Kebelakangan nie kat surat khabar ada memaparkan beberapa kes pembunuhan atas dasar cinta...
Motif pembunuhan atas dasar cemburu yang keterlaluan dan dendam yang bersarang dihati apabila orang yang dicintai memutuskan perhubungan atau menolak cintanya..
Pendapat saya secara peribadi, tak perlulah kita menyimpan dendam di hati kepada orang lain apatah lagi hingga menyebabkan pembunuhan..
Sekiranya si bekas kekasih hati itu pernah melakukan kesilapan terhadap anda maafkan sahaja dia, Jika kesalahan nya itu adalah berat untuk dimaafkan maka lebih baik menggunakan pendekatan perundangan kerana setiap negara di dunia ini punya undang-undang.
Biralah dia di hukum seadil-adilnya atas kesalahan yang telah di perbuat itu dengan cara perundangan..
Tak perlu kamu bertindak melulu dengan membunuh orang..
Kerana akibatya sangat buruk bagi diri kamu, malah kamu boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup (Bergantung kepada sistem perundangan sesebuah negara)
Mahukah kamu mensia-sia kan diri kamu sebegitu?
Melakukan perbuatan sia-sia dengan memusnahkan masa depan dan mensia-siakan usia muda kmu itu dengan memusnahkan diri sendiri akibat cinta yang kecundang adalah perbuatan yang paling tidak wajar kamu lakukan..
Kecewa???
Ya, setiap insan yang pernah mengalami putus kasih pasti akan kecewa..
Tapi..Wajarkah kamu mengubati kekecewaan kamu itu dengan merosakkan tubuh badan sendiri...?
Jangan sesekali kamu mengambil dadah, alcohol atau pil tidur atau makan apa jua ubat untuk membunuh diri..!
Jangan kamu terjun bangunan atau mengantung diri semata-mata kerana kecewa cinta yang kecundang ditengah jalan..
Ingatlah..Masih ramai lagi insan yang lebih baik dari dia dan kamu layak untuk bertemu insan itu..
Percayalah..Lambat laun kamu pasti akan berjumpa juga dengan insan yang benar-benar mencitai dan menyayangi mu dengan seikhlas hati..
Tak perlu kamu tangisi atau membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dan merosakkan masa depan kamu sendiri demi seorang msnusia yang tidak lagi mencintaimu..
Saya ingin bertanya..
Wajarkah kamu merosakkan masa depan kamu dan meleburkan harapan keluarga kamu demi orang seperti itu..?
Adakah kamu akan jadi orang yanga gagal tanpa dia?
Adakah kamu perlu mati demi dia?
Sewajarnya, kamu membuktikan pada dia yang kamu boleh berjaya walaupun tanpa dia..
Ya, berjaya dalam pelajaran, kerjaya, serta bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan kamu..
Malah kamu perlu buktikan yang kamu akan jadi insan yang lebih berjaya dan lebih bahagia dari sebelum ini..
Jadilah insan yang kuat, sabar dan tabah..
Segala yang berlaku pasti ada hikmah..
Kamu tiada jodoh dengan dia bukan bererti hidup akan musnah..
Tetapi itu adalah petanda dia memang bukan untukmu..
Percayalah akan hadir sesuatu yang lebih baik dari itu..
Jika kamu sedang terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sekarang ini...
Saya minta kamu batalkan sahaja niat kamu itu!
Saya ingin bertanya kepada kamu..
Adakah dengan cara itu anda akan mendapat cintanya kembali atau ianya cuma atas dasar simpati...???
Cinta itu tak seharusnya menyakiti..
Cinta itu tak semestinya anda harus memilikinya..
Tapi cinta itu adalah kebersediaan anda untuk melihat insan yang anda cintai itu bahagia walaupun anda terpaksa melepasannya pergi bersama insan lain yang lebih di cintainya..
Ya, ianya memang pedih..
Tapi di sebalik semua kepedihan itu pasti ada hikmah disebaliknya..
Jika anda bersama dia, anda dan dia menderita dan hanya berpura-pura mencintai adakah itu yang anda mahukan..?
Cinta itu tak seharusnya ada paksaan..
Cintailah diri sendiri sebelum memberi cinta kepada orang lain, jangan pernah menggadaikan maruah,wang ringgit, nyawa pada cinta buta seperti itu...
Pesanan dari saya:-
~Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi sesuatu yang kamu cintai itu boleh jadi kamu membencinya dimasa hadapan kelak,Bencilah sesuatu itu sekdarnya sahaja, Kerana boleh jadi apa yang kamu benci itu akan kamu cintai suatu hari kelak..Maka dengan itu bersederhanalah dalam memberi ataupun menerima cinta..Kelak kamu takkan terlalu kecewa apabila perhubungan itu gagal ditengah jalan..~
Nota:- Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata, segala gambar adalah diperoleh dari Google Image.
2 comments:
jgn terlalu mendalami tentang cinta bila x bisa menerima kegagalan...cinta bisa bahagia dn bisa terluka..disakiti dan menyakiti hati
TopenG PuteH :- betul tue, cinatilah diri sendir dahulu , maka kt tidak akan merana jika org yg kt cinta menegcewakan kt..=)
Post a Comment