seadanya dan menegur saya apa jua kekurang diri saya..
Harapan saya agar saya bertemu insan yang benar-benar tulus, ikhlas dan jujur mencintai dan menyayangi saya..
.
.
Pendapat saya :- Perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati individu-individu yang berlainan latar belakang dan juga didikan, maka dengan itu ianya perlukan komitment dan kesabaran yang tinggi..Ianya perlu ada rasa saling bertanggungjawab dan berbagi segala apa jua tugas dan amanah yang dipikul bersama...(susah senang, sakit atau sihat biarlah bersama) kedua-duanya juga perlu hormat-menghormati, cinta mencitai, kasih mengasih dan saling bertolak ansur dalam menyelesaikan apa jua permasaalahan...Segala permasaalahan yang bakal timbul perlulah di selesaikan dengan berkhikmah iaitu kedua belah pihak perlualah terbuka dari segi fikiran dan juga hati+perasaan bagi meluahkan segala apa jua ketidak puashatian, kedua-duanya juga perlulah berfikiran secara matang dan dewasa serta saling bertolak ansur..Maka dengan itu barulah rumahtangga yang terbina akan berkekalan hingga keakhir hayat..
PS:- Buat teman-teman ku sekalian,janganlah kamu semua bertanya kepada ku akan soalan yang aku sendiri tidak punya jawapanya.....Tunggu sahajalah kad undangan dari ku (yang pasti ianya bukanlah dalam masa terdekat ini)...Aku jua tidak pasti berapa tahun lagi kalian perlu menunggu kad itu dariku..Ku doakan kalian semua berbahagia bersama pasangan masing-masing...
(Umur saya setakat nie baru 22 tahaun setengah, masih muda lagi nie...)
No comments:
Post a Comment