"Hey..kau punya result gempak eh aku dengar..Bak sini report book kau tue aku nak tengok..Siapa lagi terror, kau atau aku.." Kata Min sambil cuba merampas report book yang mengandungi segala isi markah peperiksaanya.
"Mana ada gempak..tak payah lah nak perli aku pulak eh.." ujar Mia dengan nada selamba
"Bukan kau tetap maintain dapat no 1 kat dalam kelas nie ke..?"
"Yelah, cuba kau tengok result maths aku tue cukup-cukup makan jer tue..Nah nie report book aku kau tengok lah sendiri..Nie cuma ujian pertengahan tahun jer, masa UPSR nanti aku tak tahulah aku boleh score ke tak.."
"Kira ok lah tue lulus jugak kan..tapi aku still lagi terror lah kan dalam bab maths nie..kau mana boleh lawan aku..hahahahaha.."
"Alah berlagak ar kau nie..Aku tahu lah kau terror maths.."
"Eh kau dapat A subjek agama..? 99% markah kau...Gila eh..kau meniru ke ape nie hah...?"
"Kenapa kau tak percaya ke aku boleh score A..? Kau ingat kau sorang jer ke yang pandai hah..?"
"Takdelah aku cuma..aku cuma pelik jer..."
"Kau pelik kenapa pulak..ha..Mulalah nak tuduh aku meniru lah tue..Tak baik tuduh aku bukan-bukan tau.."
"Tak..cuma sayangnye.."
"Dah kau nie kenapa..? Tadi kata pelik nie sayangnye pulak..Kau demam ke ape nie beb..?
"Ok, aku cakap..Tapi kau jangan marah dahlah.."
"Cakap jer lah..macam lah aku nie singa sangat.."
"Aku rasa tak guna kalau kau dapat A dalam subjek agama lepas tue markah pulak 99%. Kalau ilmu yang kau ada tue kau cuma guna untuk jawab kertas periksa jer..Sayangnya kat luar, kau tak praktikkan. "
"Hurm..maksud kau macam mana..Cuba jelaskan dengan terang.."
"Aku tahu kau jaga solat dan aku tahu kau pun dah khatam Al-Quran kan..? Aku pun tahu yang kau jenis jujur dan baik hati walupun kau garang dengan aku. Tapi sayang kalau kau tetap taknak jaga aurat kau dan tak nak pakai tudung. Aku rasa kau pun tahu kan apa hukumnya orang yang tak pakai tudung dan tak jaga aurat nie kan..Kau sebagai perempuan wajib tutup aurat tahu...Kena jaga cara berpakaian.."
"Aku tahu, aku memang tak pakai tudung luar waktu sekolah..Aku mengaku aku silap..Tapi walaupun aku tak pakai tudung aku tetap tak pernah pakai seksi-seksi tau..dan yang paling penting aku jaga solat..Satu perkara yang perlu kau tahu, aku tak pernah buli-buli orang macam mana kau selalu buli aku dan budak-budak lain. So, apa pulak komen kau..?"
"Ya, sebab tuelah aku tegur. Sebab aku nie kawan kau. Walaupun aku selalu sakitkan hati kau, selalu jer buli kau.Tapi aku tiap-tiap hari minta maaf kat kau kan.Kau pun dah janji maaf kan aku dan tak kan dendam.Kira kita nie cuma gaduh sebagai gurauan jer lah, takkan itu pun kau nak kecik hati kot..?"
"Kenapa kau sibuk sangat nak tegur aku nie..Caring sangat lah tue konon.." kata Mia sambil menjuihkan bibirnya.
"Sebab aku kawan kau. Sebagai seorang kawan aku wajib tegur kau dan beri nasihat apa yang patut. Aku cuma kesiankan kau, kalau tiba-tiba kau mati nanti tapi tetap perangai macam nie. Kau nak sangat ke rasa azab api neraka sebab gara-gara kau tak jaga aurat? Memang kau solat tapi jaga aurat tue pun wajib jugak bagi orang Islam. Tengok kat dunia nie jer pun bila panas dah berpeluh-peluh tak dapat bayang ke macam mana azabnye nanti bila kat kubur..? Kau kan terror kan dapat A subjek agama. Jadi aku rasa kau belajar tue tak ikhlas, sebab kau belajar hanya untuk lulus periksa. Tapi apa yang kau belajar tue langsung tak lekat kat hati kau tue.."
"Terima kasih sebab bagi nasihat kat aku..Hurmm..jadi kau fikir aku nie spesis budak kerasa hati, begitu ke maksud kau..?"
"Aku rasa kau nie jenis degil kot..Degil susah nak dengar kata..Tapi aku yakin kau masih boleh berubah cuma kau sendiri yang perlu bersedia lakukan perubahan tue."
"Selamba jer kau cakap aku degil kan..Nak kena debik ke..? Yelah aku mengaku aku memang spesis budak yang degil, susah nak dengar nasihat...Aku bukan tak nak pakai tudung, cuma aku tak nak nampak macam perempuan..Aku tak suka lah nampak macam feminin nie..Nampak macam perempuan sangat..Aku suka nampak macam jantan sikit, jadi takdelah nanti kena buli dengan budak nakal macam kau nie.."
"Kau tak suka nampak macam perempuan??? Bukan kau memang perempuan ke..? Cubalah belajar bersyukur sikit..Perempuan kenalah jadi lemah lembut, sopan barulah cepat dapat jodoh..Kalau kau perangai macam jantan macam nie alamat anak dara tua lah kau nanti.."
"Selamba jer nak kutuk aku jadik anak dara tua ye..! Weh kita nie masih sekolah rendah ar..UPSR pun tak lepas lagi, belum layak nak fikir bab kahwin nie tau!"
"Kau marah ke..??"
"Takdalah mana ada marah..."
"Kalau kau nak tahu, pakaian nie boleh melambangkan persepsi orang kat kita. Sebab tulah kita kena jaga cara berpakaian kita. Perempuan tu akan nampak baik dan sopan bila dia menjaga aurat dia berbanding dengan bila dia berpakain macam jantan, macam style yang kau suka tulah..Kalau kau pakai baju macam tu,orang akan cop kau nie budak nakal,tomboy dan macam-macam lah..Bila kau dah pakai tudung tu kau pun secara automatik akan sentiasa jer nak jaga imej bertudung tu. So secara automatik kau akan jaga adab,tingkah laku dan tutur kata kau. Pakai tudung tu biarlah seiring dengan perubahan sikap ke arah kebaikan dan yang penting ikhlaskan hati. Sebab itulah perempuan kena jaga aurat dia...Bila orang lelaki tengok kau pakai sopan diorang pun jadi takut nak ambil kesempatan kat kau. Simpanlah aurat kau tu untuk lelaki yang benar-benar layak sahaja untuk memandang iaitu suami kau. Secara tak langsung kau boleh menjaga imej seorang wanita mulism dan menjaga maruah kau. Lagipun itu memang satu kewajiban bagi setiap perempuan Islam, wajib pakai tudung dan wajib tutup aurat secara sempurna.Kau faham tak nie..?"
"Yelah aku faham...Dah macam ustaz dah kau nie,panjang lebar keterangan kau kan..Apa-apa pun terima kasih sebab nasihatkan aku.Kau rasa ok ke kalau aku pkai tudumg? tak nampak macam orang tua ke..?"
"Tak lah mana ade..Nampak comel ade lah...Aku harap satu hari nanti kau pakai tudung secara tetap dan bukan semata-mata sebab uniform sekolah jer..Aku akan doakan kau bertudung satu hari nanti..."
"Terima kasih sebab bagi nasihat kat aku yang degil nie..Aku akan cuba fikirkan nasihat kau tu.."
"Eh, sebenarnya aku ada benda nak bagi kat kau nie.."
"Ape benda tue..? Birthday aku lambat lagi nie..ehehehe.."
"Nie ha buku nie kau baca lah.." Shah menghulurkan buku itu kepada sya. Lalu di sambut sya.
"Buku nie....?" Mia berasa terkejut dan berasa agar tersindir dengan tajuk buku tue. Sinis benar rasanya. Dia tunduk dan mengetap bibir kerana berasa malu dengan dirinya sendiri.
"Bacalah buku tue, semoga kau mendapat Hidayah dari-Nya lepas kau baca buku tu..Aku harap lepas nie hati kau lembut sikit. Susah payah aku pinjam buku tue kat library bergerak tu..Nanti lepas dua minggu kau pulanglah buku tu balik kat aku tau. Nanti tak pasal-pasal aku kena denda pulak."
"Kenapa kau sanggup pinjam buku nie semata-mata nak bagi aku baca...?" Tanya Mia kepada Min. Sebenarnya Mia berasa terharu kerana Min sanggup susah payah pinjam buku semata-mata mahu bagi dia baca. Sebak pun ada, sebab dia tak sangka seorang rakan yang menjadi teman bergaduh saban hari rupanya begitu mengambil berat. Tapi dia pendamkan saja di dalam hati. Kerana sikap degil dan tak mahu mengalahnya itu..
"Sebab aku tahu kau suka membaca. Sebab itulah aku sanggup pinjam buku itu bagi kat kau, untuk kau baca. Aku percaya yang hati kau yang keras dan degil tu mesti akan lembut bila baca buku nie. Kau anggap jerlah ini sebagai pertolongan aku sebagai seorang kawan. Apa guna kita kawan, kalau kita tak boleh tolong dia dan tak boleh nasihatkan dan beri teguran kat dia apa yang patut kan.."
"Aku tak sangka walaupun kau nampak macam jahat dan nakal tapi kau nie baik jugak rupanya..Thanks.."
"Aku memang baik...Cuma ramai jer bebudak kat sekolah nie dan cikgu yang anggap aku jahat. Yelah aku kan suka kacau orang, suka buat bising, suka conteng-conteng meja...Aku nie nampak jer nakal tapi hati baik tahu.."
"Mulalah nak angkat bakul tue..Pantang kena puji sikit..Terus kembang sebakul"
******
Beberapa bulan kemudian, situasi selepas mereka selesai menghadapi ujian UPSR dan ketika itu ialah hari untuk mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
"Assalammualaikum.. Tahniah Min sebab dapat 5A UPSR nie.Lepas nie kau plan nak sambung kat sekolah mana..?"
"Waalaikumussalam..Eh Mia..? Tahniah jugak kat kau sebab dapat 5A jugak..Aku rasa lepas nie aku nak masuk SMKA..Aku harap bila masuk sekolah menengah aliran agama tue nanti aku dapat capai cita-cita aku untuk sambung study jadi Ustaz tak pun peguam Syariah.."
"Baguslah macam tue..Sejuk perut mak kau,sebab mengandungkan anak yang baik macam kau nie..Akunak ucapkan terima kasih sebab kau pernah nasihatkan aku sebelum nie dan bagi pinjam buku kat aku. Aku rasa kaulah kawan terbaik yang pernah aku ada"
"Kawan terbaik..? Kenapa kau cakap macam tue..? Bukan ke selama nie kau anggap aku nie musuh paling ketat kau..Yelah hari-hari kita gaduh dah tue hari-hari aku buli kau kan..?"
"Sebab kau satu-satunya kawan aku yang berani tegur kesilapan aku depan-depan dan terang-teran nasihatkan aku. Walaupun cara kau cakap hari tue buat aku tersentap, tapi semua yang kau cakap tue memang betul. Lagipun kau tak hipokrit macam sesetengah orang yang baik depan aku , tapi kutuk-kutuk aku belakang-belakang. Kau pun tegur aku depan-depan, cara kau tegur aku memang aku respect. Sebab kau takde lah sindir-sindir aku depan-depan orang lain. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih"
"Perkara kecik jer tue..Aku dengar kau dah pakai tudung. Betul ke..?
"Memang betul.."
"Aku ada sesuatu nak bagi kau. Anggaplah ini sebagai tanda kenang-kenangan persahabatn kita. Lagipun lepas nie kita akan terpisah dan dah tak satu sekolah lagi kan."
"Hadiah...? Terima kasih. Kau nie saja buat aku terharu. Aku takde apa-aap nak bagi kat kau.hurm.."
"Takpe, aku tak kisah.. Asalkan kau dah berubah dan terima teguran aku. Aku anggap itu sebagai hadiah persahabatan kita."
"Min, bila kau nak kahwin nanti jangan lupa hantar kad undangan untuk aku tahu!"
"Mestilah kalau kau tak datang majlis aku, alamatnya majlis tue tak jadi."
"Kenapa pulak?"
"Satu hari nanti kau akan tahu sebabnya kenapa."
Perbualan mereka terhenti bila ibu bapa mereka mahu mengambil mereka pulang ke rumah masing-masing. Itulah pertmuan terakhir mereka. Min melanjutkan pelajaran di SMKA dan Mia pula di sebuah sekolah aliran sains. Keluarga Mia membawa Mia berpindah ke ibu negara iaitu Kuala Lumpur. Mulai saat itu mereka terputus hubungan kerana pada hari terakhir sebelum Mia sekeluarga berpindah,Mia gagal memberi sepucuk surat yang mengandungi alamat barunya kepada Min.
Bersambung....
~Apakah kesudahan kisah ini? Nanti kesudahannya di siri yang ke dua..
.
PS:- Ini adalah sebuah cerpen, sebuah karya picisan yang punya banyak kelemahan. Cerpen ini juga tidak ada kena mengena dengan hidup sesiapa, jika ada sebarang persamaan hanyalah kebetulan. Kerana cerpen ini hanyalah sumber ilham dan hasil karya pemilik blog ini sepenuhnya. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak cipta terpelihara.
3 comments:
terbang bersamamu.. =)
ahaa, baca2 siap ada part 2 lagi..em kadang2 kita tak gained in life pun sbb kita tak patuh apa yg Allah suruh. sy percaya pd benda tu. sbb sy melaluinya.
~AmyLiana86~ :- thanks sudi baca...
Namee Roslan:- yup, mmg ade part 2..sy tulis nie berdasarkn apa yg sy rasa dan pngalaman yg sy lalui tp dah di ubah suai sedkit2...=)
Post a Comment