Jika diberi kesempatan untuk
memilih jalan hidup yang bakal / akan kita lalui, pasti kita akan pilih yang
paling sempurna bukan...? Semunaya serba sempurna dan indah belaka. Senang
lenang, langsung tak susah. Tapi takdalah cabarannya. Mana ada manusia yang
hidupnya langsung takda masaalah... ? Tapilah selalunya dalam filem atau drama
tv jalan cerita pun macam dah cliche sangat. Kadang-kadang terlalu sempurna pun
ada. Nah, kat bawah nie saya dah senaraikan ciri-ciri kesempurnaan hidup
seperti yang selalu tergambar dalam drama tv / filem:
1. Baru habis belajar dah dapat jawatan
besar & gaji besar (CEO)
Ini bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau family kamu
memang ada business besar, maka senanglah nak dapat peluang kerja dekat company
family sendiri. Kalau kamu anak orang berpengaruh senang nak dapat jawatan
besar. Pendek kata tak payah susah-susah macam orang lain nak kena berpehempas
pulas cari idea nak buat resume & cover letter, dan tak payah tiap-tiap
hari nak cari kerja dekat website-website pengiklanan kerjaya / suratkhabar.
Tapi berapa ramai yang nasibnya sebaik ini? Zaman sekarang nie ramai graduan
susah dapat kerja. Saya pun pernah melalui situasi itu. Hari-hari tengok kat
website jobstreet etc dan suratkhabar semata-mata nak tengok jawatan kosong
lepas tu apply. Pusing kawasan industri dan bandaraya cari-cari kerja kosong
dan direct hantar resume. Pergi interview sana sini. Semua tu saya dah lalui..
Jadinya tak salah pun bermula dari jawatan rendah dahulu, cari pengalaman.
Lepastu bila kamu dah ada pengalaman boleh apply kerja jawatan idaman kamu tu
2. Baru kerja dah pakai kereta besar dan
kereta import (BMW , Mercedes)
Kalau dalam drama tv tu kereta watak utama
mesti nak besar ajer. Kerja tak sampai sebulan dah keluar kereta mewah. Ok,
kalau kamu berasal dari keluarga kaya raya dan korporat memang tak
mustahil. Mungkin jugak gaji kamu besar, jadi setakat nak bayar duit kereta ape
adehal ye tak? Small matter jer... Reality nya berapa ramai yang bernasib baik
begini? Berapa ramai yang lepas habis study terus dapat kerja yang gaji besar?
Reality nya ramai jer yang baru-baru nak mula kerja terpaksa share kenderaan
dengan kawan, naik kenderaan awam, naik motor biasa ajer atau guna kereta
keluarga yang dah lama digunakan. Lepas dah dapat gaji barulah menabung kumpul-kumpul
duit, barulah lah boleh beli kereta tempatan. Kalau nasib baik baru dapat
kereta import.
3.
Rumah besar dan mewah (bungalow / villa mewah)
Nie lagi satu hal, kalau dekat dalam drama tv tu baru jer kerja /
kahwin terus duduk rumah mewah bungalow / villa terus, paling kurang pun condominium.
Kiranya rumah pertama terus rumah mewah. Rumah-rumah biasa nie tak main. Amboi...
Ini pun bergantung rezeki jugak. Kalau dah family kaya, atau gaji besar, ada
business yang masyukk memang logik sangat. Reality nya bagi kita yang berasal
dari family biasa-biasa dan gaji biasa-biasa nie bukan mudah nak beli rumah
mewah sebagai rumah pertama. Ramai jer orang yang baru nak mula kerja yang
duduk dengan keluarga ataupun menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan tak pun
sewa bilik jer. Ramai jugak yang dah nak kahwin tapi masih tercari-cari rumah
yang sesuai untuk duduk lepas kahwin. Rumah sewa pun makin lama makin mahal.
Nak beli rumah pun harga rumah makin mahal.
Mujur zaman nie ada skim Rumah Mampu Milik. Nak beli rumah pun kena standby booking fees, legal fees dan deposit
tu semua. Tu semua memerlukan duit, dan perlulah disimpan. Jadi tak salah pun
kalau mula-mula duduk rumah sewa, lepas tu beli rumah kecil pun takpe, bila dah
ade duit lebih baru duduk rumah size sederhana, kalau ade rezeki baru upgrade
jadi rumah mewah.
4. Pasangan cantik + tampan
Ini biasa, sebab biasanya watak
hero dan heroin mesti nak yang tampan + cantik, kira sama cantik sama padan bak
pinang dibelah dua gitu. Hakikatnya, kita tak boleh menilai tahap keserasaian
dan kebahagiaan pasangan tu berdasarkan rupa paras sema-mata. Siapa kita nak
menilai orang lain? Sudah terlalu sempurna sangatkah kita?
Akhir kata, walaupun hidup kita taklah sesempurna seperti senarai di atas, tapi itu tak bermakna kita tak boleh hidup bahagia. Bahagia itu subjektif. Hiduplah secara sederhana mengikut kemampuan kita. Jika dikurniakan rezeki lebih tak salah untuk hidup mewah (ikut kemampuan). Tapi, usah dipaksa untuk kelihatan sempurna di mata masyarakat hingga sanggup bergolok bergadai, hutang keliling pinggang semata-mata nak nampak gah dan mewah. Mungkin jalan hidup kita agak sukar dan taklah mewah atau kaya raya seperti drama tv. Tapi itu semualah yang akan menjadikan kita seorang insan yang berdikari, sabar , tabah dan cekal serta tahu menghargai kehidupan.
Entry ini hanyalah ilham picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Selamat malam... Sumber gambar : google image.
4 comments:
kalau cite yang ada tayang realiti kehidupan, memang trending la..
Kan... majoroti cerita kat tv banyak yg tak papar realiti "cabaran hidup" zaman sekrang nie...cerita nak gempak2 n best2 jer...
hahah akan kita nak sama mcm tv susah ler.. contoh dpt husband mcm tu puiii takder makna.. hahaha.. kita jer pulun tgk hero kalo lah dpt mcm ni best gilerrr dah la kaya hensem wakakak
Kalau dapat yang macam tu kira pakej org kata...tp takpe, yg penting dia bertanggungjawab n syg +terima kita seadaanya pun dah kira beruntung...
Post a Comment