Translate

Friday, September 14, 2012

Kalau Cinta Jangan Over....

Hai semua...
Apa khabar...?
Apehal tajuk macam ala-ala sentap gitue eh..?
Ok malas nak buat intro yang panjang-panjang, just straight to the point aje lah ye...huhuhu..:p



Pepatah inggeris berkata tentang cinta begini:-

"Don't trust too much, 
Don't love too much,
Coz that too much will hurt you so much...."

dan pepatah saya pula tentang cinta berbunyi begini:

~Give your love to Allah more than someone that you love...
Coz only that way, you will find your own true love & happily ever after till Jannah..~(^___^)♥



Pendapat saya senang saja..
    Kalau awak cinta kan seseorang itu dan awak berdua sedang dilamun cinta mood awak berdua penuh dengan cinta-cinta dan jiwang-jiwang, sayang-sayang..Janganlah awak meletakkan rasa cinta awak itu melebih-lebih, malah mendahului cinta awak kepada  Pencipta kita semua iaitu Tuhan Yang Esa: Allah SWT..Kerana Dia lah yang menganugerahkan rasa cinta dan kasih sayang pada sanubari kita semua, dia jugalah yang telah mencipta kita semua ke dunia ini... Dia lah yang menganugerahkan kita akal dan hati utuk kita menilai dan berfikir, serta Dia jugalah pemberi rezeki dan dengan segala nikmat limpah kurnianya lah kita mampu hidup hingga ke hari ini......

   Soalan saya sekali lagi, bagaimana awak nak jumpa cinta sejati yang boleh buat awak bahagia hingga akhir hayat sednagkan awak tak cinta pada Allah SWT...? sedangkan awak tahu Dia lah juga yang memberikan rasa cinta itu kepada awak..Tapi apabila awak sudah berjumpa dengan orang yang awak cinta, awak sanggup pula mengabaikan  suruhan-suruhan-Nya dan mendekati larangan-larangan-Nya semata mata mahu mengejar cinta dari orang yang awak cinta..

    Awak boleh cintakan pasangan awak, tapi jangan keterlaluan sehingga awak terlalu obses untuk memiliki cintanya..Sehingga satu tahap awak sanggup pula mejerumuskan diri awak ke lembah yang hina, sanggup terpalit dengan noda dan dosa semata-mata kerana cinta dan sayang...? Awak sanggup conteng arang ke wajah ibu ayah semata-mata kerana cinta...? Sanggup ikut gelodak nafsu bisikan syaitan dan mengenepikan suruhan-Nya kerana cinta...? Begitukah namanya cinta...?



Sahabatku semua dengarkan ini pesananku buat kamu dan buat diri ku jua:

"Cinta itu tidak akan menolak kamu jatuh ke Neraka,
Tapi cinta akan memimpin kamu ke Syurga,
Cinta itu akan sentiasa menjaga maruah dan kehormatan kamu,
Cinta juga tidak akan membuat kamu ternoda dan terhina...
Malah cinta itu akan sentiasa melindungi kamu, memimpin kamu, membimbing kamu ke arah kebenaran...
Cinta itu tidak akan menyesatkan kamu,
Malah cinta akan menerangi jalan hidup kamu yang suram dan penuh kegelapan..
Cinta sejati akan memperbaiki luka kamu, 
Bukan menambahkan luka di hati kamu..."



Cuba renung-renungkan semula...Adakah berbaloi wahai gadis comel sekalian kamu memberi maruah dan harga diri kamu itu buat si kekasih hati yang kononya "bakal suami" padahal dia belum lagi menjadi suami kamu yang sah...? Kamu memberikan tubuh badan kamu untuk orang yang belum berhak ke atas kamu,ingin diriku bertanya  adakah itu cinta atau nafsu..? Pastinya tidak berbaloi bukan, berbua begitu bukan sahaja menambah catatan noda dan dosa malah ia akan membuatkan  masa depan kamu hancur lebur malah kamu juga bakal menderita...Cuba kamu bayangkan, bila kamu sudah mengandungkan anak tidak sah taraf, kemudian "bakal suami" yang telah menodai kamu tidak mahu bertanggungjawab.Malah tidak mahu menjadi suami kamu, tidakkah kemudian kamu juga yang dapat malu dan aib..? Kerana terpaksa ususng perut kesana kemari..? Sedangkan dia boleh sahaja berkahwin dengan perempauan lain...Kamu juga yang menangis dan merana...



Lagi satu saya nak tekankan kat sini, perlu ke bila awak jatuh cinta tue awak kena nak ekspresikan rasa cinta itu dengan:-

~Pakai pakaian sama warna, sama corak dah macam kembar tak berapa nak seirras..:p
  Awak rasa kalau awak pakai "baju couple" tue confirm ke hati dia pun same dengan hati awak..?
Abis kalau tak pakai "baju couple" jadiknya hati dia tak sama dengan hati awak dan awak dan dia pun tak sepadan + tak saling mencintai..Begitu ke..? ~

~Bila sedang di lamun cinta perlu ke awak nak kena call atau sms dia beratus juta kali dalam sehari...?
Walaupun awak tahu yang dia sedang sibuk study / kerja, tapi perlu ke awak nak kena ganggu dia..?
Walaupun awak tahu yang dia agak "rimas" dan berasa "jengkel"..
Malah awak juga tahu yang duit awak banyak habis sebab nak topup handphone sebab nak sentiasa call atau sms dia..?
Awak rasa kalau awak call atau sms dia sentiasa dia takkan curang / takkan berpaling pada yang lain..?~


~Bila sedang dilamun cinta, perlu ke awak nak kena jumpa dia sentiasa...?
Walaupun awak tahu jarak awak dan dia beratus kilometer..? Awak sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak jumpa dia..?
Awak sanggup habiskan duit, malah jadi pokai semata-mata sebab nak kena sentiasa "berdating"...?~

~romantik lah tue kononnya..:p
pakai baju nak baju couple...~
sorrylah lukisan nie buruk, saya yang lukis..:p~




Hello...Kalau awak pakai baju couple sekali pun belum tentu awak ada dalam hati dia...
Malah kalau awak dan dia tak pakai baju couple pun bukan bermaksud dia dan awak tak saling sayang pun..
Awak dan dia bukkannya kembar.. awak tak boring ke pakai baju couple sentiasa...?~ewww~

Lagi satu nak bagitahu, kalau awak sms atau call dia sentiasa pun bukan bermaksud dia tak boleh curang...
Zaman sekarang dah canggih, kalau awak mintak  password email dia pun dia boleh buat lagi 10 email tahu..! Iini kan lagi setakat telipon..Dia boleh ajer beli telipon lagi satu untuk stok scandals.. :p
Kalau ornag tue pandai menipu atau pandia curang awak kongkong dia macam mana pun dia tetap akan curang...
Sudahnya awak jugak yang rugi, sebab membazir kredit telipon atau sms dia setiap hari..=,="


Kalau awak keluar dating dengan dia tiap-tiap hari pun  belum tentu dia akan jadi milik awak dan eblum tentu dia akan bernikah dengan awak..
Maka dah kenapa bila awak nak keluar dengan kawan-kawan (yang sama jantina) dan keluarga awak, awak mesti nak kena minta izin dia...? Hello dia tue siapa..??
Belum jadi suami/isteri awak lagi kan..?
Maka kenapa mesti dahulu kan buah hati sedangkan  ibu bapa awak pun awak tak bagi tahu kemana awak nak pergi..=,="



Akhir kata dari saya, kalau awak dah putus cinta atau kecewa ...janganlah awak nak buang-buang air mata, dan buang masa untuk mennagis meratapi si dia yang dah tak cintakan awak tue...Buang masa ajer awak nak menangis tesedu-sedan sebab dia tinggalkan awak kerana hati dia ada pada isan lain..
Baguslah awak kecewa sekarang, kerana sekurang-kurnagnya awak taklah terlampau merana dan menderita sebab mencintai insan yang hipokrit dengan cinta, yang hanya pura-pura cintakkan awak, padahal di curang di belakang awak...Sanggupkah awak menjadi mangsa kikis si dia..? sanggupkah awak menjadi mangsa tipu daya dan khianat si dia..? Sanggupkah awak menjadi mangsa dera si dia..?
Jadi lebih baik awak tak perlu nangis...Kadangkala, perpisahan itu adalah lebih baik, daripada awak perlu menderita sepanjang hayat...

Juga pasti ada hikmahnya, pasti satu hari nanti awak akan temui kebahagiaan yang awak cari..Sudah pasti juga awak akan temui insan yang betul-betul cintakan awak dan sayangkan awak serta tahu menghargai cinta + kasih sayang awak itu..percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..(^___^)


Janganlah ditangisi ornag yang tidak hargai cinta kita, Tapi bukankah lebih baik kita menangisi diri kita sebab telah banyak meninggalkan suruhan dan perintah-Nya..?

"Jika kita cintakan seseorang, kita sanggup lepaskan dia pergi....
Walaupun dengan hati yang berat...
Kerana kita tahu itulah yang  terbaik untuk hidupnya..
Dan kita yakin itu juga akan mebahagiakannya...
Malah andai dia kembali semula kepada kita,
Itu bererti dia memang jodoh kita..
Kerana andai telah tertulis kita dan dia berjodoh,
Lambat atau cepat pasti kita akan berjodoh juga dengannya.."

"Cinta bukan bermaksud memiliki.
Cinta juga bukan bermaksud kamu harus sentiasa bersua muka,
Tapi cinta itu adalah apabila berjauhan kamu terasa rindu,
Terasa dekat walaupun jauh,
Memiliki dia bukan bermaksud kamu memiliki hatinya,
Tapi memilki hatinya itu bermaksud kamu memiliki seluruh cintanya..."



p/s: Entry ini hanyalah padangan dan catatan ilham jiwang love-lova nukilan  dari saya...Hah lama kan tak tulis entry jiwang bagai...?huhu..sekian sahaja dari saya..terima kasih kerana sudi baca...=)
Kredit gambar: google image, kecuali satu gambar kartun berbaju biru...:p


15 comments:

LindaLittle said...

Selamat hari raya...

Lepas kawin baru BEST ade baju couple...hehehe...sekali dengan anak2 semua boleh buat baju sama...

:)

Kata org : Jika benci..jgn bersangatan, nanti suka pula...Jika Cinta jangan juga berlebihan, nanti membenci pula...

Unknown said...

takut dengan cinta, antara sebab zuan masih tidak ada awek smpai skrng :)

Anonymous said...

cinta pada Allah hanya kekal abadi. =)

reenapple said...

saya setuju.. =). Cinta pada DIA sepatutnya diletakkan di tempat paling atas. Hilang cintaNYA, hilanglah kebahagian di hati kita.

Zyla said...

zyla pun masih setia dan rasa pd cinta yg telah jd kenangn. kecewa, zyla bersyukur sebb dia bahagia. dia tak ajar zyla utk benci dia dan zyla tak pernah benci dia. sebab zyla percaya Adam zyla ada.

Everything's Everythings said...

subhanAllah thanks utk nasihat ni, inshaAllah akan cuba aplikasikan ^^

Cintailah Allah lebih dari kita cintakan seseorang, inshaAllah Allah pun akan memperkenankan kita seseorang yg memahami kita ;D

syiela said...

hanya cinta padanya yang kekal abadi...

NUR said...

cinta pada yang SATU ..
dari blog NUR

paie said...

mari folloe pae..kite kongsi cerita,,
http://akupaie.blogspot.com/

Anonymous said...

I am not in a position to view this web site properly on firefox I think there's a problem.

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Btw...tq sebab komen n perasan header dah tukar...we...happy....

Setuju sangat dgn entry diatas, dulu2 ade gak buat mcm tu, tapi sekarang banyak muhasabah diri sendiri, walaupun tak seluruhnya... tapi cikit2, sebab nak ke Jannah!!!

Unknown said...

cinta pd Allah lebih mulia

gilamodified.blogspot.com

senyumSOYA said...

^^ need to be strong.. Allah knows~ =) weeeeee~~

Namee Roslan said...

mak saya selalu pesan macam kamu pesan.dan lagi satu...biar lelaki sayang kamu lebih dari kita sayangkan dia. hehe. :)

kindergartenlibrary said...

errr , terasa!! HAHA !!

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...