Translate

Sunday, May 29, 2011

Semuanya Tentang Hati♥


Macam-macam perkataan yang seringkali kita dengar berkaitan hati. Nie antaranya:-

~Kecil Hati~

~Berbesar Hati~

~Hati Batu~

~Keras Hati~

~Hati Terluka atau Hati Terguris~

~Hati Sepi~

~Sejuk Hati~

~Panas Hati~

~Patah Hati~

~Jauh Hati~

~Hati Remuk~

~Jatuh Hati~

Ok, Nie baru sebahagian jer yang biase kita dengar...
Tapi persoalannya macama mana kita nak menjaga hati kita agar terhindar dari sifat-sifat negatif seperti dengki dan iri hati? Macam mana kita nak mengawal emosi?
Caranya bagi saya mudah sahaja..

Iaitu kita perlulah sentiasa berlapang dada dan sentiasa berfikiran pstif terhadap apa jua yang kita hadapi dalam kehidupan.Jika kita sedang di landa dugaan hidup atau permasaalahan yang teramat berat, anggaplah ia sebagai cabaran yang akan menguakan semangat kita untuk kita menjadi insan yang lebih berjaya pada masa hadapan.Seseungguhnya pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan.. Hadapilah saat-saat sukar tersebut dengan hati yang sabar, tabah dan tenang. Kelak kita akan beroleh kejayaan.

     Jika kita sedang menghadapi kegagalan dan orang lain yang berdekatan dengan kita ramai yang telah berjaya, janganlah sesekali kita mempunyai hasad dengki atau iri hati atas kajayaan mereka.Seharusnya kita menjadikan mereka sebagai contoh atau role model kepada diri kita. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan.Kita seharusnya berusaha lebih kuat dan gigih untuk menjadi lebih berjaya dari mereka dan tak perlulah kita "menjatuhkan" mereka ..

     Janganlah kita sesekali mengaibkan atau menjatuhkan maruah insan lain demi kepentingan diri kita walaupun ketika itu kita sedang marah.Walaupun hati kita sedang berduka atau sedang marah, cubalah kawal emosi kita. Janganlah kita bertindak melulu dan mengeluarkan kata-kata yang tak tentu yang secara tak langsung mengaibkan diri kita sendiri. Kerana sesungguhnya tindakan yang kita lakukan dan kata-kata yang  kita tuturkan mencermin kan keperibadian kita. Janganlah juga kita melakukan perbuatan yang sia-sia dan merosakkan masa depan kita sendiri demi mencapai kepuasan emosi kita (Jangan biarkan kemarahan menguasai diri kita). Duduk dan bertenanglah, hadapinya dengan sabar. Kerana ikut kata hati mati, Ikut rasa binasa. Seharusnya ikut minda dan akal yang waras dengan pertimbangan yang sebenar-benarnya bersandarkan ke Imanan. 

 Jangan ikut kata-kata "Tepuk dada tanya selera" kerana kelak diri sendiri yang merana, apabila membiarkan nafsu menguasai diri dan minda secara bermaharajalela. Seharusnya ikut ata-kata ini "Tepuk dada tanya Iman", maka dengan itu hidupmu dan dunia akan aman, kerana nafsu dapat dibendung dengan kebijaksanaan akal dan cahaya ke Imanan..

   Nota:- Hati tak boleh bertukar saiz, jadi ianya tak boleh jadi besar atau kecil.Suhu hati sama sahaja, jadi hati tak boleh panas atau sejuk. Hati tak boleh bergerak, jadi ia takkan boleh menjadi dekat atau jauh. Hati tak pandai pegang benda-benda tajam, jadi ia takkan pernah terluka atau terhiris.Hati bukannya kayu, jadi ianya tak boleh patah.Hati tak pandai panjat tempat tinggi, jadi hati takkan pernah jatuh. Oleh itu,Kita sebagai tuan empunya kepada hati, harus menjaga hati kita sebaik-baiknya. Dekatkan hati kita dengan Allah SWT, Maka denagn itu hidup kita akan aman sentosa, walaupun sehebat mana dugaan datang melanda~
               

Ps:- Ini hanyalah pandangan peribadi pemilik blog ini. Gambar hanyalah hiasan yang diperolehi dari Google image.

4 comments:

pyejal said...

Cari la hati ketika solat. saat itu lah hati akan terasa wujud..:)

Sya_Merpati Putih 88 said...

betul tue..sy setuju dan sokong 100%..:)

Khairi Fakhri said...

"Jangan ikut kata-kata "Tepuk dada tanya selera" kerana kelak diri sendiri yang merana, apabila membiarkan nafsu menguasai diri dan minda secara bermaharajalela" sangat suka entry ni! :D

Sya_Merpati Putih 88 said...

~Thanks Keyri sbb suka entry sy yg tak seberapa nie..=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...