-Gambar kenangan ayah dan Allahyarham adik-
18.6.2016
Birthday Allahyarham adikku yang tercinta... Tahun ini genap usiannya 26 tahun. Tapi dia telah pergi buat selamanya ketika usianya 7 tahun. Satu kematian yang mengejut, yang tidak dijangka. Kerana adik tidak punya sebarang penyakit. 31.081997- Masih segar diingatan bagaimana cerianya adik waktu itu, pagi dan petangnya penuh gurauan. Tiba-tiba adik jatuh. Maghrib itu adik sesak nafas. Akhirnya adik meninggal dalam perjalanan ke hospital.Memang pada mulanya sukar diterima dengan akal, kerana terlalu cepat adik tinggalkan kami. Tapi akhirnya kami redha dengan ketentian Illahi. Rindu terhadap adik tetap tersompan disanubari. Kenangan indah kami bersama masih segar dimemori. Kerinduan ini tak tertanggung rasannya... Tak terucap dengan kata-kata. Pergimu tiada gantinya. 31.08.2016 nanti genap sembilan belas tahun adik tinggalkan kakak... Selama itu jugalah akak sunyi. Jika insan lain meriah puasa dan raya nya bersama adjk beradik, kak sunyi. Jika insan lain berebut-rebut nak cuti panjang untuk bercuti bersama keluarga ke sana sini, akak sunyi Jika insan lain seronok bersiar-siar dan beriadah bersama adik beradik, akal sunyi. Jika insan lain seronok bergurau senda, bergaduh manja dengan adik beradik, akak sunyi. Jika insan lain gembira berbual mesra meluahkan isi hati dan berlongsi pendapat dengan adik beradik, akak sunyi.. Sesungguhnya kehilangan mu adik meninggalkan impak besar pada diri ini. Jika dulu kamu jadi teman, sahabat kini tiada lagi. Jika dulu meriah dengan gurauan manjamu kini tiada lagi.Jika dulu kita selalu pakai baju sama kini tiada lagi. Semua itu tiada lagi. Selamasembilan belas tahun itu jugalah akak menjadi perindu yang sentiasa merindumu adik. Pernah banyal kali kamu hadir dalam mimpi. Itu pun sudah buat akak gembira. Akhir kata semoga kamu tenang di sana adikku yang tercinta.
19.06.2016
Selamat hari bapa buat ayahku yang tersayang. Semoga ayah murah rezeki dan sihat sentiasa hendaknya serta semoga ayah dipanjangkan usia.Terima kasih atas segala pengorbanan selama membesarkan diri ini. Tak terbalas jasa ayah pada diri ini. Bila nak pergi tempat-tempat yang susah parking mesti ayah hantarkan dengan motornya. Walaupun diri ini dah berkereta sendiri. Seorang ayah itu sentiasa menjadi "hero" di hati anak perempuannya. Kalau nak makan apa-apa atau nak beli apa-apa biasanya ayah akan belikan (jika ayah punya kemampuan). Ayah memang lebih tegas dari emak. Tapi kerana kasihnya ayah terhadap diri ini sebab itulah beliau tegas. Terima kasih ayah....
1 comment:
faham rasa kehilangan org trsyang rindu tu allah je tau
Post a Comment