Translate

Sunday, May 15, 2011

Buli Membuli Dijalan Raya


Kita semua adalah pengguna jalan raya. 
Ta kira lah sama ada menggunakan kereta, motor, lori, van, mpv,basikal dan tak terkecuali pejalan kaki..
Tapi pernah tak kita terfikir yang kita sedang di buli atau membuli ketika kita dijalan raya..?
Ok..
Sekrang nie saya akan terangkan satu persatu pasal kes buli membuli nie...


~Pejalan kaki~

Kekadang pejalan kaki nie menguji kesabaran pemandu-pemandu jugak..mana taknye melintas sesuka hati jer..
Pernah satu hari tue saya drive kat kawasan bandar, masa tue lampu traffic hijau..maknanya saya kena jalan..
Tengah jalan tue tetiba ada couple nie (muka macam budak sekolah lagi) main melintas jer..nasib baik lar saya drive secara berhemah. So, sempat lah tekan brek..walaupun hakikatnya kita takleh berhenti sebab lampu hijau..Tapi terpakse jgk berhenti..kat belakang dah lar lori trellar sikit punye besar..
Ada juga terdapat sesetngah pejalan kaki yang jalan ketepi  ketengah dan ade jugak yang jenis suka kepung jalan (jalan ramai-ramai sampai 3-5orang, abis terkepung jalan..)
Kalau kene  langgar salahan orang, tapi bila kita dah hon siap bagi lampu besar die wat tak tahu jer...
Kalau awak jumpe driver yang suka mengalah pada pejalan kaki (macam saya) tak per lah jugak, nie kalau kena driver yang tak menyabor-nyabor dan tengah laju semacam, mesti die tak dapat tekan break dan awak kena lenyek ye tak..?
Sekarang nie pejalan kaki kena berhati-hati jugak, bukan sebab takut kena langgar atau kena ragut dengan peragut jer, tapi sekarang nie dah ade pulak kes orang suka simbah-simbah asid kat perempuan dan kanak-kana..Haissh..Tak patut betullah..
Jadi hati-hati yer adik-adikku..

~Lori Dan Pemandu Lori~

Nie lagi satu, banyak juga ar kemalangan disebabkan lori-lori nie..
Mana tak nyer dah lar besar, masuk pulak jalan yang kecik-kecik..
 Jalan shortcut katanya..Tapi habis ranap jalan raya belubang sana, berlubang sini..
Bahaya kat penunggang motosikal dan boleh merosakkan tayar kenderaan lain jugak..
Bila lori  atau kenderaan besar yang sewaktu dengannya lalu kat jalan sempit kita-kita yang drive kereta atau motor nie terpaksa lar mengalah..
Yang paling saya tak suka pasal lori adalah bila dieorang keluarkan asap hitam banyak-banyak..
Wa..bertambah-tambahlah pencemaran udara..
Tak kesian kat orang laen kan..??

~Lampu signal Dan Lampu-lampu yang sewatu dengannya~


Sangat jarang nak jumpe kereta yang bagi signal..Terutama kalau kereta tue besar lagi mewah..
Kenapa saya cakap macam nie?
Sebab setiap hari saya akan berdepan dengan situasi macam nie..
Orang yang tak bagi signal nie boleh dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain..
Sebab..
Tahukah anda banyak juga kemalangan yang berlaku sebab tak nak bagi signal?


~Hon~


Cerita pasal hon nie, kalau awak duduk kat Malaysia nie tak payah lah nak bagi hon selalu sangat bila ade silap sikit hon, silap sikit hon..
Kalau boleh sabar atau elakkan lah dari tekan hon..
Tapi kalau situasi tue dah memaksa sangat, baik hon jerlah dari berlaku kemalangan kan..?
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebab kat Negara nie kalau orang hon tanpa sebab yang betul-betul sebab mustahak mesti orang akan jeling awak balik..
Tak percaya?
Cuba buat..
Mesti orang yang awak hon tue siap jeling-jeling sampai nak terkeluar bijik mata tak pun mulut die terkumat-kamit membebel dan marah-marah..
Sebab orang kita paling tak suka kena hon..

~Parking~

Tolonglah jangan parking kenderaan sesuka hati..
Contohnya kat tepi simpang..
Bukan setakat kereta dan motor jer nak parking kat situ tapi van,lori dan bas pun nak parking jugak kat tepi simpang..
Dah lah simpang 4, ade pulak kenderaan yang tak bertanggungjawab parking macam gitu..
Kan menyusahan orang tue namanya.
Pernah tak terfikir yang cara awak parking tue menggangu penglihatan pemandu lain dan secara tak langsung boleh menyebabkan kemalangan?
Parking kat tempat tak boleh parking, daripada jalan tue besar jadi sempit sebab semua orang nak parking tepi jalan..Alasan, tempat parking kereta takde..
Oklah kalau tempat parking memang betul takde takpe. Alasan tue boleh lagi diterima..
Tapi kalau tempat parking tue banayak lagi, tapi tetap juagak nak parking tepi jalan sebab tak payah bayar dan sebab dekat..Alasan macam nie rasanya tak leh diterima..
Sebab secara tak langsung dah menyusahkan pemandu-pemandu lain dan secara tak langsung membahayakan kereta sendiri jugak..
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebabnya, kalaulah kenderaan awak tue orang langgar ke ape sampai kemik lepas tue orang tue cabut lari awak nak cari die macam mane..?
Mesti kalau tanya orang pun, orang tue akan cakap:- "Entahlah saya tak perasan pulak" (Lumrah, tak ramai yang sanggup nak jadi saksi..Leceh katanya, nak kena turun naik mahkamah..)

~Cermin Kereta~

Sekarang nie dah ade pulak kes orang baling batu atau telur kat cermin kenderaan dengan bertujuan untuk merompak..
Jadi hati-hati tau..
Kalau kenderaan yang kita pandu tu kena baling dengan telur, jangan sesekali bukak wiper..
Sebabnya telur bila kena puka dengan air maka ia akan jadi pekat..Secara tak langsung ianya akan menjejaskan penglihatan kita dan boleh menyebabkan anda kemalangan atau pun anda berhenti di tepi jalan kemudian anda dirompak..
Kalau kenderaan yang sedang dipandu dibaling batu, lebih baik jangan berhenti sebab berkemungkinan besar orang yang membaling tue bertujuan untuk merompak anda..Jadi lebih baik catat no kenderaan tue dan terus pandu kenderaan ke balai polis untu membuat laporan..
Kalau anda seorang perempuan, maka janganlah sesekali meletak handabag di tempat duduk penumpang. Sebab boleh jadi jika kenderaan anda cerminnya tak di tinted, maka jika ada orang jahat yang nampak kemudian pecahkan cermin kereta dan terus ambik beg tue..janganlah menyesal pulak...

~Penunggang Motosikal~

Saya tau awak boleh selit sana, selit sini..
Saya juga tau awak boleh drive lelaju bila motor tue dah di modified..
Tapi janganlah membahayakan nyawa awak dan orang lain ye..
Sayangilah nyawa anda...


 ~Pesanan saya kepada semua memandu lah dengan berhemah dan berhati-hati ye..~



Nota:- Ini hanyalah pandangan peribadi penulis mengenai isu ini. Segala Gambar adalah diperolehi darpada Google Image



2 comments:

CikAizA said...

wahhh... kirannya Aiza ni gengster jalan raya lah yer... huhuhuhuhu sodehnya...

Terbang Bersamaku said...

Lar knp pulak aiza..? ok lepasnie xmau jd gangster jln raya lg yek....huhuhuhu..:)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...