Translate

Thursday, April 5, 2012

Istilah "Jaga Tepi Kain Orang"

Hai Semua...

Kamu pasti pernah terdengar istilah "jangan jaga tepi kain orang" kan? Maksud istilah nie ialah jangan ambil tahu hal-hal yang berlaku pada orang lain..Ye, jangan ambil tahu dan jangan cuba-cuba nak ambil tahu atau masuk campur! Kamu rasa istilah nie boleh diguna pakai atau tidak..? Secara jujurnya saya rasa istilah nie di salah ertikan bila wujud individu-indivu yang menyalahgunakan istilah itu..Ok untuk tidak memeningkan kepala mari kita lihat perbezaan antara "istilah jaga tepi kain orang" yang betul dan yang salah:-


Situasi #1:-Kes Culik / Orang Hilang

Yang betul: Bila kamu tahu ada  orang yang kamu kenali hilang atau berkemungkinan kena culik tak kiralah sama ada dia keluarga kamu, kawan kamu atau jiran kamu, kamu tolong usahakan untuk sama-sama mencari individu yang hilang itu (walau dengan apa cara sekalipun)  dan berusaha tenang kan hati keluarga orang yang hilang itu supaya jangan terlalu panik. Kamu juga beri bantuan dnegan buat laporan ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Yang Salah: Bila kamu dengar ada berita orang hilang, kamu terus buat dakwaan yang ukan-buakan sedangkan kamu sendiri tak tahu situasi sebenar. Malah kamu sebarkan pula dakwaan kamu (yang eblum tentu sahih itu kepada banyak orang). Contohnya kamu berkata begini: "Alah..Tue kalau budak perempuan lari dari rumah tak lain mesti ikut jantan lah tue..Gatal sangat.." " Nie mesti family dia bermasaalah itu pasal anak dia sampai lari dari rumah" "Sape suruh mak ayah dia cuai sangat jaga anak.." . Sedihkan berkata seperti tidak pernah fikir perasaan orang yang sedang kehilanag orang yang disayangi, sepatutnya kamu tolong cari bukan tolong buat gosip!


Situasi #2: Cedera , Sakit Dan Kematian


Yang Betul:  Apabila ada orang yang kamu kenali seperti jiran, saudara-mara, rakan taulan yang sednag sakit atau sednag mengalami kecedaraan  kamu lawatinya dan kemuidan hantar dia ke klinik atau hospital berhampiran. Kamu beri bantuan kecemasan yang simple contoh: balut luka dia sementara nak tunggu masa ke hospital. Malah jika kamu ternampak seseorang pengsan (walaupun orang itu kamu tak kenal) maka kamu berilah prtolongan terdaya yang mampu telifon ambulance misalnya..Jika ada berlaku kematian lawati keluarga si mati (tanpa perlu di jemput/ diundang). Melawat dengan hati yang ikhlas, tolong apa yang patut, hulurkan sumbangan dari segi tenaga dan wang ringgit, serta janagn lupa beri kata-kata semangat kepada kelaurga si mati untuk teruskan kehidupan...

Yang Salah: Apabila kita tahu ada orang yang sakit atau cedera kita langsung tak ambil tahu, amlah buat-buat tak tahu..berkata pual di dalam hati begini "Alah lantak dialah nak sakit ke ape..Pandai-pandai dia lah nak gi klinik ke apa..Takkan aku ank hantar pulak..? Lagipun aku bukan Doctor nak tolong ubat sakit dia tue.." " Entah-entah dia tue saja buat-buat sakit tak, nak tarik perhatian lah katakan..Biar orang simpati lebih kat dia..". Bila ada  berlaku kematian, kamu pergi melawat tapi dnegan hati yang tak berapa ikhlas. Contohnya kamu berusaha untuk tahu kelemahan dna aib si mati kemudia kamu sebarkannya pula dengan berkata begini.."Kamu tahu tak mayat dia tue punyalah seksa nak masuk dalam kubur..Ish..Mesti dia bayak dosa tue..blablabla.."


Situasi #3: Kes Rompak , Ragut Dan Lain-Lain Jenayah


Yang Betul: Bila kamu tahu yang jiran kamu balik kampung atau taida di rumah, kemudian kamu ternampak kelibat individu-individu yang mencurigakan kamu terus call jiran kamu dna beritahu dia apa yang kamu nampak kemudian tanya dia samada orang yang masuk rumah dia tue memang tetamunya atau "tetamu yang tak diundang aka perompak! Kamu laporkan ke pihak polis jika telah sahih yang ornag itu adalah perompak. Malah jika ada individu yang kamu kenali menjadi mangsa dera, kamu nasihati nya supaya buat laporan polis dan hantar dia ke klinik untuk dapatkan rawatan. Jika kamu tahu tentang sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan sekitar, kamu buat laporan polis dan buat tindakan pencegahan untuk mengelak kegiatan itu lebih berleluasa(mesyuarat dengan ahli rukun tetanga-kejiranan).

Yang Salah: Kamu buat tak tahu saja... Dan kamu berkata begini .." Lantaklah, kubur masing-masing..kalau kena rompak pun rumah diaorang bukan rumah aku!"




  Pendapat saya mungkin istilah "jangan jaga tepi kain orang" nie wujud apabila ada individu-individu yang suka ambil tahu keadaan orang lain dengan cara yang salah. Iaitu dengan ambil tahu masaalah yang dihadapi orang lain bukan bertujuan untuk mebantu malah bertujuan untuk  menabur fitnah dan mengumpat pula! Jadi jika istilah "jaga tepi kain orang" digunakan dengan cara yang betul iaitu dnegan ambil tahu keadaan orang di sekitar kita dengan niat untuk membantu masaalah yang dihadapi mereka dengan sedaya yang kita mampu dna seikhlas hati kita tanpa mengharapkan balasan dan tanpa mengumpat, memfitnah + membuka aib individu yang kita tolong saya rasa istilah ini bagus digunakan. Malah istilah ini (jaga tepi kain orang) jika diguna dengan cara yang betul ia membawa erti yang baik iaitu saling berkerjasama dan mengambil berat + perihatin dengan masaalah yang berlaku di sekitarnya. Saya rasa jika nilai sebegini di pupuk pasti kes-kes gejala sosial seperti remaja melepak di cyber cafe, ponteng kelas, merokok, ambil dadah, curi , samun dan ragut serta lain-lain lagi pasti dapat di kurangkan atau dengan lebih tepat mungkin juga akan dapat dicegah terus.

 Sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku  dan tidak mahu menolong ini lebih cenderung kepada sikap yang tidak elok iaitu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain dan keadaan sekeliling. Janganlah bersikap begitu, kerana kita hidup di planet bumi ini pun berkongsi dengan individu-individu lain malah kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Kita juga perlu lah amalkan sikap sayang menyayangi dan bukan menzalimi..Jadi tidak ada salahnya jika kita mengamalkan sikap mengambil berat, perihatin dan saling bantu membantu dalam mengahdapi apa jua masaalah..Apa Yang Penting..? BEKERJASAMA..!


P/s: Entry ini hanyalah sebuah luahan pendapat penulis blog ini tentang isu ini. Kredit Gambar google image..
Fuhh dah lebih sminggu tak update entry, tetiba taip entry panjang terus..Maaf agak bz tak sempat nak update selalu..:(
~Akan diusahakan untuk taip entry secara aktif macam tahun lepas...huhu..~

12 comments:

Nor Nadiah said...

betul..lain org lain gaya..ada yg suka jaga tepi kain org dgn mengumpat..

p/s :: xde la rajin mana pon..:D

ZYASH said...

Terima kasih wish tadi... Yup... Insyallah zy akan buat yang terbaik...

Cik Yatt said...

ade mmbe sorg mcm ni..errr..geram

Hana Soffelia said...

Ada pro and kontr bla nak jaga tepi kain org. Kadang2 kita ni prihatin dgn nsb org tu, sbb tu ambk tau. kadang2 terlebih ambik tau smpai g sebar bnda buruk kt org lain, xelok. So, berpada2lah nak jaga tepi kain org.

Cik Ecah said...

jgn mudah membuat andaian kan...
kte cuma membaca dan mendengar je...
tp xtau cerita sebenar benarnya...

yg baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan....

~AmyLiana86~ said...

biasala tukan fitrah manusia..huhu

kay_are said...

camtu r yang sebaik baik nye.. amek tau ngan care yang betul.. tapi kebanyakan orang just amek tau ngan tujuan untuk disebarkan pade orang lain pulak.. tu yang tak best tu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

disebabkn semua bercita, cita nak jadi hakim, tu yang diorng suka jaga tepi kain tu

Namee Roslan said...

pendek kata manusia kebanyakan nya suka jaga hal orang bukan ikhlas nk tolong. tp nak sibuk je. so lebih baik jgn campur kalau tak punya niat yg ikhlas. :) end up jd fitnah pula bila kita jaja cerita :)

sergeant keroro said...

ada keadaan yang perlu, ada keadaan yang tak patut =)

Kesuma Angsana said...

ada baik n buruklah so kena pandai2 lah

Terbang Bersamaku said...

Nor Nadiah :- huhu..betul tue..tapi kalau bab2 mengumpat nie mmg tak elok untuk di amalkn tapi mmg ramai yg suka buat xtvt mcm nie..uhuhu..

ZYASH : smaa-sama..goodluck ye..study elok2..:)

Hana Soffelia: sy setuju dgn kak hana..kadang2 bila kita ambil berat dikatanya kita menyibuk...

~AmyLiana86~ : manusia mmg mcm2 ragamnya..hati lain2...huhu..

kay_are: tue namanya amik tahu dgn cara yg salah..tp sedihnya ramai pula yg bersikap bergitu..

Muhammad Saiazuan Norhalik :yup, mungkin mereka rasa menghukum orang lain lebih baik dari membuat penilaian terhadap diri sendiri..=_=

Namee Roslan: yup, setuju dgn namee..semua bergantung pd niat kita jugak, kalau dah mmg tak nk tolog tak layah amik tahu..dri amik tahu then jaja fitnah..

sergeant keroro :- yup bergantung pada keadaan dan pada niat kita juga...

Kesuma Angsana :- yup kena tahu bezakan yg baik/buruk di sebalik bersikap sebegitu...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...