Translate

Tuesday, February 12, 2013

Cinta Tidak Sempurna


Cinta...Cinta yang sering kita membaca kisah cinta semuanya sempurna...
Paling tidak pun hampir sempurna...
Dalam kita mencari-cari pasangan hidup, ada diantara kita yang inginkan kesempurnaan pada pasangan...Walhal dia sendiri tahu yang tiada manusia yang sempurna 100%, tiada manusia biasa yang tidak punya kekurangan langsung, dan tidak ada manusia biasa yang tak pernah melakukan kesilapan atau dosa..
Ada juga yang diantara kita tidak kisah soal kesempurnaan ini, malah sudi  menerima pasangannya seadanya tanpa pernah membandingkan pasangannya dengan orang lain, atau mahu pasangannya "menjadi orang lain", dia yakin cintanya kukuh dan apalah kiranya kekurangan pasangan nya itu sedangkan cinta mereka terbina utuh dan tidak pula goyah...
Tapi malangnya ada pula insan-insan lain di sekeliling yang terlebih sudu dari kuah dalam menilai pasangan itu...

Antara kata-kata sinis yang sering di dengar ialah apabila berlaku 11 situasi berikut:


1.Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan cantik 
= Si Perempuan kaki kikis, Si perempuan mata duitan...Si perempuan gunakan kecantikan untuk pikat lelaki..

2. Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan tak berapa cantik:
=Si perempuan kaki mak esah (bomoh), sebab itulah muka tak cantik pun boleh dapat lelaki kacak yang kaya! Nie mesti si lelaki dah terkena ilmu guna-guna mandrem nie...


3.Perempuan kaya, cantik tapi berusia  +  Lelaki miskin, kacak dan muda...
=Si lelaki nak kikis duit perempuan tu ajer...! tak pun jadi anak ikan ker...Macam mak dengan anak..


4. Lelaki kaya dan berusia + perempuan muda, cantik
=Sugar daddy nie...si perempuan berkawan sebab harta +duit ajer..! Macam atuk dengan cucu..


5. Perempuan cantik + lelaki kacak = Sesuai! Sepadan..Pinang di belah dua..! 


6. Perempuan cantik lelaki tak kacak  atau Lelaki kacak + perempuan tak cantik = Tak sesuai! Macam beauty and the beast!

7. Perempuan bijak, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak 
=Sangat sepadan! Confirm bahagia hingga akhir hayat..Kalau dapat anak mesti pandai-pandai dan cantik +kacak...

8. Perempuan bijak ada PHD, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki berpendidikan SPM,tak kaya dan tak kacak atau  Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak + Perempuan berpendiidikan SPM, tak kaya dan tak cantik
= Tak sepadan langsung macam langit dengan bumi! ish...Tak sesuai...!

9 . Perempuan tinggi + Lelaki rendah atau Lelaki tinggi dan perempuan rendah
=Macam kakak dengan adik, macam abang dengan adik perempuan  tak abis SPM..!

10. Lelaki kulit putih + perempuan kulit gelap atau Perempuan kulit putih + lelaki kulit gelap..
=Tak sesuai...macam kuda belang, hitam putih...!

11. Perempuan berketurunan bergelar dan berdarjat  + lelaki keturunan biasa atau Lelaki berketurunan bergelar dan berdarjat + Perempuan biasa
=Tak setaraf langsung..! etc etc..(mula start dialogdalam filem  ibu mertuaku atau fielm antara dua darjat)



  Inilah dia stigma negatif yang sering sangat kita dengar..Tapi boleh ke kebahagiaan pasanagn tersebut kita ukur berlandaskan kemewahan dna kesempurnaan duniawi semata-mata..?
Persoalannya siapa kita untuk menghukum sesuai atau tidak mereka itu ....? 
Adakah kita ini sudah cukup sempurna sehingga terlalu mengejar cinta yang sempurna...?
Adakah kita ini sudah cukup sempurna untuk menilai diri orang lain / pasangan lain tidak sempurna  / tidak sesuai itu ini..?
Layakkah kita untuk mengeluarkan kata-kata sinis yang nyata menikam hati mereka yang mendengar..?

Mari kita fikirkan dan renungkan sejenak bersama...


1. Jika benar cinta itu tulus dan jujur dari hati yang murni ia tak pandang segala kesempurnaan itu, ia hanya padang hati...

2. Jika benar kamu mencintai seseorang itu, jangan hanya kamu  cintai dia ketika dia muda, cantik , berkedudukan, kaya raya, berharta saja..Tapi cintailah dia pabila waktu dia sudah tua, berkedut, miskin , kehilangan kerjaya , kehilangan kedudukan (pangkat) dan hartanya...

3. Jika benar cinta jangan hanya cintai orang itu disaat dia senang sahaja, tapi cintailah dia di saat dia dilanda masalah, kesusahan atau musibah juga..Jadilah peneman yang sentiasa setia disisi memberi dorongan dan kata-kata motivasi untuk dia kembali berjaya lagi...

4. Jika benar cinta, janganlah cintai dia dikala dia sihat sahaja, tapi cintailah dia apabila dia sakit juga..Jadilah peneman yang setia membantu dia merawat dan melawan penyakitnya itu..

5. Jika benar cinta, cintailah dia, dirinya dan segala apa yang ada pada dirinya..Jangan hanya cinta pada kelebihan yang dia punya tapi cintailah juga kekurangan yang dia ada...Kerana tiada manusia biasa yang sempurna...Janganlah membandingkan dirinya dengan insan lain dan janganlah menyuruh dia berubah menjadi insan lain (mengikut kehendak kita)..Terima lah jua masa lampaunya dia, usah di ungkit-ungkit untuk  menambah luka di hatinya dia..

6. Jika benar cinta, terimalah seluruh ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan juga segala apa yang digemarinya dan di minatinya (selagi tak melanggar undang-undang negara dan hukum agama). Janganlah kamu meyuruh dia mengutamAkan kamu hingga dia perlu meyisihkan keluarganya dan sahabatnya...Janganlah kamu menghina keluarganya atau sahabatnya atau apa yang diminatinya itu....


P/s: Keseluruhan entry ini hanyalah pendapat saya selaku penulis blog ini...Mohon maaf andai ada tersilap atau terkurang...Terlintasnya idea untuk menulis entry ini selepas saya mendengar lagu lama yang saya minati : As Long As You Love Me , Nyanyian Backstreet Boys.. Kredit gambar google image. kredit video: youtube..

~lagu fav. saya~(^___^)


sebenarnya entry ini adalah sambungan daripada entry:
Ciri-ciri perempuan  yang lelaki tertarik
11 ciri-ciri lelaki yang perempuan suka

9 comments:

Unknown said...

cinta kerna Allah :)

sobri yaacob said...

cinta..
cukupla sling memhami.. tu sudah ckup..nice entry... smuanya pasai cinta.. :)

sobri yaacob said...

semuanya pasai cinta..
nice entry :)

reenapple said...

cinta kerana Tuhan itu yang paling sempurna.. =)

ReramaBiru said...

entry yg sangat bermakna..siapalah kita untuk mencari kesempurnaan cukuplah sekadar seseorang yang mampu melengkapi kekurangan yang ada :)

Solihin Zubir said...

itulah perangai org kita..
selalu sgt nak komplen n ckp mcm2 yg negatif bila tengok psgn tu x sepadan or x sama taraf.

tanpa disedari, diorg sbnrnya dah komplen ketentuan Allah iaitu jodoh mereka.

C.T.K said...

mulut org mmg asek mngumpat je...yg penting kita sndiri thu ape tujuan kita bersama dengan asangan ...hanya cinta ilahi je ada kesempurnaan nya :)

Maria Menado~ said...

hehe.. wow. banyak betul tanggapan yg mungkin org katakan.

sekarang jgn pndglah semua tu.. semua tu pinjam je.. sekelip mata boleh tarik. bila ikhlas tu la baru susah senang sama2..

xdelah istilah xkenang budi, jahat, pengikis etc..

setuju dgn awk. =)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Muhammad Saiazuan Norhalik: cinta kerana Allah adalah yg paling terbaik..:)

sobri yaacob: betul tu...kalau ikhlas cinta tak perlu pandang lain2 hal...
hehehe..yup, smua pasai love is cinta gtue..

reenapple : yup, sy setuju..tiada cinta yg lebih sempurna dari cinta kepada Allah..:)

lueiceButterfly : yup, itulah yg sebaiknya...:)


Solihin Zubir : tau takpe, jodoh tu Allah tentukan..tentu ada sebabnya seseorg itu berjodoh dgn jodohnya itu..jodoh itu saling lengkap melengkapi...:)


C.T.K : sy steuju sgt..kalau benar syg usah terpengaruh dgn mulut2 belakang yg menagta itu ini..seharusnya kita lebih yg lebih mengenali pasangan kita itu, terimalah dirinya seadanya..

Maria Menado~ : betul tu, paras rupa ,harta dan wang, pangkat dan gelaran itu semua boleh hilang...haruslah ikhlas dlm memberi dan menerima cinta..:)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...