Translate

Friday, November 4, 2011

Bersyukur Dan Berusaha....

Hai semua....Selamat Hari Jumaaat...(^___^)




   Sebagai manusia dalam hidup kita pasti ada sahaja dugaan dan cabaran yang mendatang yang perlu kita tempuhi dan jalani dengan hati yang tabah. Kita harus belajar untuk lebih tahu dan lebih menghargai dengan setiap apa yang kita perolehi dan setiap apa yang berada di sekeliling kita. Belajar untuk mensyukuri dengan setiap inci nikmat yang di peroleh dalam hidup ini.


      Jika kita tidak mendapatkan sesuatu, usahlah terlalu kecewa dan jangan pernah sesekali kita menyalahkan takdir Allah untuk kita. Kerana percayalah oleh kita bahawa setiap apa jua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.  Mungkin sekarang kita belum dapat mengetahuai hikamh di sebalik kejadian tersebut, tapi satu hari nanti kita pasti akan tahu juga.  keytahuilah oleh kita, apabila kita tak memperoleh sesutu itu, bukan bermakna kita tak bagus dan bukan juga  bermakna kita manusia tidak berguna. Tapi ia nya adalah kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik daripada itu dan pasti ada sesuatu yang lebih sesuai dengan diri kita berbanding perkara itu. Berfikiran positive lah selalu.. Ingatlah selalu bahawa, jika kita merasakan hidup kita susah, pasti ada insan lain yang lebih susah. Maka mengapa perlu sedih..? Apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan terus berusaha sehabis baik untuk masa depan yang belum pasti.




   Mengapa perlu menyalahkan takdir bila kita gagal mendapatkan sesuatu..? Mengapa perlu merungut, bersungut dengan apa jua yang kita perolehi..? Bersyukurlah untuk setiap detik waktu yang kamu perolehi, bersyukurlah untuk setiap udara yang kamu perlu untuk bernafas, bersyukurlah di beri peluang hidup di muka bumi, bersyukurlah kerana masih di beri nyawa untuk hidup, bersyukurlah kerana diberi akal yang waras lagi sempurna untuk berfikir dan membuat keputusan, bersyukurlah keranan di beri sekeping hati dan jagalah hati itu sebaik mungkin..Hargailah segala nikmat-nikmat ini, jagalah dan peliharah lah ia sebaik mungkin dan gunakanlah ia untuk tujuan yang bermanfaat, kelak sejahteralah hidup kita. Janganlah hanya mencari Tuhan apabila kamu susah dan sakit, tetapi meninggalkan suruhan Tuhan apabila kamu senang dan sihat.


     Dugaan dalam hidup itu datang mengajar kita erti sabar tabah dan bersyukur serta menjadikan kita lebih matang dan dewasa dalam berfikir dan bertindak . Jadi sebagai manusia yang punya akal, haruslah kita bersyukur dan menghargai hidup ini. Gunakan akal kita itu sebaik-baiknya dan jangan lakukan perbuatan yang ternyata sia-sia. Kita juga haruslah tabah menjalani hidup ini dan perlu terus kental berusaha serta jangan pernah sesekali berputus asa. Sedang menemuai jalan buntu..? Percayalah setiap masaalah itu pasti ada cara penyelesaiannya dan setiap penyakit itu pula pasti ada cara untuk merawatnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha tanpa kenal erti jemu dan bosan. Serta jangan lupa untuk terus berdoa. Insan yang berjaya pada hari ini pasti pernah melalui sat sukar dna getir dalam hidupnya. Tapi dia bersyukur dengan apa yang di peroleh dan dia juga tak henti-henti berusaha dan tak pernah berputus asa serta tidak pernah pula mengalah. Maka dengan itu dia memang layak bergelar insan yang berjaya.




Ps:-Entry ini hanyalah pendapat picisan pemilik bolg ini. Sumber Gambar Google Image..


8 comments:

senyumSOYA said...

nak berjaya kena kuat.. ^^"
nak hidup bahagia kena rasa perit dulu..
ye dak?

azwa amani said...

like...amani suka entry ni

Namee Roslan said...

yang penting usaha. doa dan tawakal. bukan harapkan durian runtuh kan :) kalau kita usaha, mesti kita dapat hasil yang setimpal :)

Hawa Ahmady said...

yup setuju dengan entri awak..

ILA HonEyBuNNy said...

ya.....jangan kita salahkan tkdir dan merungut..pasti ada hikmah d sebalik terjdnya sesuatu atau keinginan kita x d penuhi...

Allah tahu y terbaik untuk kita....;)

Sya_Merpati Putih 88 said...

senyumSOYA :- yup, betul tue..sy setuju sangat2..

azwa amani:- treima kasih amani, kerana sudi berkunjun ke sini..=)

Namee Roslan:- betul tue, usaha tue penting...=)

Hawa Ahmady:- terima kasih..=)

ILA HonEyBuNNy :- yup, pasti ada hikmah di sebliknya..dan kt harus terima takdir yg tertulis untuk kita..

ctk said...

segala dugaan tuhan hanya ujian dariNya...kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang diberikan...sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

ctk:- betul tue...sy stuju dgn pendapat awk..terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy...=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...