Translate

Friday, October 22, 2010

Bulan Kesedaran Kanser Payudara



Kita sedia maklum yg bulan oktober adalah bulan  kesedaran kanser payudara..
Sebagai wanita / gadis payudara adalah aset terpenting dlm diri kita semua..
Boleh kita bayangkan jika kehilangannya??
Pasti merasa rendah diri..

PS:- Teruskan pembacaan jika kamu seorang perempuan / wanita 

INFO:-
Di Malaysia dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara

Jadi kita sebagai wanita / gadis haruslah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) secara berkala..
PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid).
Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Berikut adalah cara-cara melakukan PSP:-

Berdiri di hadapan cermin

  • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

  • Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.



Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke
klinik kesihatan yang berhampiran.
• Ketulan yang tidak sakit
- Di payudara atau ketiak
• Ruam yang berterusan 

- Sekeliling puting
• Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
• Perubahan pada kulit 

- Bengkak dan menebal 
- Berlubang 
- Permukaan kulit yang berkedut
• Puting tertarik ke dalam


Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
• Ujian darah
• Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
• Core needle biopsy
• Ultrasound
• Mammography


P/S:- info nie sy dpt hasil dari pencarian sy di google..sy sangat berminat untuk share kpd anda semua sbb ibu sy juga mengidap penyakit seperti ini... 

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...