Translate

Monday, February 25, 2013

Puisi: Menghukum Dan Dihukum



Melihat dengan mata,
Mendengar dengan telinga,
Menghukum dengan mudah...
Semudah satu dua tiga....
Kamu manusia suka menghakimi,
Lagak mahu menjadi hakim tidak bergaji,
Suka berhabis waktu dengan mengumpat dan mengeji,
Hati kamu pula penuh hasad dengki,
Hati kamu itu penuh nanah bersulamkan iri hati,
Itulah dia hati yang telah mati,
Mati tanpa rasa belas ehsan pada manusia yang kamu hakimi,
Sedangkan kamu juga tidak pernah mahu memahami,
Malah tidak pernah mahu menasihati,
Terus saja dikeji dan dihukum begitu kejam sekali,
Mudah kamu berkata itu ini,
Kerana kamu tidak berada di situasi itu dan di ketika itu,
Banyak benar yang salah di mata kamu,
Entah apa yang betul aku jua tidak tahu,
Seperti kamu sahajalah manusia yang sempurna,
Ya, kamu sahaja lah manusia yang tidak punya cacat celanya,
Silap kamu disorok di kaki lima,
Silap orang dibuka dijaja merata-rata!


P/s: Puisi ini adalah coretan ilham sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik log ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan puisi ini di siarkan semula dalam apa jua medium.

Kredit gambar : google image...

3 comments:

C.T.K said...

mereka yang suka membuka aib org lain ni kena cermin dulu diri ..tiada yang sempurna melainkan tuhan..erm..

Maria Menado~ said...

=(

kadang2 org sekeliling macm xmemahami..

Sya_Merpati Putih 88 said...

C.T.K : tahu takpe, mungkin mereka yg suka menilai org itu seakan terlupa untuk menilai diri mereka sendiri...lumrah manusia begitu suka menghukum insan lain, padahal dirinya sendiri tidak suka dihukum..

Maria Menado~: susuah kita nak fahamkan org lain, apatah lagi jika org itu mmg tak mahu memahami..=,="

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...