Masa zaman sekolah dulu kita ada belajar dalam subjek sejarah pasal manusia yang hidup di Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal ), Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan), Zaman Logam, Zaman Kesultanan Melayu Melaka...Kita berada di zaman mana??? Saya rasa kita semua boleh dikelaskan sebagai manusia yang hidup sebagai "Manusia Zaman Teknologi Canggih"...Kenapa saya takrifkan sebagai begitu..? Cuba lihat di sekeliling kamu, pasti ramai yang sedang sibuk menggunakan gadget gadget canggih..
Sekarang nie dah ade macam-macam website social media yang boleh kita guna untuk berkomunikasi antaranya ialah Twitter , Facebook , Google +, Foursquare, Linked in, Whatsapp, Line, Wechat, Instagram, Keek, Youtube, Photobucket, Picasa, Flickr, Tumblr, DeviantArt, Blogspot, Wordpress, Myspace, Hi5, Tagged , Friendster, MiRC, Yahoo Messenger, Msn Messenger, Google Talk,Skype dan macam-macam lagi...
Cuba bezakan zaman dulu-dulu sebelum ada benda-benda nie semua dengan zaman sekarang:-
1. Masa zaman tu kamu selalu jer hang out dengan kengkawan sama-sama, sekarang sudah jarang-jarang..Mungkin masing-masing sibuk dengan kerjaya..Tapi bezanya dulu kamu lebih kepada komunikasi dua hala secara berdepan, sekarang tidak lagi..Ramai yang lebih senang berkomunikasi dengan media sosial, lebih mudah katanaya..
2. Jika dulu-dulu public phone diguna oleh ramai orang, mereka gunakan public phone untuk menelifon makwe / pakwe (Boyfriends / Girlfriends) , mak ayah , kawan-kawan..Sekarang tidak lagi, situasi di mana ramai orang beratur dengan sabar semata-mata nak gunakan public phone untuk berhubung mungkin sudah tiada lagi..
3. Jika kanak-kanak zaman dulu gemar bermain permainan tradisi seperti layang-layang / wau, gasing , batu seremban, ceper, congkak, galah panjang, teng teng etc..Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar bermain game sorang-sorang dengan gadjet-gadjet canggih mereka, tidak ada lagi semangat setiakawan, tidak ada lagi komunikasi dua hala.
4. Orang zaman sekarang bila sedang berkomunikasi dua hala pun masih sibuk menekan-nekan gadjet canggih, ketika sedang bercakap dengan kawan-kawan, ketika sedang bercakap dengan pasangan, ketika sedang bercakap dengan clients masih lagi sibuk tekan-tekan gadjet mereka..Kadang-kadang ia menyebabkan kamu merasa jengkel dan geram, bila dia sedang bercakap dengan kamu tapi sibuk tekan-tekan gajet update status / main game..Ia membuatkan kamu terfikir "Dia nie nak cakap denganaku ke dengan handphone dia tu..????"
5. Manusia zaman teknologi canggih nie bila nak kemana-mana, nak buat apa-apa, semua nak di update status dekat laman sosial..Nak tidur update, bangun tidur update, nak makan update, nak solat update, nak berdoa update, nak keluar jalan-jalan update, nak berdating update, kalau boleh nak
6. Manusia zaman ini semua perasan yang tersirat di dalam hati lebih gemar meluahkan rasa di media-media sosial (biar semua orang tahu) berbanding manusia zaman dulu-dulu suka tulis di diari. Kalau geram terus tulis ayat caci maki, habis semua rasa geram terhambur..Kalau sedang sedih terus buat video nyanyi-nyanyi sambil keluar air mata, tak pun tulis-tulis ayat sedih tahap rabak..Kalau tak puas hati kat orang terus hack sana hack sini, takpun sebarkan jerlah aib orang tu, kalau orang tu baik tapi tetap tak puas hati sebab ada iri hati terus sebar-sebar gosip / fitnah guna teknologi canggih, edit-edit gambar / tulis cerita fitnah kemudian sebar..Orang dulu-dulu kalau bercinta tulis-tulis surat cinta takpun kad cinta, sangat segan kalau ada orang lain yang baca ayat-ayat cinta mereka. Orang-orang sekarang selamba ajer tulis ayat-ayat cinta untuk pasangan di media social secara terbuka, lebih bangga pula bila ramai yang memuji-muji...
7. Manusia zaman ini suka ambil gambar dan suka ambil video, kemudian upload di internet...Kalau boleh semua jenis gambar / semua jenis video nak di upload nya ...=,=" Kebelakangan ini terlalu ramai remaja yang gemar upload gambar / video mereka dengan aksi mesra-mesra / manja-manja / gediks bersama pasangan kemudian rasa bangga pula bila ramai orang yang like, share dan comment..Ada pula yang lebih daring sanggup upload gambar / video aksi lucah mereka untuk tatapan umum..Langsung tiada perasaan malu di situ..Ada pula yang suka pula rakam aksi orang bergaduh / kena buli / kena pukul..Tapi langsung tiada niat mahu membantu manusia yang sednag dipukul / didera / dibuli itu, hanya memmerhati sambil merakam kemudian sebar saja..Di manakah nilai kemanusian ? Di manakah rasa malu kalian...???
8. Apabila berlaku kemalangan jalan raya, banyak kenderaan yang memperlahankan pemanduan mereka dan ada pula yang sanggup berhenti, bukan menolong pun tapi sibuk tangkap gambar / video, kemudian update status...Langsung tak nak menolong selamatkan orang yang sedang kemalangan, hendak telifon ambulans pun tak mahu (tak cukup kredit katanya). Macam nie ke yang kita mahu..??
Kesimpulannya kita tidak boleh menyalahkan social media, technology dan internet sebagi punca manusia zaman ini sebagi selfish, gila glamour, suka mencari publicity murahan, anti social, kurang bergaul, kurang gemar bermasyarakat, kurang gemar berkomunikasi secara bersemuka, dan pelbagai lagi jenayah siber..Kerana apa..? Teknologi itu dicipta tujuannya untuk memudahkan urusan harian kita, tapi sekiranya berlaku perkara negatif oleh kerana media sosial itu. Itu semua adalah disebabkan oleh kesalahan pengguna media sosial itu sendiri yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi yang di cipta itu. Kita manusia punya akal untuk berfikir, punya hati untuk menilai tapi media sosial dna internet tidak punya itu semua. Jadi jika berlaku masaalah sosial dikalangan remaja dan kanak-kank hari ini disebabkan oleh teknologi, usah salahkan teknologi tapi salahkan diri sendiri.
p/s: Entry ini hanyalah luahan pendapat sepenuhnya saya selaku pemilik blog ini (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com). Oh ya, entry ini adalah sambungan dari entry lama saya: Manusia mangsa teknologi atau teknologi mangsa manusia?
kredit gambar: google image..
Good night everyone, have a nice dreams..(^__^)
6 comments:
Hurm.. aku setuju. Aku rasa sebab itu kot, aku deactivated FB untk smentra waktu.
Selain, dengan tetiba je aku rasa palsu dengan benda alam maya. It'time to get a real life again.Nak get a real life. Life alam reality yg dah lama aku tinggalkan.
Ekekeke.
Btw, nice entry. =D
serious.....gadget memang membantu manusia tapi at the same time harm manusia jugak. setuju kamu cakap yg walaupun kita bual 2 hala., tapi satu pihak duk sibuk godek2 gadget, maybe tengah tengok instagram ke, tgk twitter ke. so perbualan jd tak berkualiti kan :B
bila isi dunia mula merubah segalanya....
salam ukhwah dari bunda..
bile nak tengok iron man cik merpati putih....joommmm!!!hihi
reenapple : tahu takpe kan..
real life lagi best..!
sy pun ade rasa nk deactivate fb tue, tapi tak boleh lah..sbb ramai kawan2 lama semua kat dlm tue.. huhuhu..:p
Namee Roslan : betul tue.. rasa geram jugak bila kita tengah cakap, then org tue godek2 gadjet...rasa mcm gadjet dia lagik penting..huhu.. :/
anak ayah : zaman sekrang nie dah terlebih canggihnya...huhu..
BUNDA a.k.a KN : salam ukhwah juagk bunda..
aishah nin : dah tengokn dah citer tue..kelmarin kita ajak kamu, kamu taknak pi..huhu.. :p
Post a Comment