Translate

Tuesday, May 17, 2011

Puisi:Terima Kasih Cikgu


Cikgu...
Kau ibarat lilin yang menerangi kegelapan..
Cikgu...
Kau memberikan semangat dan harapan...
Cikgu...
Kau penyuluh minda yang dulunya kelam..
Cikgu...
Kau penunjuk jalan kebenaran..
Cikgu...
Kau pembakar semangat dikala hati ini lemah dan tak mahu lagi berjuang...
Cikgu...
Kaulah penasihat yang sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata nasihat... 
Cikgu...
Kau ibarat titi untuk menyeberang ke masa hadapan..
Tanpa kau, tidak akan adanya insan yang berjaya di dunia..
Tanpa kau, siapalah aku dan insan-insan lain di dunia...
Tanpa kau, aku takkan dapat mengenal huruf mahupun angka..
Tanpa kau, aku takkan dapat menulis dan membaca..
Terima kasih cikgu kerana didikan mu lahirlah insan berjaya di dunia..
Terima kasih cikgu, kerana telah mendidik ku tanpa kenal erti jemu..
Terima kasih ckgu, kerana telah mendidik ku dengan bermacam-macam ilmu..
Terima kasih Cikgu!



Nota:- Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang penerbitan semula adalah dirang sama sekali.Hakcipta Terpelihara.

Pesanan:- Puisi ini saya dedikasikan khas buat semua guru-guru yang pernah mendidik saya di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, jua kepada guru mengaji saya,kepada guru tusyen gaya pos, kepada pensyarah di cosmopoint yang mendidik saya semasa saya menghadiri kursus komputer,kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik, kepada guru yang membimbing dan mendidik saya semasa saya menghadiri kursus Train & Place, kepada guru-guru di yang menjadi pengawas peperiksaan semasa saya menduduki peperiksaanSTPM sebagai calon persendirian (sesi 2010),juga kepada rakan-rakan yang pernah berkongsi ilmu kepada saya,juga kepada sesiapa  sahaja yang pernah mendidik saya walaupun sebaris ayat atau secebis ilmu secara langsung atau secara tidak langsung.Tidak di lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang menjadi antara individu terawal mendidik saya...Selamat Hari Guru buat anda semua..Tanpa anda semua siapalah saya..Tanpa anda semua, saya takkan menjadi seperti saya hari ini..(Maaf lambat buat entry nie, sebab laptop saya tengah meragam sekarang nie..)

2 comments:

Alan Rizque said...

Sampai sekarang aku masih ingat jasa seorang cikgu yang membantu aku untuk berjaya..

Sya_Merpati Putih 88 said...

~Macam gtue lah yg sebaknya......tanpa guru siapalah kt smua kan..~(^__^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...