Translate

Sunday, October 2, 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersempena dengan sambutan Maal Hijarah 1438H kali ini atau juga dikenali sebagai Tahun Baru Hijrah... Saya dengan ini ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H... Semoga kita semua sihat sentiasa, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga segala impian menjadi kenyataan...


Dengan ingatan tulus ikhlas:

sya_merpatiputih88

p/s: Terharu rasanya, bila masih ada lagi pembaca yang sudi singgah baca entry-entry picisan saya dan sudi tinggalkan komen... Terima kasih semua... Setelah agak lama tak update dan tahun nie jarang update blog... Macam sepi gitu...  Sebenarnya saya menhadpi masaalah dengan blog saya, sebelum nie.. Sebab banyak sangat link iklan mengarut-ngarut (spam) yang keluar setiap kali saya online netbook saya nie.. Sekarang nie masaalah tu dah berjaya di selesaikan... Lepastu line internet pulak problem, sebab broadband bengkok teruk (dulu pernah jatuh sebab kucing yang jatuhkan laptop lama dnegan broadband sekali)... Jadi idea pun macam terbantut gitu...huhuhu... Masaalah nie pun dah berjaya diatasi sebab saya dah pegi kat pejabat telco yang saya langgan broadband nie... Kali ini saya kembali semula... Untuk permulaan, sempena tahun baru nie... Saya dah tukar template dan header blog ini... Konsep kali nie:  simple dan berlatar belakangkang warna putih... Ya lah, nama blog nie pun merpati putih kan...hehehehe... Harapnya nak kembali aktif menulis blog dan blog walking ke blog rakan-rakan blogger yang lain macam dulu-dulu lah.. InsyaAllah...

Saturday, October 1, 2016

Perempuan Kental


Perempuan...
Jangan terhegeh-hegeh menagih cinta pada yang belum pasti...
Jangan dikejar pada yang tak sudi...
Daripada asyik memikir jodoh yang belum tiba... 
Lebih baik persiapkan diri terlebih dahulu....
Lebih baik tetapkan matlamat dalam hidup ini... 
Dekatkan diri dengan Tuhan...
Berbaktilah pada ibu ayah dengan penuh perhatian...
Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran...
Tambahkan pengalaman...
Perkukuhkan kerjaya atau perniagaan...
Sediakan aset untuk masa depan...
Persiapkan simpanan kewangan...
Ya, bina empayar kejayaan kamu sendiri...
Belajar hidup berdikari...
Agar tidaklah mudah diperlekehkan kemudian hari...
Jadi perempuan kena kental...
Usah putus asa...
Tapi harus tetap berusaha...
Jika jatuh, harus bangkit lagi...
Berdiri dan terus berlari...
Tetaplah terus melangkah usah berhenti...
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang...
Jika ada suara langau yang kata kau tak boleh berjaya biarkan saja...
Pekakkan saja telinga...
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya...
Satu hari kelak, kamu pasti akan bertemu bahagia...
Perempuan, untuk itu sayangilah dan hargailah dirimu...
Kerana dirimu istimewa...
Perempuan, dirimu itu ibarat mutiara berharga..
Yang tersorok jauh di dasar lautan...
Perempuan, dirimu itu ibarat permata berkilauan..
Yang tersimpan jauh di dalam bumi...
Perempuan, usah biarkan dirimu dipijak dan ditendang...
Perempaun, usah biarkan dirimu diperlekeh dan ditindas...
Perempuan, usah biarkan dirimu tidak dihormati dan tidak dipandang...
Perempuan, tetaplah terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup...
Perempuan, Tetaplah teus cekal dan kental menharungi hidup..
Pandanglah ke hadapan  wahai perempuan...
Usah tunduk lagi...
Majulah melangkah...
Usahlah berhenti...


p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sumber gambar : Google image...






Tuesday, July 5, 2016

Selamat Hari Raya 1437H / 2016M



Anak itik berlari-lari,
Berlari-lari di tepi paya,
Jatuh tergolek terlanggar tin,
Ucapan dihulur pengganti diri,
Selamat Hari Raya,
Mohon Maaf Zahir dan Batin...

Di penghujung Ramadhan 1437H / 2016 M
Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada anda semua andai ada silap salah saya, terkurang atau terkasar bahasa, tersilap tingkah atau tersalah cara yang membuatkan anda terguris hati, tercalar rasa... Maaf atas kekurangan saya... Semoga anda sekeluarga sihat sentiasa, panjang usia, ceria sentiasa disamping keluarga tercinta serta semoga murah rezekinya....

Yang ikhlas
_nzs_
sya_merpatiputih88

Sunday, June 19, 2016

Birthday Adik Dan Hari Bapa

-Gambar kenangan ayah dan Allahyarham adik-

18.6.2016
Birthday Allahyarham adikku yang tercinta... Tahun ini genap usiannya 26 tahun. Tapi dia telah pergi buat selamanya ketika usianya 7 tahun. Satu kematian yang mengejut, yang tidak dijangka. Kerana adik tidak punya sebarang penyakit. 31.081997- Masih segar diingatan bagaimana cerianya adik waktu itu, pagi dan petangnya penuh gurauan. Tiba-tiba adik jatuh. Maghrib itu adik sesak nafas. Akhirnya adik meninggal dalam perjalanan ke hospital.Memang pada mulanya sukar diterima dengan akal, kerana terlalu cepat adik tinggalkan kami. Tapi akhirnya kami redha dengan ketentian Illahi. Rindu terhadap adik tetap tersompan disanubari. Kenangan indah kami bersama masih segar dimemori. Kerinduan ini tak tertanggung rasannya... Tak terucap dengan kata-kata. Pergimu tiada gantinya. 31.08.2016 nanti genap sembilan belas tahun adik tinggalkan kakak... Selama itu jugalah akak sunyi. Jika insan lain meriah puasa dan raya nya bersama adjk beradik, kak sunyi. Jika insan lain berebut-rebut nak cuti panjang untuk bercuti bersama keluarga ke sana sini, akak sunyi Jika insan lain seronok bersiar-siar dan beriadah bersama adik beradik, akal sunyi. Jika insan lain seronok bergurau senda, bergaduh manja dengan adik beradik, akak sunyi. Jika insan lain gembira berbual mesra meluahkan isi hati dan berlongsi pendapat dengan adik beradik, akak sunyi.. Sesungguhnya kehilangan mu adik meninggalkan impak besar pada diri ini. Jika dulu kamu jadi teman, sahabat kini tiada lagi. Jika dulu meriah dengan gurauan manjamu kini tiada lagi.Jika dulu kita selalu pakai baju sama kini tiada lagi. Semua itu tiada lagi. Selamasembilan belas tahun itu jugalah akak menjadi perindu yang sentiasa merindumu adik. Pernah banyal kali kamu hadir dalam mimpi. Itu pun sudah buat akak gembira. Akhir kata semoga kamu tenang di sana adikku yang tercinta.


19.06.2016

 Selamat hari bapa buat ayahku yang tersayang.  Semoga ayah murah rezeki dan sihat sentiasa hendaknya serta semoga ayah dipanjangkan usia.Terima kasih atas segala pengorbanan selama membesarkan diri ini. Tak terbalas jasa ayah pada diri ini. Bila nak pergi tempat-tempat yang susah parking mesti ayah hantarkan dengan motornya. Walaupun diri ini dah berkereta sendiri. Seorang ayah itu sentiasa menjadi "hero" di hati anak perempuannya. Kalau nak makan apa-apa atau nak beli apa-apa biasanya ayah akan belikan (jika ayah punya kemampuan). Ayah memang lebih tegas dari emak. Tapi  kerana kasihnya ayah terhadap diri ini  sebab itulah beliau tegas. Terima kasih ayah....

Saturday, June 11, 2016

Riak atau Iri Hati?

   
Sejak awal tahun ni banyak bertebaran di laman-laman social tentang tanda-tanda riak zanan moden/ zaman sekarang . Banyak perkara yang disentuh, iaitu perkara-perkara / perbuatan yang di share di laman-laman social. Persoalannya adakah benar mereka ini riak...? Siapa kita untuk menilai apa yang ada dalam isi hati seseorang itu...? Berikut adalah ulasan dan pandangan saya tentang tanda-tanda riak zaman moden / zaman sekarang nie:

     


1. Gambar Bahagia Bersama Pasangan / Keluarga / Kawan-Kawan :




- Ini katanya riak sebab terlalu menonjol kebahagiaan sampai mata yang memandang 😣"berbulu". Katanya lagi "Tak elok tonjol kebahagiaan sebab nanti orang 😑menyampah, buat orang yang tak kahwin lagi rasa sedih sebab belum ada pasangan". "Jangan tunjuk sangat konon keluarga bahagia,macamlah perfect sangat😒" katanya. "Asyik upload gambar pegi oversea jer, nie mesti nak menunjuk banyak duit dapat melancung 😒sana sini." Sebab kata mereka tak ada keluarga yang sempurna sangat / bahagia sangat,mesti pernah bergaduh dan sebagainya. Takkan lah happy 24/7 kata mereka lagi. Jangan tunjuk sangat happy bersama kawan-kawan ramai, kata mereka "Eleh... Tengoklah nanti masa dia susah mesti semua kawan-kawan dia tu tak ada.."😒

Ulasan saya: 
Memang hakikat hidup berpasangan/ berkeluarga / berkawan ada pasang surut,  ada suka dan duka, ada kala berselisih faham, ada kala terasa hati dan ada kala bergaduh. Itu semua asam garam kehidupan. Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit". Mereka upload gambar bahagia adalah untuk merakam detik-detik indah dan bahagia kenangan bersama. Kenapa pula anda yang terasa hati? Saya sebagai orang yang belum berkahwin langsung takde nak terasa annoying bila kawan-kawan upload gambar bahagia bersama pasangan mereka. Kita sebagai kawan / saudara patutnya doakan yang baik-baik buat kawan / saudara kita dan sepatutnya kita juga gembira bila melihat mereka bahagia. 




2. Upload Gambar / Video Anak:








-Ini pun katanya riak. Sebab kata mereka 
"Eleh.. saja lah tu nak tunjuk anak dia comel, anak dia bijak.. Nak mintak orang puji sebab tu asyik upload ajer gambar & videonya... Macam dia sorang jer ade anak.." kata mereka lagi "Tak elok tunjuk-tunjuk sangat ada anak, nanti orang yang takde anak lagi sedih."


Ulasan saya:
Tak salah pun mereka nak upload gambar/ video anak. Baby  & kanak-kanak kan comel. Mereka upload gambar/ video untuk dijadikan kenang-kenangan dan share detik-detik indah tumbesaran anaknya. Lalu, siapa kita nak label mereka riak sebab saja nak tonjolkan anak...? Saya sebagai orang belum berkahwin dan belum punya anak tak pernah nak rasa iri hati tengok kawan- kawan yang upload gambar perkembangan anak mereka. Kita sebagai kawan / saudara patutnya doa yang baik-baik dan ucapkan yang baik-baik buat anak kawan / saudara kita iu. InsyaAllah, nanti anak-anak kita pun jadi baik-baik juga bila kita sentiasa doakan yang baik-baik buat anak orang lain. Ya, betul tak semua gambar / video sesuai di upload, sebab adanya manusia pedophile. Iaitu orang yang bernafsu pada bayi dan kanak-kanak. Mereka nie boleh jadi perogol dan peliwat kanak-kanak / bayi. Menakutkan bukan? Jadi cuba elakkan upload video / gambar anak dalam keadaan yang terdedah tubuh badan dan sebagainya yang boleh membuatkan si pedophile bernafsu.




3. Kongsi Tips Membesarkan Anak (Parenting tips):




-Ini juga dikatakan riak. Kata mereka "Eleh.. baru ada anak seorang / dua dah sibuk nak kongsi parenting tips... Orang yang ada anak ramai tak ada pun gelabah nak kongsi parenting tips nie semua... Macam dia ajelah ibu bapa terbaik kat dunia..."😒



Ulasan saya :

Bagus parenting tips nie, bagi mereka yang dah ada anak  sangat membantu dan juga bagi kita- kita yang belum ada anak nie at least taulah sikit-sikit ilmu untuk mendidik anak. Boleh simpan dan praktikkan mana-mana yang sesuai (ikut kesesuaian) bila dah ada anak nanti. Saya tak rasa ada apa-apa masaalah pun baca parenting tips. Suka lagi ada, sebab dapat tambah ilmu.




4. Kongsi Tips / Ilmu Yang Bermanfaat / Ilmu Agama:






-Ini pun katanya riak. Kata mereka "Kalau nak baca tips / resepi / apa-apa ilmu yang bermaanfaat / ilmu agama tak payah lah asyik-asyik nak share kat timeline. Baca sendiri sudahlah tak payah nak share sangat. Ke nak menunjuk?". Bosan dan annoying katannya. Kalau tulis status Islamic katanya berlagak macam diri tu ustaz/ustazah. Kalau tulis status motivasi katanya macam bagus sangat nak motivate orang. Kalau tulis tips kewangan / tips hartanah dikatanya menunjuk-nunjuk harta yang ada. Kalau tulis resipi dikatanya riak "Eleh sebenarnya bukan nak share resepi sangat tapi nak tunjuk pinggan mangkuk dia cantik, perabut dapur dia cantik lah tu." "Macam lah dia tu pandai sangat masak. Macamlah masakkan dia tu sedap sangat. Masakkan simple pun nak share resipi. Annoying okay..."😒

Ulasan saya:

Ini dah peringkat teruk kalau berkongsi ilmu pun salah dan dikatakan riak. Lalu kita nie nak jadi generasi yang macam mana? Adakah generasi pembenci ilmu? Sedarkah kalian terputusnya amalan anak adam bila meninggal dunia kecuali tiga perkara. Iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermafaat. Ya, ilmu yang bermanfaat yang dia tulis atau share bukan sahaja bermanfaat buat orang yang baca tapi bermafaat juga buat orang yang tulis atau share ilmu tu. Lalu mengapa taknak gunakan medium social media ke arah kebaikan iaitu saling berkongsi ilmu? Bukankah ianya sangat baik menjadi genarasi berilmu? Bukankah kita yang muslim nie punya tanggungjawab menjadi da'ie? Ya, untuk sebarkan dakwah islamiyah. Saya sebagai seorang yang suka membaca tak rasa pun berkongsi tips/ ilmu bermanfaat / resipi / ilmu agama sebagai satu masaalah. Malah saya amat menyambut baik. Kerana dapatlah kita ilmu selain dari merapatkan ukhwah persahabatan.




         Jika rakan/ saudara kita sedang bahagia bersama pasangan dan keluarga, punya 💰rezeki yang melimpah. Usah ada iri hati atau hasad dengki. Kerana setiap apa yang dia nikmati hari ini adalah hasil penat lelahnya dan usahannya. Kita nampak dia mewah berbelanja, rumah besar, kereta besar, banyak barang kemas (emas) tapi kita tak tahu bagaimana dia bersusah-susah  mencari rezeki. Dia buat kerja part time dua tiga tempat, dia buat macam-macam business online/offline,dia ada rumah sewa, dia sambung 🎓study, dia pergi seminar sana sini, baca macam-macam buku📚 dan dia berdoa dan beramal ibadah tanpa rasa jemu. Jadi sebab itulah kini dia berjaya. Jadikan kejayaannya sebagai sumber inspirasi juga untuk kita berjaya,  usah pula kita beriri hati atau  berhasad dengki dengan kejayaannya. Jika kita lihat rakan / saudara kita punya kerjaya baik, punya pendapatan yang pada kaca mata kita tinggi. Tapi sebaliknya kita tak tahu tanggungjawab yang dipikul di bahunya juga berat, tanggungan perbelanjaan bulanannya juga sebenarnya banyak. Kita tiada di situasi mereka, jadi usahlah kita menghukum.






Siapalah kita nak kata orang riak? Adakah kita boleh baca apa yang ada dalam hati mereka. Setiap orang ada hobi dan minat yang berbeza, jadi tolong hormati minat orang lain. Ada yang minat gadjet/kereta/motor/hartanah/fesyen/tips atau petua /resipi/melancong/ mengembara  /bercucuk tanam/memelihara haiwan kesayangan dan sebagainya. Majoriti dari kita biasanya akan upload gambar atau status atau entry di laman social berdasarkan apa yang kita minat. Jadi biasanya mereka upload sebab nk berkongsi pengalaman/cerita dan rasa gembira. Jadi, jika dah tak suka sangat nak tengok apa-apa status  /gambar/video yang di upload oleh dia masuk dalam timeline kamu, adalah lebih baik kamu unfollow saja. Daripada kamu menambah dosa😈 kering mengutuk, mengumpat,memfitnah, iri hati dan hasad dengki. Jangan add orang dalam friend list semata-mata nak jadi 👀👂stalker. Kerja nak cari silap / salah orang, dan kemudian jadi keyboard warrior dengan kutuk secara berjemaah. Jaga adab, jangan biadap. Jangan suka menilai orang, sedangkan kita tak tahu perkara yang sebenar. Hanya Allah swt sahaja yang tahu setiap apa yang ada dalam hati setiap manusia. Kita ini manusia, usahlah mudah melabel  dan menghukum orang. Seoalah-olah kita dapat baca hati mereka, sedangkan kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Mereka hanya ingin berkongsi kegembiraan, tiba-riba kita pulak nak tuduh mereka riak. Siapa kita untuk menilai hati orang? Doa yang baik-baik dan ucapkan yang baik-baik untuk orang lain. Pasti yang akan datang / berlaku pada diri kita yang baik-baik juga. Jika tak boleh doa yang baik/ ucapkan perkara yang baik lebih baik kita diam sahaja, daripada menjadi keyboard warrior yang keluarkan kata-kata menghina/ mengherdik/ mencela orang hingga orang yang baca rasa tersinggung. Jika hati kita tidak suka melihat orang lain bahagia, harusnya hati kita yang perlu disemak semula. Adakah kita ini adalah insan yang punya iri hati dan hasad dengki...? Jadi adakah hati 💓 kita ini bersih? 

P/s: Entry ini adalah sepenuhnya idea dan ilham serta pandangan peribadi saya selaku penulis blog ini (http:// merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kekurangan atau kekhilafan harap dimaafkan.


Sumber gambar: google images

Friday, June 10, 2016

Selamat Berpuasa




Assalamualaikum wbt...
kepada semua pembaca blog saya,saya ingin mengucapkan sealamat berpuasa & selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak... Semoga anda semua sihat sentiasa & dimurahkan rezeki... Semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...


_Merpatiputih88_
Johor Bahru, Malaysia

Monday, May 16, 2016

Hidup Kita Taklah Sesempurna Drama TV

   Jika diberi kesempatan untuk memilih jalan hidup yang bakal / akan kita lalui, pasti kita akan pilih yang paling sempurna bukan...? Semunaya serba sempurna dan indah belaka. Senang lenang, langsung tak susah. Tapi takdalah cabarannya. Mana ada manusia yang hidupnya langsung takda masaalah... ? Tapilah selalunya dalam filem atau drama tv jalan cerita pun macam dah cliche sangat. Kadang-kadang terlalu sempurna pun ada. Nah, kat bawah nie saya dah senaraikan ciri-ciri kesempurnaan hidup seperti yang selalu tergambar dalam drama tv / filem:


1. Baru habis belajar dah dapat jawatan besar & gaji besar (CEO)



    Ini bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau family kamu memang ada business besar, maka senanglah nak dapat peluang kerja dekat company family sendiri. Kalau kamu anak orang berpengaruh senang nak dapat jawatan besar. Pendek kata tak payah susah-susah macam orang lain nak kena berpehempas pulas cari idea nak buat resume & cover letter, dan tak payah tiap-tiap hari nak cari kerja dekat website-website pengiklanan kerjaya / suratkhabar. Tapi berapa ramai yang nasibnya sebaik ini? Zaman sekarang nie ramai graduan susah dapat kerja. Saya pun pernah melalui situasi itu. Hari-hari tengok kat website jobstreet etc dan suratkhabar semata-mata nak tengok jawatan kosong lepas tu apply. Pusing kawasan industri dan bandaraya cari-cari kerja kosong dan direct hantar resume. Pergi interview sana sini. Semua tu saya dah lalui.. Jadinya tak salah pun bermula dari jawatan rendah dahulu, cari pengalaman. Lepastu bila kamu dah ada pengalaman boleh apply kerja jawatan idaman kamu tu


2. Baru kerja dah pakai kereta besar dan kereta import (BMW , Mercedes)



    Kalau dalam drama tv tu kereta watak utama mesti nak besar ajer. Kerja tak sampai sebulan dah keluar kereta mewah. Ok, kalau kamu  berasal dari keluarga kaya raya dan korporat memang tak mustahil. Mungkin jugak gaji kamu besar, jadi setakat nak bayar duit kereta ape adehal ye tak? Small matter jer... Reality nya berapa ramai yang bernasib baik begini? Berapa ramai yang lepas habis study terus dapat kerja yang gaji besar? Reality nya ramai jer yang baru-baru nak mula kerja terpaksa share kenderaan dengan kawan,  naik kenderaan awam, naik motor biasa ajer atau guna kereta keluarga yang dah lama digunakan. Lepas dah dapat gaji barulah menabung kumpul-kumpul duit, barulah lah boleh beli kereta tempatan. Kalau nasib baik baru dapat kereta import.





3. Rumah besar dan mewah (bungalow / villa mewah)


     Nie lagi satu hal, kalau dekat dalam drama tv tu baru jer kerja / kahwin terus duduk rumah mewah bungalow / villa terus, paling kurang pun condominium. Kiranya rumah pertama terus rumah mewah. Rumah-rumah biasa nie tak main. Amboi... Ini pun bergantung rezeki jugak. Kalau dah family kaya, atau gaji besar, ada business yang masyukk memang logik sangat. Reality nya bagi kita yang berasal dari family biasa-biasa dan gaji biasa-biasa nie bukan mudah nak beli rumah mewah sebagai rumah pertama. Ramai jer orang yang baru nak mula kerja yang duduk dengan keluarga ataupun menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan tak pun sewa bilik jer. Ramai jugak yang dah nak kahwin tapi masih tercari-cari rumah yang sesuai untuk duduk lepas kahwin. Rumah sewa pun makin lama makin mahal. Nak beli rumah pun harga rumah makin mahal.  Mujur zaman nie ada skim Rumah Mampu Milik. Nak beli rumah pun kena standby booking fees, legal fees dan deposit tu semua. Tu semua memerlukan duit, dan perlulah disimpan. Jadi tak salah pun kalau mula-mula duduk rumah sewa, lepas tu beli rumah kecil pun takpe, bila dah ade duit lebih baru duduk rumah size sederhana, kalau ade rezeki baru upgrade jadi rumah mewah.    


 4. Pasangan cantik + tampan



       Ini biasa, sebab biasanya watak hero dan heroin mesti nak yang tampan + cantik, kira sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua gitu. Hakikatnya, kita tak boleh menilai tahap keserasaian dan kebahagiaan pasangan tu berdasarkan rupa paras sema-mata. Siapa kita nak menilai orang lain? Sudah terlalu sempurna sangatkah kita?


 Akhir kata, walaupun hidup kita taklah sesempurna seperti senarai di atas, tapi itu tak bermakna kita tak boleh hidup bahagia. Bahagia itu subjektif. Hiduplah secara sederhana mengikut kemampuan kita. Jika dikurniakan rezeki lebih tak salah untuk hidup mewah (ikut kemampuan). Tapi, usah dipaksa untuk kelihatan sempurna di mata masyarakat hingga sanggup bergolok bergadai, hutang keliling pinggang semata-mata nak nampak gah dan mewah. Mungkin jalan hidup kita agak sukar dan taklah mewah atau kaya raya seperti drama tv. Tapi itu semualah yang akan menjadikan kita seorang insan yang berdikari, sabar , tabah dan cekal serta tahu menghargai kehidupan. 


Entry ini hanyalah ilham picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Selamat malam... Sumber gambar  : google image.

    


Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

Tahniah JDT! Juara PIALA FA 2016!!!

14/05/2016














Tahniah JDT!!! 
Akhirnya kita menang! Yeay!! 😊😘
Setelah 18 tahun menanti akhirnya kita dapat menjulang kembali Piala FA dan dapat bawa pulang ke Negeri Kita Johor yang tercinta!
Akhirnya Harimau Selatan pulang bergaya dengan senyuman penuh ceria... 
Aaauuuummmmmm!!
Tengoklah bertapa meriahnya penyokong JDT dekat stadium malam semalam...
 Penuh lautan biru merah... Fuhh... Meremang bulu roma... 
Semangat Harimau Selatan yang gagah berani. 
Walaupun jauh dari selatan dan semalam hujan  tetap tak mematahkan semangat penyokong JDT!
Walaupun saya tak berpeluang pegi stadium dan hanya dapat tengok dekat TV3 jer tapi semangat tu tteap membara... 
Kita yang tengok kat TV jer nie pun dapat rasa semangat penyokong-penyokong yang datang kat stadium.. 
Ape-apepun Boy Of Straits memang terbaik...!
p/s: Sebelum nie pasukan Johor pernah menang Piala FA nie masa tahun 1998. (masa tu saya baru umur lapan tahun!)
Sempena dengan kemenangan pasukan kita semalam, hari nie negeri kita diumum cuti peristiwa... Yeayy! 

JDT [2]-[1] PKNS
Tahniah buat seluruh pasukan JDT dan peminat-peminat JDT...
Tahniah jugak buat penjaring gol kita malam nie: 
Safiq Rahim 
Jorge Pereyra Díaz

kredit gambar: JOHOR Southern Tigers


Wednesday, April 13, 2016

Angan Dalam Mimpi atau Impian Penuh Harapan?


            Al kisah di sebuah perkampungan moden yang terletak di tengah kota metropolitan yang sebra sibuk. Di sana tinggal seorang gadis miskin yang tinggal bersama keluarga kecilnya. Sejak dari kecil hingga dewasa kisah hidupnya penuh warna warni, suka  dan duka. Walaupun punya banyak kisah duka dan pelbagai rintangan yang berlaku dalam hidupnya tetapi dia tak pernah berputus asa. Meski ditolak hingga jatuh, dia bangun kembali dengan semangat yang kental. Dia punya cita-cita dan wawasan yang tinggi. Adakalanya dirasakan cita-citannya itu terlalu tinggi hingga tak mudah digapai. Suara di sekelilingnya pula menganggap impiannya itu tak ubah bak angan-angan mat jenin atau lebih tepat mimpi di siang hari yang tak mungkin akan terjadi. Hanya segelintir saja dari suara itu yang menyokong dan memberi kata semangat. Kata-kata sinis dan sindiran mereka tidak pula dijadikan pematah semangatnya... Tetapi dia jadikan itu sebagai pembakar semangat, ibarat api obor yang menyuluh malam yang kelam begitu bersemangat membara dalam diam. 



                      Kini dia sudah mula mengatur langkah dengan laju dan enggan berhenti. Langkahnya yang penuh semangat juang itu kini semakin berani untuk memburu mercu impian yang telah sekian lama dicita-citakan. Bagi pendapat dirinya jika tidak berani melangkah sekarang, jadi bila lagi mahu bermula? Dia perlu melakukan anjakkan paradigma untuk mengubah nasib dirinya dan membela nasib keluarganya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang hanya bergantung harap penuh pada "putera impian sekalian gadis". Tapi dia mahu menjadi gadis berwawasan yang berdikari demi mencapai impian dan cita-cita sendiri sementara menunggu kehadiran "putera impian" itu. Dia sedar akan hakikat kehidupan realiti taklah seindah kisah-kisah dongeng atau novel cinta yang pernah dibacanya.  Jika  di dalam buku cerita watak wanita yang asalnya susah terus berubah 360 darjah menjadi kaya raya dan hidup dilimpahi kebahagiaan "happy ending" bila bertemu putera impian. Hakikat realiti hidup sebenar pasangan berumah tangga taklah terlalu indah seperti itu. Hakikat hidup  juga taklah mudah begitu. Dia sedar akan hakikat dirinya berasal dari keluarga miskin sahaja. Jadi dia harus tetapkan matlamat dan usaha untuk menjadi insan yang berjaya. Dia mahu berbakti kepada keluarganya dan mahu membahagiakan mereka selagi masih punya waktu yang  tersisa. Itu sahaja harapannya.


P/s: Entry ini hanyalah kisah fiksyen  pendek. Tiada ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanyalah kisah rekaan supaya menjadi sumber inspirasi buat yang membacanya . Ianya adalah sumber ilham dan pandangan saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/. Selamat membaca dan selamat malam buat semua...

Sumber gambar: google image

Tuesday, April 12, 2016

Secantik Rama-Rama...


Wanita seharusnya berdikari...
Wanita seharusnya punya kredibiliti,
Wanita seharusnya dilengkapi ilmu,
Wanita seharusnya bercita-cita tinggi,


               Masih ingatkah  lagi tentang kitaran hidup sang rama-rama yang kita pelajari di sekolah dulu? Rama-rama yang terlihat cantik itu asalnya dari ulat! Ia duduk dalam kepompong dan setelah itu muncul sayapnya yang penuh warna-warni cantik. Maka jadilah ia rama-rama yang cantik!


Lalu, apa yang kita boleh pelajari dari kitaran hidup rama-rama?


                Nak berjaya itu bukan mudah. Ia perlu doa, usaha, cita-cita dan ia perlu pengorbanan, ketekunan dan kesabaran. Kita tak boleh mengubah diri kita tanpa adanya usaha. Sedangkan rama-rama yang asalnya dari ulat itu pun betapa di dalam kepompongnya barulah ia menjadi rama-rama yang cantik. Kita perlukan anjakan paradigma dalam hidup. Sampai bila kita mahu berada ditakuk sama? Kita perlukan kemajuan dalam hidup. Untuk itu, cita-cita / impian itu penting. Timbalah ilmu  / kemahiran sebanyak boleh. Tetapkan matlamat kewangan dan kerjaya / business serta kehidupan kamu.  Buat sesuatu yang boleh membahagiakan diri kamu dan manfaatkanlah masa / usia kamu sebaiknya. Berbaktilah dan bahagiakanlah kedua ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Tetapkan niat yang betul. Gantungkan cita-cita kamu setinggi boleh. Pedulikan jika ada suara-suara langau yang mengejek cita-cita kamu. Sebaliknya teruskan berdoa, berikhtiar, berusaha dengan gigih dan bertawakkal. Buktikan pada dunia kamu boleh berjaya. 


              Dalam kehidupan serba mencabar ini buktikan yang kamu boleh "survive".  Jika ada dugaan dan cabaran kehidupan yang datang kepada kamu,  bersabar dan cuba fikirkan jalan keluar. Kerana setiap masaalah ada penyelesaiaannya, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati, kerana kematian itu pasti dan kita semua akan mati. Usah putus asa. Usah disalahkan takdir yang sudah tercatat, usah disalahkan Tuhan yang mencipta kita. Mungkin disebalik dugaan itu ada kemanisan hidup dan pengalaman baru yang kita perolehi yang boleh mematangkan kita.  


          
Jadi, Adakah kamu masih mahu menjadi seperti  si ulat beluncas yang enggan berubah atau menjadi rama-rama?



p/s: Entry ini adalah ilham dan pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
 http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan dan kekurangan haraplah dimaafi. Akhir kata, selamat malam buat semua...

Sumber gambar: Google image

Wednesday, January 20, 2016

2016: Azam dan Impian

20.01.2016

   Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa ini.... :) Apa khabar? Saya harap awak semua sihat sejahtera sentiasa hendaknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2016

    Ini adalah post pertama saya dekat blog nie untuk tahun 2016! Pheww... Dah lama tak taip sesuatu kat blog kesayangan saya nie... Rindu meluap-luap nak taip idea, tapi asyik tak berkesempatan jer... Maaf kan saya sebab lately dah jarang sangat update blog... Bila ade idea, line internet (berokband) slow motion macam siput baru belajar merangkak... Nie pun dah sebulan tak hupdate blog nie... Maaf kan saya sekali lagi.... Sorry... (>___<) Tahun nie, InsyaAllah saya akan cuba rajin hupdate blog macam awal-awal blogging dulu... Seriously, berblog nie lagi best dari facebook, instagram etc...


Oklah, kita tak mahu buat cerekarama (drama) panjang-panjang nanti awak yang baca post saya nie pun muntah hijau pulak. ahaks!hihihi... (^__^) Kembali kepada topik asal. Azam dan Impian. Biasalah bila awak-awal tahun nie masing-masing mood berkobar-kobar pasang azam, impian... Saya jugak tak terkecuali. Ada satu impian saya sejak kecik yang masih belum terlaksana iaitu nak belajar buat roti & kek... Tinggi betul angan-angan nak jadi Chef! Tapi pada 08.01.2016 (jumaat) saya dah dapat capai sebahagian impian saya tu! Saya berpeluang pergi kelas buat roti.... :) Excited dan happy sangat... Sebab berpeluang belajar benda yang memang saya minat... Untuk pengetahuan saya memang suka makan.... hehehe... Walaupun badan tak besar mana, tapi selera makan boleh tahan besar...hahahahaha... (^___*) Lagipun sejak dulu lagi saya memang minat sangat makan roti, donut, kek, pizza dan segala jenis makanan yang manis-manis... Memang kena lah dengan jiwa bila dapat pergi kelas macam nie... =)

 -nie roti-roti yang belum dibakar dan belum dihias... masa nie tunggu roti tu naik sekali ganda baru hias, sapu "penyeri" biar glowing dan bakar dalam ketuhar... -


-nie pulak roti-roti yang dah siap dibakar dan disapu "penyeri" biar roti tu nampak berkilat bersinar-sinar dan glowing gtue...-

     Masa saya belajar buat roti nie, kami diajar buat 8 jenis bun. 5 jenis bun sosej dan 3 jenis bun kacang merah. Paling menarik ialah doh roti yang kami belajar nie boleh dipelbagaikan untuk buat beraneka jenis roti, inti pun boleh tukar ikut suka kita (tak semestinya guna sosej/kacang merah jer)... Doh Roti nie jugak boleh diolah untuk jadi donut dan pizza! Menarik kan? So, tak rugi pun pergi kelas... Macam-macam boleh buat dengan adunan yang sama.. Tujuan utama pergi kelas nie sebab minat dan cita-cita sejak kecik... Memang azam tahun  baru nie nak belajar kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian... Seronok pergi kelas macam nie, dapat tambah ilmu dan kemahiran disamping dapat tambah ukhwah persahabatan (ayat skema tak menahan).... Bila dah reti buat doh dia senang, bila-bila teringin nak makan boleh buat sendiri... Jimat gitue..hehehehe...Zaman sekarang nie kita kena amalkan langkah-langkah penjimatan..Ecewah...(@__@). 

Azam pertama dah tercapai... Alhamdulillah... Masih banyak lagi azam dan impian tahun 2016 yang perlu saya realisasikan InsyaAllah... Buat semua pembaca blog saya, saya ucapkan semoga segala azam dan impian awak semua sepanjang tahun ini berjaya, serta dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan happy sentiasa... Selamat malam semua...=)
(pukul 1 pagi pun kita sebut malam, sebab kita baru nak tidoq...huhuhu..)



Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...