Translate

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

7 comments:

Aina said...

duit oh duit...cari duit, cuma jgn sampai jd hamba duit.:)

sobri yaacob said...

salam..
kerana duit manusia menjadi hamba dunia.. ya allah berapa kuatnya kuasa duit!! jadi tak heranlah keran duit mnusia sangup menipu.. membunuh dan macam m la!! :)

reenapple said...

Bila bercakap tentang duit... tak akan pernah tamat isu itu. Hmmm. Mana ada manusia yang mampu hidup tanpa duit di zaman moden skang ni melainkan manusia itu dah mati. :)

senyumSOYA said...

hamba dunia dan duit.
x kan pernah lari.

cari duit dengan nilaian pahala.
susah tapi boleh. InsyaAllah.

Pha Is said...

duit hanya sebagai alat
bukan sebagai maklamat...

Unknown said...

sekarang zaman duit... sebab tu saya join Shaklee untuk buat side income...alhamdulillah..hihi

dFPaddict said...

Rasulullah bersabda yg fitnah umatnya adlh harta. Wallahua'lam

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...