Translate

Saturday, October 29, 2011

Kita Semua Berkongsi....

Hai semua...Selamat petang...(^____^)








    Kamu tahu dalam hidup kta nie kita sentiasa berkongsi dengan orang lain...Tak kira lah siapa kita..
Kita berkongsi tempat tinggal..Ya, iaitu Bumi...Walaupun kita semua berbeza jurang pendapatan dan ekonomi, berbeza pangkat dan darjat..Sedarlah bahawa kita berkongsi tinggal di Planet yang sama iaitu Planet bumi..Kita juga berkongsi udara untuk bernafas iaitu Oksigen..Kita perlukan oksigen untuk terus berbafas dan terus hidup..


  Jadi untuk itu, bersamalah kita mengamalkan sikap saling sayang menyayang, saling bertolak ansur / berkerjasama dan sentiasa mengambl berat antara satu sama lain..Janganlah kita bermusuh, berpecah belah, bergaduh atau berperang sesama sendiri..Kerana kita semua manusia, manusia di kurniakan akal yang bijak sana, mampu membuat keputusan dengan tepat dan bijak...Jadi mengapa kita sia-sia kan nikmat akal yang kita miliki dengan menyalah gunakan untuk tujuan menipu, mengadu domba, memfitnah, berburuk sangka , mengaibkan insan lain serta bermusuh-musuhan dan mewujudkan peperangan..?




   Sedarlah kita bahawa, seberapa banyak pun harta dan wang yang kita miliki..Seberapa tinggi pun darjat dan pangkat kita..Kita masih berkongsi tempat tinggal yang sama iaitu Bumi..Jadi untuk apa kita menjadi sombong, riak dan takbur dengan apa yang kita miliki..? Bukankah lebih baik jika kita gunakannya untuk jalan kebaikan, membantu orang yang lebih memerlukan..Apalah gunanya jika kita berkuasa, tetapi kita menyalahgunakan kuasa yang kita ada itu dengan menzalimi insan lain dan bermegah-megah pula..Bukankah kuasa kita itu seharusnya kita gunakan untuk membela dan melindungi insan-insan yang berada di bawah kuasa kita itu..?


    Kita harus sedar bahawa kita semua bertanggungjawab terhadap keamanan , kedamaian serta keselamatan planet Bumi ni..Seberapa besar pun pangkat kita, kita masih menghirup oksigen yang sama di hirup oleh orang miskin untuk bernafas..Jadi bersama-samalah kita menjaga kebersihan persekitaran kita dari tercemar..Bersamalah kita menjaga dan memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup generasi kita yang akan datang..


    Ingatlah kita bahawa, seberapa besar dan mewah pun kenderaan yang kita miliki, kita masih berkongsi jalan raya dan lebuh raya yang sama di lalui oleh insan lain yang memandu kenderaan yang kecil dan biasa -biasa sahaja..Setiap dari kita yang menggunakan jalan raya berhak mendapatkan rasa selamat dan selesa..Tapi bagaimana hendak rasa begitu, jika kita mengamalkan sikap mementingkan diri bila berada di jalan raya..?


  Sedarkah kita bahwa, kita semua berkongsi kasih sayang..Ya, selagi mana kita masih berpijak di muka bumi ini..Sifat sayang menyayangi itu adalah amat penting..Kerana bukan kita seorang yang hidup di muka Bumi ini, tapi kita berongsi hidup di Bumi ini bersama-sama manusia lain yang mungkin kita fikir tak setaraf dengan kita, kita juga berkongsi hidup di Bumi ini dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan..Jadi untuk apa kita berasa riak dan sombong..? Untuk apa kita hendak bersikap tamak , dengki dan iri hati..? Kerana sejak dari dulu lagi kita memang berkongsi hidup ini...




Ps:- Entry hanyalah pandangan picisan penulis blog ini..Credit gambar:-google Image

6 comments:

Asyikin said...

betul sgt ! kalau dia hidup sorang pun, dia kongsi tanah, udara dengan orang lain jugak ^_^

Unknown said...

sharing is caring kan..

hehe..

D. said...

yup,dalam hidup,selalu berkongsi:)) sharing is caring rite^^

Namee Roslan said...

mana ada manusia boleh hidup sorang kan. kita mmg dijadikan untuk berantai dengan makhluk yg lain. :) hidup kena berkongsi.. :)

Anonymous said...

walaupun kita berjauhan tp kita masih tengok bulan yg sama pd waktu2 mlm..hehehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

Asyikin:- yup, kita sentiasa berkongsi semua itu dengan insan lan sampai bila2..

tOyO:- tau takpe..(^___^)

nur adilah:-yup, hidup nie adelah satu perkongsian..

Namee Roslan :-yup, setuju dgn namee..tapi tuelah adang2 ade org yg mcm rasa hebat dgn diri sendiri dan tak sedar yg dia berkongsi hidup dgn insan lain..kita semua saling memerlukan..

~AmyLiana86~ :-wah..sy suka ayat itu, kedengaran agak romantis..(^__^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...