Translate

Sunday, April 15, 2012

Cerpen: Cinta Yang Tersorok



Ini kisah dua hati yang saling mencintai, tapi punya ego dan emosi yang tinggi...
Lebih suka menyepi diri dan pergi tanpa pesanan...
Saling mencintai tapi tak mahu di luah...
Bimbang perhubungan akrab sebagai sahabat baik sebegitu lama akan berubah dan terputus andai cinta bertepuk tangan sebelah..
Tapi jika cinta tak langsung diluah  bagaimana mahu tahu ?

Satu hari..
Si gadis mahu bertemu si jejaka sahabat baiknya itu...
Tapi...
Si gadis terlihat si jejaka pergi bersama gadis-gadis lain...
Dia rasa kecewa...
Lalu terus sepi kan diri, enggan diri dikecewa lagi..
Si jejaka tertanya-tanya hilangnya gadis begitu sahaja tanpa sebab..
Kemana kah perginya sahabat baiknya itu..?


Setelah sekian lama tidak bertemu..
Si jejaka terserempak dengan si gadis,
Si jejaka mula mendekati dan ingin bertegur sapa bertanya khabar sahabat baiknya itu..
Tapi gadis itu terus bangun dari duduknya pergi meninggalkan jejaka tertanya-tanya..
Si jejaka terus mengejar si gadis,
Lalu mata bertemu mata,
Namun bibir tetap kelu untuk berkata cinta!

Jejaka "Kenapa awak senyapkan diri begitu sahaja? Mana awak menghilang selama nie...? Saya ada buat salah apa-apa ke..?" bertubi-tubi soalan si jejaka..

"Saya sibuk dengan kerja yang banyak dan saya tahu awak pun sibuk, jadik saya tak nak kacau awak..Awak tak salah apa-apa, saya yang sibuk.."

"Ye ke macam tue..? Atau awak ada sorokkan apa-apa dari saya..? "

"Tak..Mana ada..Saya tak sorok apa-apa..Betul lah saya sibuk sekarang nie.."

"...Kenapa awak tak call atau sms saya..? Sibuk sangat ke awak, sampai dah tak boleh nak contact saya macam dulu-dulu..Dulu awak selalu jer sms dan call saya..?"

"Saya tak nak gangu awak..Lagipun awak dah ade GF jadi saya tak nak GF awak marah saya & anggap saya nie pengacau..walaupun hakikatnya tak begitu kan.."

"Saya mana ada GF..Macam mana pulak awak boleh cakap macam nie..?"

"Dua bulan lepas saya terserampak awak keluar dengan perempuan tue & kawan-kawan dia..Awak dan dia nampak mesra dan serasi..Tapi awak memang tak nampak saya masa tue.."

"Tak..dia bukan GF saya dia hanya kawan sahaja...awak jangan salah faham.."

"Habis, kalau dia bukan GF awak..kenapa awak senyap kan diri sahaja, saya call atau sms awak sebelum kejadian tue, awak buat tak endah jer..Lagipun awak dengan dia nampak mesra.."

"Saya sebenarnya keliru dengan awak.. ..."

"Kenapa pulak?"

"Sebab awak layan saya baik sangat macam saya kekasih awak..Yelah awak selalu ambil berat, bagi nasihat kat saya..Tapi kadang-kadang awak buat tak tahu jer kat saya...Slumber jer..Kadang-kadang tue saya rasa awak ni macam perlukan saya bila awak susah jer..Yelah bila awak susah ada masaalah awak jumpa saya, lepas tue awak buat tak tahu jer..senyap macam tue jer..Susah saya nak teka hati awak ni macam mana..."

"...Erm..Kita kan kawan macam yang awak selalu cakap lah kan..kawan baik..Jadi sebagai perempuan takkan saya nak lebih-lebih pulak...Lagipun awak selalu jer  ade masa dengan kawan-kawan perempuan awak tue sampai kadang-kadang awak lupakan saya...Saya rasa macam saya nie terhegeh-hegeh nak kena contact awak selalu padahal awak buat tak tahu jer kat saya..."

"Sebenarnya saya sengaja buat macam  tue..."

"Sengaja??? Untuk apa..? Untuk sakitkan hati saya? Sampai hati awak!"

"Ya, sengaja nak uji awak sama ada awak sayang saya ke tak..Saja nak uji awak cemburu ke tak bila saya dengan perempuan lain..Sebab saya rasa awak nie macam orang takde perasan pun ada...Yelah bila saya puji perempuan lain cantik, cute, jelita awak tak pernah nak marah."

"Saya memang tak berhak nak marah atau cemburu, sebab saya hanya kawan baik awak.."

"Jadi awak memang tak sayangkan saya? Sekelumit pun takda perasaan sayang dekat saya?"

"Saya sayangkan awak sebagai sahabat dan tak lebih dari itu..Dahlah saya nak balik.."  Si gadis sudah mahu berlalu pergi dari situ secepat mungkin..

"Nanti! Tunggu dulu..Betul ke awak tak sayangkan saya? Saya nak awak jawab dan pandang mata saya.."

Si gadis menoleh dan hanya memandang wajah si jejaka tapi lidahnya masih kelu untuk bekata...

"Baiklah, dari cara awak pandang saya boleh tahu awak memang sayangkan saya kan..tapi awak malu nak cakap..Betul tak?"

"Takdelah mana ada, pandangan mata boleh menipu..!"


"Kenapa lah awak nie ego sangat dan susah nak lembutkan hati..? Saya nie tak cukup handsome lagi ke di mata awak..?"

"Dah lah saya nak balik! Mulai hari nie kita putus sahabat! Saya malas nak jumpa awak lagi dan awak jangan cari-cari saya lagi. Awak pergilah dengan kawan-kawan perempuan awak yang cantik, cute dan jelita tue.."

"Awak cemburu? Jadi awak sayangkan saya?"

"Tak ..tak langsung.." Si gadis terus berlalu dan langkahnya makin dipercepatkan, kelihatan seperti orang masuk pertandingan lumba lari lagaknya.


"Awak...! Tunggu..Ada kereta kat depan tue!" Si jejaka memberi amaran, namun nampaknya si gadis masih terus berjalan dengan laju tanpa menoleh. Si jejaka terus berlari mendapatkan si gadis untuk menyelamatkannya dari di langgar kereta itu. Mujurlah dia pantas dan si gadis terselamat dari menjadi mangsa langgar lari oleh si pemandu mabuk itu. Tapi malangnya si jejaka pula yang cedera, parah juga kelihatannya. Pemandu kereta itu pula terus memecutkan keretanya meninggalkan kawasan itu.

"Awak..Maafkan saya..Saya selalu menyusahkan awak..Sebenarnya saya pun sayangkan awak tapi saya segan nak bagitahu...Awak bangunlah, Awak bangunlah saya taknak awak tinggalkan saya..Awak saya tak boleh hidup tanpa awak.." Si gadis menangis teresak-esak dan dia kelihatan begitu kesal sekali, namun apakan daya kemalangan itu telah berlaku..Dia terus mengoncang tubuh kaku itu..



Si jejaka membuka mata, lalu tersenyum memandang si gadis. "Awak... akhirnya awak cakap jugak yang awak sayang kat saya..Awak..Saya pun sayangkan awak..Saya tak kisah kalau saya mati sekalipun tadi asalkan saya dapat pastikan yang awak selamat..Saya tak nak awak cedera dan saya snaggup buat apa saja janji awak bahagia dan selamat walaupun sekarang nie saya sedang cedera.."

"Tapi saya taknaklah sampai awak mati, sebab saya sayangkan awak jugak..."

"Awak..Sudi tak awak jadi isteri saya..? Suri hidup saya dan ibu kepada bakal anak-anak saya...?"

Si gadis hanya tunduk dan tersenyum seraya mengangukkan kepala.

"Awak jomlah saya hantar awak pergi hospital..Luka awak nie parah.."

"Tak payah pergi hospital pun tak apa..Saya dah ok dan saya rasa gembira dah sekarang nie..Sangat bahagia..ehehehe.."

***

Beberapa bulan selepas itu, iaitu selepas si jejaka pulih sepenuhnya dari kemalangan itu mereka berdua pun bertunang dan tiga bulan selepas itu mereka bernikah dan melangsungkan majlis resipsi persandingan dengan cukup meriah sekali..Sepanjang tempoh perkahwinan,mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata..Dan  pada ulang tahun hari perkahwinan mereka yang ke 25, anak-anak nya  telah bertanya sesuatu keapda papanya...

"Papa..Macam mana papa boleh tackle mama dulu-dulu?"

"Yelah kita orang nak tahu jugak..Susah tak papa nak tackle mama dulu-dulu..?

"Mama awak nie ego dan degil..Memang susah nak di tackle..Tak pernah nak mengaku yang dia sayangkan papa..Satu hari tue masa papa cuba nak tackle dia, tapi dia buat tak tahu saja...Sampailah ada kereta nak langgar dia. Lepastu papa selamatkan dia, masa tulah baru dia cakap yang dia pun sayangkan papa..Kejam kan mama kamu..Agakanya kalau tak kerana kemalangan tu  sampai kesudah pun dia tak nak cakap yang dia sayangkan papa "

"Mama sayang papa, sebab papa ikhlas dan dia sanggup lindungi mama walaupun masa tue keselamatan dia sendiri melayang..Dan dari situ mama dapat rasakan yang papa sayangkan mama memang betul-betul ikhlas.."

"Cinta dan sayang abang pada sayang takkan pernah berubah dan abang harap perkahwinan kita akan kekal selamanya..."

"Sayang pun harap kita kaan kekal hingga akhir hayat selamanya..Sayang pun sayang abang.."


_TAMAT_


P/s:-Cerpen pendek  ini adalah kisah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa..Ia hanyalah hasil karya nukilan penulis blog ini. Hak Cipta Terpelihara...

~Kredit gambar:google image.










14 comments:

reenapple said...

sweet.. tapi bagi aku.. lebih baik persahabatan itu dikekalkan.. =)

Cik Yatt said...

berbakat

MawardiYunus said...

jiwang nye :P

BlueiceButterfly said...

~alahai sweetnya..hehe suka2 :)

Aina said...

Ahha..nice.quite simple tp mencuit emosi:*_*

Dak Fisha said...

follow sini yer. #236
jemput ke blog sy
http://coretandakfisha.blogspot.com/

diana bochiel said...

bagus... itu bahasa mana ya?
ada beberapa yg ga tau artinya tp intinya tau :)

Harga Trica Jus said...

like this...!

Nelly The Strange said...

ouch , so sweet ! hampir nak nangis ~
:(

Solihin Zubir said...

mujur tak mati..

kalau mati, pasti menyesal tak sudah disebabkan terlalu ego menjadi punca kematian..

Kesuma Angsana said...

sweet n i like tis!

Kesuma Angsana said...

so sweet n i like tis!

Terbang Bersamaku said...

reenapple : ya, mmg sebaiknya begitu...kekal menjadi sabahat dgn ikhlas tanpa simpan perasaan cinta... tapi cinta itu boleh hadir tanpa kita jangka...


Cik Yatt: terima kasih..btw, masih banyak yg perlu di perbaiki..
sedang mencuba2 menulis cerpin smeula..:)



BlueiceButterfly & Aina: terima kasih B.Butterfly dan kak aina...:) btw, sebnarnya idea asal nk buat entry biasa tapi terus jadi mcm cerpen pendek...nama watak pun takde..uhuhu..


Dak Fisha : terima kasih kerana sudi singgah..sy dah jengah blog awak..salam perkenalan ye...=)

diana bochiel: owh dalam entry ini saya menggunakan bahasa malaysia,tapi ada juga saya selitkan bahasa-bahasa singkatan...cth GF itu sebnarnya membawa maksud Girlfriend...

Harga Trica Jus : terima kasih sudi singgah dan sudi baca...:)

Nelly The Strange: jaganlah nangis ye...:)

Solihin Zubir: sebenarnya kan, mmg sy rasa nk buat watak lelaki tue meninggal dunia. Tapi pembaca baisanya mmg suka happy ending jadi sy pun tulislah dia hidup..uhuhu..;)

kat dunia nie mmg ade perempuan yg egonya tinggikn...


Kesuma Angsana: terima kasih sbb sdui singgah dna baca entry tak sebarapa nie...:)

Namee Roslan said...

tak dapat expect.kadang2 bikin manusia jadi keliru juga dan unexpected. cinta libatkan hati. sbb tu saya takut untuk get involve sbb saya tahu hati sy tak kuat. :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...