Translate
Friday, December 28, 2012
Tarikh Kiamat + Tarikh Kematian Vs Persediaan Menghadapinya..
Tahun 2012 nie menunjukkan ramai pula yang meramal tahun ini adalah tahun terakhir bumi berputar di paksi nya...Ramai juga yang meneka-neka tarikh kiamat, siap buat ramalan ikut pendapat ahli peramal tersohor (katanya) dan ada juga yang sibuk mengira mengkaji kalendar...Kira-kira tarikh bila bumi akan berakhir, bila kiamat nak berlaku...?
Akibat sikap obses ini ramai pula yang percaya, ramai pula yang buat spekulasi sampai sebarkan email berantai dan macam-macam nota yang ditulis untuk tatapan semua yang membaca..Lebih sadis, terdapat sebilangan besar yang membaca percaya setiap patah yang ditulis tanpa ada sedikit ragu dan tanpa ada niat untuk berfikir dan mengkaji + meneliti sebelum mempercayai..
Maka akibat dari ramalan melampau golongan obses ini, terciptalah filem tentang kiamat 2012, buku yang bercerita pasal kiamat 2012, blog + laman web yang bercerita akan kiamat 2012 dan tak ketinggalan iklan shampoo yang turut mengambil kesempatan dari sikap obses manusia-manusia yang mempopularkan dakyah bumi berakhir pada thun 2012.
Pada awalnya diramal bumi berakhir pada 12.12.2012(Rabu) kemudian ditukar pula ke tarikh 21.12.2012 (Jumaat). Maka pada tarikh 20.12.2012, manusia-manusia obses yang percaya kiamat akan berlaku pada tarikh yang disebut seperti mati akal. Ada yang takut cari tempat bersembunyi, cari tempat berlindung kononnnya boleh terselamat dari kiamat..! Ada pula yang berdoa tak henti-henti, berdoalah dia agar kiamat tak terjadi dan berdoalah dia agar dirinya tak mati muda ( belum puas enjoy lagi katanya) . Ada pula yang sibuk makan-makan yang sedap-sedap, berparti sakan, mabuk sana sini, berjoget terkinja-kinja tanpa henti, semuanya kerana mereka percaya esoknya bumi akan mati maka itulah hari terakhir untuk berparti..! >_<"
Arakian, setelah tarikh yang diramal tamat dan munculah pula 22.12.2012 (Sabtu), maka si obses yang sibuk meramal tarikh kiamat dan tarikh kematian makhluk bumi pun seperti cacing kepanasan yang menggelupur kerana ramalannya terbukti SALAH dan TIDAK BENAR serta TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG. Mereka pun mendapat idea baru untuk berdakyah sekali lagi menyesatkan pemikiran manusia dengan berkata tarikh kiamat telah ditunda ke tahun 2015! ~LOL~ sangat lawak! =p
Pesanan untuk awak-awak yang membaca entry ini:
Tahukah awak yang kita semua memang akan mati?
Dan tahukah awak juga yang kematian itu sesuatu yang pasti..?
Bila tarikhnya itu kita tidak diketahui oleh diri kita sendiri..
Tapi bersediakah kita menghadapi mati...?
Kerana tarikh kematian memang akan berlaku...
Di mana , bagaimana dan bila waktunya walaupun kita tidak tahu tapi ia tetap akan berlaku..
Dan bila ajal telah tiba maka terputuslah jasad dan nyawa, berhentilah pernafasan kita..
Kematian kita takkan dapat ditunda walau sesaat, dan takkan boleh dipercepat walau sesaat...
Jadi persoalan utama, bersediakah kita menghadapi mati..?
Bersediakah kita menghadapi alam Barzakh (alam kubur)...?
Bersediakah kita untuk duduk dan tinggal didalam kubur itu sendiri..?
Gelap gelita, ditemani ulat dan cacing...
Tiada lagi hiburan dunia, tiada lagi kemewahan dunia, tiada lagi pangkat dunia..
Yang akan kita bawa untuk bekalan kita disana ialah amal ibadah kita dan segala amal kebajikan kita..
Disana tidak akan ditanya berapa duit kamu ada..?
Disana tiadak akan ditanya apa pangkat kamu? apa keturunan kamu?
Jadi adakah kita benar sudah bersedia menghadapi mati..?
Jika belum, marilah kita menambah amal ibadah dan amal keabjikan kita buat persediaan menghadapi mati..
Soalan mengenai bila tarikh mati , bila tarikh kiamat itu bukanlah pokok soalan utama...
Kerana semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati,
Dan hari kiamat itu adalah sesuatau yang pasti..
Persoalan yang lebih utama adalah sudahkan kita bersedia menghadapi mati..? dan ..
Apakah persediaan kita menhadapi mati..?
Apa maknanya sibuk mengkaji tarikh kiamat seperti orang mati akal, tetapi persediaan menghadapi mati langsung tidak dilakukan, amal ibadah sengaja ditinggalkan malah makin sibuk enjoy hingga ke pagi...?
P/s: Jangan mudah percaya pada dakyah songsang yang nyata syirik lagi menyesatkan..Tepuk dada tanya iman..:)
P.p/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dan idea saya selaku penulis blog ini. Sebenarnya dah lama nak tulis entry nie, tapi asyik tertunda oleh kerana kesuntukkan masa..
Kredit gambar google image..
Labels:
alam sekitar,
islamic,
isu semasa,
kehidupan.motivasi,
nasihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
1 comment:
Allahu'alam. drpd kita sibuk mgkaji bila nak kiamat, lebih baik buat preparation yg secukupnya utk mghadapi kiamat :)
Post a Comment