Translate
Wednesday, October 30, 2013
Hidup Ini Umpama Coklat...
Hidup ini umpama coklat kerana dalam pahit ada manisnya,dalam manis ada pahitnya,
Kenapa mesti ada rasa pahit itu sedangkan kita lebih suka rasa manis?
Ini kerana rasa pahit itu akan membuatkan kita belajar erti bersyukur apabila kita merasai erti kemanisan itu...
Ianya juga akan membuatkan kita sentiasa rajin berusaha, tabah dan sabar serta tenang dalam menghadapi dugaan hidup...
Rasa pahit itu juga lah yang membuatkan kita belajar dari pengalaman hidup kita, belajar dari kesilapan dan berusaha sehabis baik untuk membaiki kelemahan diri kita demi menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang...
Rasa pahit itulah yang membuatkan kita belajar apa itu erti bersusah payah untuk mendapatkan apa yang kita miliki, supaya kita lebih memahami tentang kesusahan insan lain dan supaya kita ini tidaklah menjadi manusia yang sombong lagi bongkak kerana sentiasa merasai manis tanpa rasa pahit..
Maka dengan itu, dalam hidup ini kita haruslah belajar menghargai apa yang kita ada, mensyukuri apa yang telah kita miliki...
Usah disoalkan takdir bila kita sedang melalalui zaman kesusahan atau kejatuhan dalam hidup,
Jika kita tak pernah persoalkan nikmat kesenangan dan kegembiraan yang pernah kita kecapi..
Jika sekarang kita sedang merasai kepahitan, usahlah berhenti berusaha, usahlah berputus asa untuk hidup, teruskan cita-cita, usaha, doa & tawakal kita itu...Kerana manusia yang tidak berputus asa dan rajin berusaha adalah manusia yang pasti akan menemui jalan bahagia serta mencapai cita-citanya...
Jika awak sedang bersedih hati, ambil waktu sedikit untuk menjamah coklat...
Sambil itu berfikirlah yang hidup ini memang ada pahit dan manis,ada bahagia ada derita, ada ketawa dan ada air mata...
Tapi percayalah selepas semua rasa pahit itu pasti akan ada rasa manis...
Maka dengan jangan berputus asa!
p/s: entry ini adalah sekadar luahan pendapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini http://merpatiputih88.blogspot.com/ . Sebarang kekurangan harap dimaafkan...
Sumber Gambar: google image..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
3 comments:
hidup umpama coklat. tanpa rasa pahit, kita tak kan menghargai manisnya... :)
datang singgah dan follow sini..
AKu ... kalau dulu, bila sedih, akan jamah ice cream but then because of something yang buat aku terluka, aku tak mampu nak lihat ice cream lagi, jadi aku akan jamah coklat sekarang bila aku sedih.
Coklat... memang satu terapi buat kita tenang. :)
salam..
suka baca penulisan merpati putih.
pandai kaitan satu benda dengan suatu situasi.. suatu penulisan yang mendalam :)
teruskan penulisan mcm ni.. saya suka baca..it make otak saya berfikir!! :)
Post a Comment