Ok kembali kepada topi asal..Persoalan utama dalam entry ini adalah perlu ke kita bermusuh dengan Ex kita,tak kiralah Ex tunang, Ex husband, Ex Wife atau Ex couple..? Bila masa zaman sedang di ulit rasa bahagia tue sanggup rempuh segala onak dan duri bersama. Segala ata nisata dari orang luar atau segala hasutan dan cakap-cakap belakang semuanya di tolak ke tepi. Walaupun kita tahu yang cakap-cakap itu ada kalanya memang benar dan berserta bukti yang kukuh tapi kita masih nak membela pasanan kita tue jugak, kiranya semua yang di buat semuanya betul dan semuanya baik sahaja dimata kita. Kalau ada sahaja komen yang kurang enak mengenainya kita pasti membelanya bermati-matian.
Tak, dia tak curang...Mata aku jer yang tersalah tengok nie..
Sanggup menidakkan kebenaran yang sudah tersuluh di depan mata dan sanggup tutup mata dan telinga sahaja. Cinta si dia itu terlampau kita sanjung tinggi dan agung-agungkan waluapun hakikatnya ianya tidaklah seindah mana, tapi kita suka bercerita tentang yang indah-indah sahaja. Segala sengsara dansakit hati kita smpan, dan jangan sampai di ketahuai oleh sesiapa.Biarlah kononya hubungan kita itu adalah terlhat sebagai pasangan yang paling bahagia, paling serasi bersama, paling romantic,kiranya semuanya cerita yang baik-baik sahaja lah.
~You nie buat I pening jer..Baik kita putus jer dari I stress sepanjang masa pikirkan pasal you~
Jika kamu tak henti-henti menceritakan keburukkan bekas pasangan, itu menunjukkan kamu masih simpan perasaan kepadanya. Mungkin sebab terlampau geram dan kecewa bila kehilangan dirinya maka kamu menyimpam dendam, biarlah di ceritakan segala keburukannya agar tidak ada lagi orang yang akan mendekatinya dan mahu berpasangan dengannya. Maka itu membuatkan hati kamu puas. Kamu mahu kelihatan suci dan tulus, konon manusia paling mulia tiada langsung cacat celanya. Tiada langsung kesilapan dari pihak dari pihak diri kamu, semua salah dan silapnya ada pada bekas pasangan kamu. Jika kamu bersikap begini, saya boleh tafsirkan kamu sebagai individu yang tidak boleh menerima hakikat kehidupan. Kerana dalam sesuatu perhubungan yang berkaitan perasaan terhadap pasangan itu pasti akan ada juga sengketa, pasti akan ada air mata, pasti akan ada hati yang dilukai atau hati yang terluka, pasti ada yang di kecewakan atau yang mengecewakan. Tak semua yang berkaitan tentang cinta itu indah-indah sahaja. Pasti akan ada juga rintangan dan cabaran, yang perlu kamu tempuhi tak kira lah dari segi macam mana pun cabaran itu datang.
Manusia yang suka menyalahkan orang lain adalah manusia yang terlampau ego. Kerana dia yakin bahawa dinya terlampau sempurna hingga dia sanggup menuding jarinya ke orang lain. Walhal dia lupa, yang hanya satu jari tertuding ke orang lain manakala empat lagi jari tertuding ke dirinya sendiri. Dia lupa yang semua manusia biasa itu tidak sempurna dan pernah melakukan kesilapan. Dia juga mungkin terlupa akan persoalan tentang jodoh yang sudah etrang di tetapkan oleh takdir Tuhan. Dia lupa semua itu kerana dia terlampau obeses dan gila mahu memiliki cinta dari manusia yang hakikatnya akan pergi meninggaan dirinya juga. Kerana kematian itu pasti, tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Akhir kata, cintailah seseoarang itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu cinta boleh menjadi orang yang kamu benci satu hari nanti, Dan bencilah seseorang itu seadarnay sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu benci itu menjadi orang yamg paling kamu cintai. Jangan butakan mata kerana cinta, jangan tulikan telinga kerana cinta, jangan hitamkan hati kerana cinta,jangan hancuran masa depan diri sendir kerana cinta.Cintailah diri sendiri dahulu sebelum memberi cinta kepada orang lain kelak kamu tidak akan terlalu kecewa bila hubungan itu terkandas di pertengahan jalan. Jangan terlalu obses dengan cinta manusia, kerana Cinta yang abadi itu hanyalah cinta kepada Tuhan. Tiada cinta agung dari manusia jadi jangan terlalu menagagung-agungkan cinta manusia yang belumpasti hatinya, kerana hati manusia boleh berubah arah dan boleh juga berpindah. Percayalah bahawa jika dia bukan ditakdrkan untuk kita, pasti ada hikmahnya, munngkin kita tidak sesuai dengannya, mungkin kita akan lebih menderita bila bersamanya. Percayalah bahawa pasti ada insan lain yang lebih menghargai dan mencitai diri kita.
Ps:-Entry ini hanyalah nukilan picisan penulis blog ini. Credit gambar google image
5 comments:
sebab dah serahkan kasih sayang sgt lah ,bila kena betrayed, mmg ssh nk terima. mostly kes macam tu lah. tak dapat terima kenyataan dan masih tak hilang marah. tu yg jd musuh tu .
Cinta datang, cinta pergi.
Awan takut tengok dengan ragam orang kita. Bila berlaku perpisahan, permusuhan diwujudkan. Kalau orang Barat, biarpun telah bercerai tetapi masih boleh menjadi kawan lagi. Orang kita, nak bertegur sapa pun tidak mahu. Macam nampak hantu.
..:)..
Assalamualaikum...
...patah tumbuh hilang berganti...
:)
betul. supposedly ex tu boleh dijadikan kawan, sebab kita kenal dia lebih baik
Namee Roslan :- tahu tak pe..jadi aklu bercinta tue biarlah sederhana..jgn terlalu mencintai, kelak bila terluka diri akn merana..
Awan Biru :- Berlaku mcm tue mungkin sbb dendam atau mungkin juga sbb masih tak boleh terima hakikat yg mereka mmg tak ade jodoh...
linda a.k.a ibusumaiyah :-
Waalaikumussalam wbt...tul tue, kehidun harus di teruskn,mungkin yg berganti lebih baik dri yg hilang...
El:- setju..tapi sygnye ramai yg tak bersikap begitu...
Post a Comment