Ingin saya jelaskan dan tegaskan di sini bahawa Islam adalah agama yang Suci, Bersih lagi Syumul..
Islam Adalah agama yang Benar..
Islam bukanlah satu agama yang mengongkong kebebasan dengan segala macam peraturan..
Tetapi segala apa yang telah ditetapkan di dalam Islam itu sebenarnya membawa sejuta maksud yang tersirat dan membawa kepada keharmonian dan kejayaan manusia sejagat sehingga ke alam akhirat..
Islam mengaharamkan zina (Sex without marriage) kerana ia membawa banyak keburukan kepada manusia. Ianya akan menyebabkan kes-kes seperti pembuangan dan penguguran bayi yang tidak berdosa.Ianya juga membawa bermacam penyakit berjangkit kepada si pelakunya..
Ianya juga mencemarkan keturunan dan mencemarkan maruah diri, keluarga dan masyaraat sekitarnya..
Segala apa yang diharamkan itu pasti membawa seribu macam keburukan kepada si pelakunya dan alam sejagat maka sebab itulah ianya diharamkan di dalam Islam.
Segala apa yang dihalalkan itu membawa seribu macam kebaikan kepada si pelakunya dan alam sejagat maka dengan itu ianya dibenarkan..
Maka dengan itu janganlah di pertikaikan lagi akan segala apa yang telah ditetapkan di dalam Islam..
Janganlah pula kamu menidakkan segala apa hukuman dan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran..
Islam mengajak umatnya bersikap tolerasi dan bertolak ansur..
Islam mengajak umatnya senantiasa menghormati dan menyayangi antara satu sama lain..
Islam senantiasa menyeru umatnya melakukan kebaikan dan kebajikan kepada bukan sahaja sesama manusia malah juga kepada alam sekitarnya..
Manusia di lantik sebagai Khalifah di bumi Allah SWT, Maka dengan itu manusia perlu bertanggungjawab menjaga keharmonian sesama manusia dan alam sekitarnya..
Malah dalam Islam, Semua penganut agama Islam itu dianggap bersaudara walaupun berlainan darjat mahupun keturunan..
Islam itu adalah agama kedamaian, ketenteraman dan keharmonian..
Islam tidak pernah menghalalkan permusuhan, persengketaan dan pergaduhan..
Malah dalam Islam, Seseorang itu yang tidak bertegur sapa (bermusuhan)dengan seseorang Islam yang lain selama tiga hari maka hukumnya adalah haram ianya adalah berdosa...
Islam senantiasa mengajak dan menyeru umatnya melakukan kebaikan dan menjaga perhubungan yang baik bukan hanya kepada sesama manusia (walaupun berlainan bangsa, budaya dan agama) , malah jua kepada segala makhluk dan sekian alam..
Dan janganlah hanya selepas serangan 11.September.2001 maka anda, anda dan anda semua menuding jari dan mengatakan bahawa Islam adalah agama penganas???
Anda semua hanya pejam mata terhadap segala keganasan rejim zionis Israel keatas penduduk Palestin setelah sekian lamanya...
Ya, setelah sekian lamanya bumi Palestin itu dijajah dan dimamah oleh kekejaman zionis.
Mereka jua menderita akibat peperangan itu.
Berapa ramai nyawa-nyawa yang terkorban????
Berapa ramai pula kanak-kanak kecil ,wanita dan orang tua (orang awam) yang di tembak mati dan dianiaya sewenang-wenangnya.
Malangnya anda semua seolah-olah menutup mata dan telinga terhadap kekejaman itu.
Dan anda hanya memandang pada 11.September sebagai Isu besar yang dimodalkan untuk menyerang negara-negara Islam yang lainnya.
Lupakah anda akan nasib rakyat Palestin??
Dan mengapa tidak anda namakan sahaja rejim zionis sebagai pengganas???
Adil kah anda semua dalam menilai agama Islam ini..????
Saya cuma minta anda semua menghormati agama Islam ini.
Saya cuma minta anda perbetulkan persepsi anda terhadap agama Islam ini.
Janganlah anda melabel Islam sebagai pengganas.
~I'm Proud To Be A Muslim~
And
~I Love Islam~
Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah seorang Ustazah apatah lagi seorang Pendakwah.
Tetapi bagi pendapat saya, Saya pelu menjawab segala pertanyaan sebgini dengan cara berkhemah. Pendapat saya sebagai seorang muslim saya juga bertanggungjawab untuk memperbetulkan segala salah tanggapan terhadap agama Islam ini....
Nota: Segala gambar adalah diperoleh dari Google Image..
2 comments:
boleh x saya nak gunakan ayat awak sebagai video typography?
Berkhemah?
Post a Comment