Hari nie saya nak bagi kamu top 11 ciri-ciri lelaki yang hampir semua perempuan suka..Lelaki silah baca ye, jika punya masa terluang....Ini bukan rekaan atau cobaan ye, ini betu-betul punya. Boleh dikatakan hampir semua perempuan suka ciri-ciri macam nie.. Sebab itulah lelaki yang ada ciri-ciri macam ni biasanya ramai peminat / secret admire / aweks...hehehe...
1. Beragama
Ini ciri yang paling penting sekali..Dan saya boleh bet yang semua girls pasti suka pada jejaka yang mepunyai ciri-ciri ini..Cair jer hati bila lihat si jejaka tak lokek luangkan masa bersolat di surau atau masjid berhampiran walaupun masa tue tengah busy dengan kerja atau tengah busy shopping..Pasti sejuk jer hati sekalian gadis jika terdengar suara yang merdu melaungkan azan dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan penuh tertib dan bertaranum..
2. Pelindung dan Pembimbing
Lelaki yang baik ialah lelaki yang sentiasa akan melindungi wanita / gadis yang berada di bawah tanggungjawabnya dan yang di kenalinya dari segala mara bahaya atau segala apa jua bentuk kejahatan di muka bumi. Dia juga akan sentiasa tidak jemu memberi nasiaht dan teguran denagn baik dan berhikmah walupun si gadis itu sangat degil perangainya, tapi dia tak pernah jemu untuk membimbingnya. Berada di samping lelaki yang punya ciri-ciri begini pasti membuat gadis berasa selamat.
3.Pendengar Yang Setia dan Pemberi Nasihat Yang Baik
Jika Si gadis sedang dilanda jutaan masaalah, kebiasaanya para gadis suka menceritakannya dengan orang yang rapat dengannya. Lumrah hati lembut seorang gadis itu memang sensitif. Maka dia perlukan pasangan yang boleh mendengar segala permasaalahannya itu dan secara tak langsung menjadi motivator kepadanya. Pasti si gadis akan berasa sedih dan mood nya kan jatuh merudum jika lelaki yang di cintainya itu memberi kata-kata yang boleh melemahkan semangatnya! Maka kamu lelaki, haruslah lebih peka ye..=)
~Ada gaya budak bijak tak...???~
4.Berilmu dan Berpendidikan
Ilmu itu penyuluh kegelapan.Ilmu itu sangat penting untuk kehidupan. Maka seba itulah ciri-ciri ini snagat penting. Tanpa ilmu macam mana mahu mencatur kehidupan? Tanpa ilmu macam mana mahu menjadi ketua kelurga kelak..? Oh ya, jangan salah sangka..Tak semestinya kamu perlu segulung PHD baru dikatan kamu itu manusia berilmu..Belajarlah dengan apa yang ada di sekeliling kamu. Pemebelajaran itu tak hanya di dalam kelas sahaja ya..!
5.Bijak dan Berwawasan
Bijak membuat keputusan. Berfikir sebelum bertindak. Ini sangat penting, sebab apabila sudah berkahwin si isteri perlu patuh cakap suami dan si suami perlu membuat keputusan yang tepat untuk kebahagiaan rumahtangga. Lelaki juga perlu ada sikap berwawasan yang tinggi, iaitu tak jemu berusaha untuk memajukan diri sendiri serta masa depannya..
~Aku sayang sangat sama kucing...~
6. Penyayang dan Penyabar
Sifat penyayang yang semula jadi, dan tidak di buat-buat.Sayang kepada kanak-kanak dan bayi, ada ciri-c-ri kebapaan..Ada ciri-ciri family man..Wah..sangat cair hati si gadis bila melihat si jejaka sangat bijak memujuk kanak-kanak yang sedang menangis..Sayang pada haiwan..sayang pada alam sekitar..sayang pada keluarganya. Sebab lelaki yang ada ciri-ciri macam nie pasti akan menyayangi isteri dan anak-anaknya nanti..Sabar dan tidak pula panas baran atau kepala angin..Kalau marah pun masih maintain cool jer..Tak de pun nak keluar kata-kata kesat, mencarut atau memaki hamun..Kalau marah macam mana pun takde nak pukul sana, pukul sini..
~Aku nie kategori romatik tak???~
7. Prihatin dan Romantik
Perempuan nie hatinya lembut,dan mudah tersentuh../sebab tuelah diorang suka lelaki yang ade ciri prihatin dan romantik nie..Bila sakit jer terus pergi hantar klinik. Bila dalam kesusahan sentiasa hulurkan bantuan sekadar yang termampu..Sentiasa bagi nasihat-nasihat, kata-kata semangat. Pasal romantik pula, semua gaids memang suka..Contohnya , macam dalam Drama Tv Nora Elena babak Seth bagi Nora bunga sampai penuh satu booth kereta..Wahh,ramailah gadis-gadis yang up status kat fb sangat suka kalau dapat suami yang romatik macam Seth..Eh, tak semua perempuan suka bunga, ada yang suka chocolate ade yang suka teddy bear dan macam-macam lagilah...Nak jadik romantik tak mesti kena bagi hadiah mahal-mahal..nak kreatif dan jimat? buat jer kad hasil tangan sendiri dan bunga petik jerlah kat luar rumah tue..hehehehe..;)
~Duit aku banyak..Sebab tue lah perempuan datang kat aku pun macam magnet...huhuhu..~
8. Kedudukan Kewangan dan Ekonomi Yang baik
Mesti korang yang lelaki nie terus jer nak cop:" Alah..perempuan memang suka pandang duit..duit..duit.."
Ketahuilah oleh kamu, yang duit memang tak boleh beli kebahagiaan dan duit bukanlah boleh beli semuanya dalam kehidupan. Tapi untuk hidup, kita perlukan duit. Nak beli beras , nak beli bahan-bahan untuk masak, nak beli baju, nak beli make up untuk wife, nak beli perabut, nak sekolah kan anak-anak, nak bayar bl itu bil ini...Semua tue perlukan duit kan..? boleh beli dengan cinta jer..? pasti tidak kan..? Jadi hidup perlulah rasional..Kerana isu duit ini jugaklah ramai yang sanggup berkahwin dengan orang yang dia tak cinta, asalkan duit banyak..Sebab apa? Sebab katanya rasa selamat dengan kedudukan ekonominya yang menjamin masa depan..Kerana duit jugaklah ramai yang gelap mata, ramai juga yang bercerai berai sebab isu kewangan dlaam rumahtangga..Bagi saya pula, tak mestinya lelaki tue kana ada banyak duit, tapi yang penting ialah dia kena bijak uruskan kewangannya..Haruslah jimat berbelanja, haruslah fikirkan tentang simpanan untuk hari tua..Tapi jangan kedekut sudahlah...huhu..:p
9. Hormat Orang Tua dan Wanita
Perlulah ada rasa hormat pada orang tua dan wanita. Contoh jika berada di dalam bus atau LRT, ternampak ada orang tua atau wanita mengandung yang berdiri, cepat-cepat bangun dari peluang untuk mereka duduk. Jika ternampak ada orang tua yang membawa barang yang berat-berat, cepat-cepat hulurkan bantuan. Tak meninggikan suara atau cari gaduh dengan orang yang lebih berusia. Tahu menghoramati dan menajaga hati wnaita, tak pernah menjaja-jaja cerita keburukkan wanita-wanita yang pernah di kenalinya dan tak pernah mengaibkan wanita.
~Amacam..ade nampak muka aku nie tegas tak nie..? ~
10. Ketua Yang Baik.
Ada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik dan adil serta di hormati dan tegas membuat keputusan.
~Peminat aku ramai beb..Almaklumlah aku nie aktif ngan basketball..hehehe...~
11. Bersukan dan Bakat-Bakat Lain
Aktif sukan tak kira lah bola sepak ke, basketball ke, tennis, badminton atau ragbi sekalipun...Hey, kamu tahu gadis-gadis nie memang suka pada lelaki yang minta sukan tahu..Sebab tuelah lelaki yang aktif sukan nie ramai jer peminatnya dikalangan gadis-gadis comel dan cun walaupun dia dah punya buah hati kesayangan, tetap jer ramai peminatnya..Bakat-bakat lain nie macam kebolehan memasak, menjahit..wow..sangat beruntunglah..kalau ada ciri macam nie..Kamu tahu perempuan sekarang memang suka pada lelaki yang pandai masak dan tak lokek luangkan masa ke dapur..Sebab cool kata mereka..Selain dari tue, kategori bakat lain nie adalah macam boleh bermain alat musik, pandai menyanyi ke..Lelaki yang pandai main gitar nie pun boleh jer dapat ramai peminat.. tak mestinya kena jadi artis ok...Cuba kamu buat persembahan sambil petik gitar.Pergh..pasti lepas tue ramailah peminat perempuan kamu berduyun-duyun..
Ps:- Entry hanyalah berilhamkan idea penulis blog ini... Sekadar entry picisan biasa... Jangan ambil terlalu serius pulak ye... Harap maaf jika ada kekurangan... Kredit gambar google image..
Sambungan daripda entry ini:
Cinta Tidak Sempurna
14 comments:
harap ada la semua ciri ciri tu. hehe.
nice post..^^,
ala, sy takde semua ciri tu :) tp xpe, manusia boleh berubah kan. n sy boleh jd lebih baik if kita nak kan. nothing is impossible :) kan kan:)
bila la saya nak ade..hehe
aku tengah cermin diri sendiri, ada tak sifat tu ek? hmm
klau ada yang beragama,pelindung dan pebimbing pon da cukup :)
klau ada yang beragama,pelindung dan pebimbing pon da cukup :)
Hizami Rahim :- (^___^)
tOyO :thanks ye...
Namee Roslan :-namee, sy setuju tak ade manusia sempurna..sy pun bukanlah jenis suka mencari kesempurnaan jika memilih pasangan..
Nizam Ijam :- itu semua boleh usahakan..ape yg penting kena jadi diri sendiri...
Saiazuan:- pendapat sy, dlm mencari pasangan tak perlu terlalu mencari kesempurnaan..
sy tulis entry nie pun berdasarkn pa yg kebanyakkn perempuan suka dan apa yg boleh menyebabkn lelaki mendapat perhatian ramai perempuan..
ctk :-yup, itulah ciri yang terbaik sekali...
salam ukwah..ayukrn sudi cmnt di blog ana... (: menarik info dn post di blog cni..i like it!
Follow your blog ^_^
salam..yg kat atas tu sume saya ada kcuali no8..student lg..bkn nk promote@blagak..tpi napa prmpuan tngk sya smcam je?
Patutlah masih tak de awek, plg penting money2 la bru % naik
Ada tiga ja huhu beragama,ketua yang baik,penyayang
Yang tu ja
Tak pe nanti bleh tambah lagi kan
Post
Ni mnag terbaik lah pehhhhh hebat
60% ada yg ada di atas ada pada aku... lol
Post a Comment