Ape khabar..?
Semoga sihat sentiasa hendaknya...
Dalam entry ni saya akan ceritakan konsep persahabat mengikut diri saya..
Kiranya konsep persahabatan menurut pandangan kacamata dan naluri hati saya...
Chewah...siap berkonsep-konsep segala kan...:p
~~~
Jika kamu mahu bersahabat, usah terpisah kerana jurang yang tercipta...
Diriku ini bila bersahabat, diriku tidak kisah jika kamu dan diriku berbeza pendapat, berbeza minat, berbeza hobi, berbeza kefahaman politik, berbeza agama, berbeza taraf ekonomi, berbeza taraf pekerjaan, berbeza taraf pendidikan, berbeza bangsa, berbeza latarbelakang, berbeza asal usul, berbeza tempat...
Diriku ini bila mahu bersahabat, diriku tidak kisah akan rupa fizikal diri kamu (kerana pada pendapat diriku hati yang ikhlas lebih penting...diriku jua bukanlah seorang yang terlalu sempurna dari segi fizikal..maka siapalah aku mahu menilai rupa luaran kamu itu..?), diriku tidak kisah tentang latar belakang perangai lampau kamu (kerana pada pendapat diriku, semua manusia biasa sama saja, tidak ada yang terlalu maksum sampai tak pernah buat salah silap. Jadi siapalah diriku untuk menghukum kamu..?)
Pada pendapat diriku ini seorang sahabat itu ialah seseorang yang ikhlas dan jujur dalam menjalinkan ikatan persahabatan...Dia tidak hipokrit, tiada niat tersembunyi mahu menajdi sahabat kamu..Dia tidak juga menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan...
Seorang sahabat yang baik ialah, Seorang sahabat yang boleh menjadi pendegar yang setia apabila kamu sedang dilanda masaalah..Seorang sahabat yang boleh memberi nasihat, tunjuk ajar, teguran apabila kamu membuat silap atau tersilap langkah.. Seorang sahabat yang boleh memberi kamu kata-kata semangat, dorongan dan motivasi apabila kamu sedang dilanda masaalah...Seorang sahabat yang menayayangi diri kamu, mengambil berat akan diri kamu, perihatin akan diri kamu, mempunyai persaan simpati dan empati terhadap kamu..Seorang sahabat yang boleh ketawa dan menangis bersama..Seorang sahabt yang saling membantu dan saling memberi pertolongan bila perlu...Seorang sahabat yang setia bersama walaupun pelabagai fitnah datang mahu memisahkan persahabatan kamu berdua...Seorang sahabt yang walaupun sudah jarang berjumpa tetap saling bertanya khabar berita..Seorang sahabat walaupun telah terpisah jauh dan telah lama tidak berhubung tetapi masih berhubung ikatan hati, tetap masih saling merindui dan mengigati..
Kenapa apabila mahu bersahabat mahu pilih-pilih rupa fizikal, bangsa, warna kulit, size badan...???
Kenapa apabila mahu bersahabat mahu pilih-pilih taraf keluarga, pendidikan, ekonomi dan kerjaya...???
Kenapa bila bersahabat semua benda harus sama..? Minat sama, hobi sama , pendapat mesti nak kena sama , parti politik pun mesti jugak kena sama..??
Kalau tak sama pemikiran, tak sama minat, maka persahabatan yang telah bertahun-tahun lamanya itu mahu dibiarkan musnah hancur lebur begitu sahaja ke..??
Hanya kerana kamu berbeza pendapat, hanya kerana kamu berbeza parti politik kamu mahu bermusuh dan bermasam muka 24/7... ???
Sedarlah kamu yang kita semua masih tinggal di bumi yang bentuknya sfera ini ..
Kita semua masih bekongsi tempat di bumi ini...
Kita tidak boleh hidup seorang diri, maka haruslah bersahabat...
Mungkin kita berbeza itu ini..
Tapi usah kerana perbezaan itu kita mahu menjadi musuh pula..
Terapkan nilai toleransi..
Saling mengasihi bukan saling membenci...
Kita sebagai manusia memang tercipta berbeza rupa paras, berbeza etnik, berbeza bangsa ,berbeza keturunan, berbeza jua cara berfikir dan minat..
Tapi sedarkah kamu, jika kita semua tercipta sama dari segala segi, tidakkah hidup ini akan menjadi bosan..?
Kita tercipta berbeza begitu agar kita saling mengenali antara satu sama lain..
Saling merapatkan ukhwah..
Bukan mencipta jurang yang berbelah...
Kita semua ini saling perlu memerlukan...
Bersahabat itu lebih baik dari bermusuhan..
P/S: sekian sahaja coretan dari syaa..entry ini adalah sepenuhnya pendapat peribadi saya selaku pemilik dna penulis blog ini..maaf jika ada terkurnag kat mana-mana..
btw, jom tgok video ni :-
~Teman Sejati-Brothers~
12 comments:
Bila aku "jatuh tersungkur" hari tu.. baru aku sedar siapa sahabat, dan bukan sahabat.
Memang menyakitkan bila manusia yang kita sangka sahabat tak mahu hulurkan tangan pada kita bila kita jtuh tersungkur. Hanya biarkan sahaja kita dan langsung tiada inisiatif untuk menolong. Malah dimarahinya kita sebab tak pandang ke depan masa berjalan. :(
Aku suka entry ni. Tersangat! :D
Bila aku "jatuh tersungkur" hari tu.. baru aku sedar siapa sahabat, dan bukan sahabat.
Memang menyakitkan bila manusia yang kita sangka sahabat tak mahu hulurkan tangan pada kita bila kita jtuh tersungkur. Hanya biarkan sahaja kita dan langsung tiada inisiatif untuk menolong. Malah dimarahinya kita sebab tak pandang ke depan masa berjalan. :(
Aku suka entry ni. Tersangat! :D
sy syg kwn2 sy.xkisah apa pun yg dyeurg buat kt sy =')
sahabat sejati mereka yg sentiasa berada bersama, baik dalam suka atau duka...
yatt kawan dengan semua orang.. rupa paras tak penting.. yang penting hati :)
cari sahabay yg memahai tu mmg sukar
salam.. akak, akak ni naqibah utk usrah ke? sbb setiap entry akak kan sumenya ade pengisian yg sangat baik.. baguslah akak ni.. :')
nak tahu kawan kita sejati atau tidak nilai mereka ketika kita susah. sangat senang.
reenapple : yup, masa kita susah masa itulah baru kita boleh nilai hati sahabat kita...samaada dia sahabat sejati suka dan duka atau sahabat hanya ketika tertawa...saya setuju!
anak ayah : itulah yang terbaik... :)
BUNDA a.k.a KN s & suri : saya setuju...tapi sahabt sejati mmg sukar dicari...tapi apabila kita memiliki sahabt sejati dia umpama keluarga kita...
Cik Yatt : yup, betul tue cik yatt..itulah yang sebaiknya..usah pilih2 bila mahu berkawan...
Selipar Putus: tak dik...akak tak pernha joint usrah setakat nie..tapi teringin nak joint... :)
biase2 jer dik...akak hanya manusia biasa, yg tak lepas salah silap...
akak tulis atas dasar tanggungjawab sebagai penulis... :)
terima kasih sbb sudi bace ye.. :)
Redhuan samsudin : yup, steuju...kawan sejati akan menolong,menjadi pendengar setia, pemberi nasihat...menghulurkan bantuan...:)
sahabat .. susah nak jumpa sekarang kannn ~~
>.<
Nelly Strange: tapi ia masih ade, cuma susah nak cari..
Post a Comment