Hai...Selamat Pagi Semua...(^___^)
Hari nie hari Isnin kan..? Jadi bila hari isnin biasanya di kategorikan sebagai Monday Blues, Mood Monday
..Senang cakap, bila masuk hari isnin jer mesti jadi tak ceria..Sebab kena pergi kerja (bagi yang dah bekerja), Kena pegi kelas (bagi yang masih belajar)..
Kenapa mesti begitu sahabatku...? Kenapa mesti bila hari isnin muka monyok dan badan menjadi lesu...? Kenapa bila hari isnin mesti tak bersemnagat, kurang ceria, kurang tenaga...? Mengapa harus di matikan mood hari isnin...?
Harusnya, pada hari ini kita sepatutnya lebih bersemangat untuk memulakan hari baru di minggu yang baru..Barulah hari-hari kta yang seterusnya menjadi lebih ceria dan bahagia...Masaalah...? Semua orang punya masaalah yang tersendiri dan jangan pula di jadikan masaalah itu sebagai sesuatu yang membebankan. Jadikanlah ia sebagai satu cabaran dalam kehidupan. Jadikanlah ia sebagai satu perkara yang boleh mematangkan kita dalam menilai erti sebuah kehidupan..
Tidak selesa dan kurang ceria dan situasi di tempat belajar atau kerja...? Tekanan yang melampau-lampau..?Usahlah begitu, seharusnya kita perlu bersyukur dengan apa ynag kita perolehi. Ya, bersyukur dengan pekerjaan kita sekarang, sekurang-kurangnya kita masih ada sumber rezeki untuk membeli sesuap nasi. Seharusnya kita bersyukur dengan tempat belajar kita sekarang, sekurang-kurangnya kita di kalangan individu yang betuah dan beruntung kerana berjaya melanjutkan pelajaran. Semestinya ilmu yang kita perolehi itu amat penting untuk membina masa depan kita yang lebih bahagia dan ceria, serta menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama. Jadi belajarlah untuk menghargai setiap apa yang kita perolehi pada hari ini.
Berfikiran positive lah selalu dan sentiasa berlapang dada serta tenang menghadapi dugaan hidup. Bagaimana kamu mahu menjadi insan yang ceria jika kamu setiap saat dan detik hanya tahu merungut-merungut dan meleter..? Bagaimana kamu mahu jadi insan yang bahagia jika kamu sentiasa bermasam muka, berhasad dengki, menyimpan dendam kesumat di hati, serta sentiasa beburuk sangaka terhadap seseorang dan sesuatu yan berada di sekitar kamu..? Adakah dengan berfikiran dan bersikap negative begini kamu akan ceria dan bahagia..???
Jadi apa kata, kita semua memulakan hari ini dengan doa dan pengharapan agar hari ini dna hari-hari kita seterusnya lebih ceria. Mulakan hari mu setiap pagi dengan senyuman, kelak cerialah hidupmu walaupun kamu sedang dilanda kesulitan mahupun kesedihan. Berusahalah dengan gigih pada hari ini, untuk menjadikan hari-hari yang seterusnya lebih menarik dan menjadikan kita insan yang berjaya...Akhir kata, senyum-senyum selalu..Jangan selalu marah-marah ye, nanti cepat tua..Mahu awet muda..? Petuanya, kamu perlu sentiasa senyum..(^___^)
Bagi yang akan memandu pada pagi ini, berhati-hati ye..Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Semoga kamu semua sihat sejahtera selalu dan ceria-ceria selalu..
Ps:- Entry ini adalah hanya pandangan penulis blog ini,Credit gambar:-google image
11 comments:
happy monday :D
Ha'ah, dtg keje ari Isnin je muka dah semacam. Tak sukalah if org ckp monday blues. ish, hari pertama minggu bekerja haruslah semangatkan selepas berehat selama 2 ari di rumah. ^_^
ceria selalu
:)
yeah...ceria selalu...
sentiasa bfikiran positif.
dan menghargai stiap dtik yg ada :)
happy monday day.. :)
selamat hari isnin ya merpati. semoga hari seterusnya pun indah berseri :)
senyum ^^!
tapi hari ni saya pening2 lalat...kawan bwk kete cm roller coster...hhhehe
mulakan dgn doa..moga hari diberkati..
ye dak?
kalo org Kedah, hari ahad lah hari yg malas... kitorgkan cuti jumaat sabtu.. heheh..
Semoga kita semua slamat hendaknye
Saiazuan :- (^___^)
Hana Soffelia:- tau takpe, seharunya begitulah..tapi yg berlaku sebaliknya...huhuhu..
Anisa Hang Tuah & Nizam Ijam :- yup, semoga ceria2 selalu dan sihat selalu..senyum..(^____^)
sobri yaacob:- yup, betul tue..kena setiasa menghargai kehidupan kt..(^______^)
Namee Roslan:- terima kasih namee..semoga namee pun ceria2 selalu..(^___^)
senyumSOYA:- senyum...(^____^)
waa..bahaya tue..pesan kat dia drive hati-hati...take care ye..
yup, sy setuju..ape2 kn mulakan dgn doa..
Solihin Zubir :- ooohh pulak dah..hari ahad kerja..? kiranya weekend kat sana jumaat sabtu lah ye..?
have a nice day...;d
Post a Comment