Translate

Friday, April 1, 2011

Info-Info Tentang Doa....





Waktu Afdal Untuk Berdoa:-


1. Malam Lailatul Qadar


2. Ketika berada di Arafah seperti firman Allah, "Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah." (Riwayat Muslim)


3. Bulan Ramadhan


4. Malam Jumaat, hari Jumaat, waktu jemaah berdiri untuk menunaikan solat. Sabda Rasulullah ,"Bahawasanya pada malam Jumaat, ada suatu ketika yang mustajab doanya." (Riwayat Tarmizi)


5. Waktu tengah malam. Sabda Rasulullah seperti riwayat Abi Umamah, dia bertanya Rasulullah, "Ya Rasulullah, waktu bilakah doa diterima oleh Allah? Jawab baginda, pada tengah malam dan akhir solat fardhu." (Riwayat Tarmizi)


6. Pada waktu 1/3 malam, sekitar jam 12 sehingga 2 atau 3 pagi.


7. Waktu sahur (1/3 akhir malam). Ketika ini Allah menurunkan malaikat rahmat setiap malam ke langit dunia, doa akan mudah dimakbulkan.


8. Berdoa ketika seruan azan


9. Antara waktu azan dan iqamat. Rasulullah menyatakan doa tidak akan ditolak ketika ini dan baginda menyeru manusia memohon kesejahteraan di dunia dan akhirat.


10. Ketika berperang


11. Akhir solat fardhu ketika waktu. Selepas salam digalakkan membaca ayat Kursi dan mohon doa. Sabda Rasulullah,"Pada waktu sujud adalah waktu sedekat-dekat hamba dengan Allah."(Riwayat Muslim)


12. Ketika hujan turun dengan lebat kerana hujan suatu hikmah kepada manusia. Manusia tidak akan hidup tanpa air dan makanan, maka pada waktu ini amat makbul doanya.







Adab Dan Etika Ketika Berdoa :-

1. Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

2. Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

3. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh.

4. Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak danmenyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

5. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

6. Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

7. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

8. Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.





Golongan Yang Di Makbulkan Doanya




Orang yang berada dalam kesusahan

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)


Anak soleh yang taat kepada ibu bapa

Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)


Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir

Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)


Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu...” (Riwayat Tirmidzi)

Orang dizalimi

Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”





Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.



Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang
tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si
fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At
Targhib wat Tarhib I/37) 

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di
antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469) 

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin
'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
kepada orang - orang yang berada pada saf - saf
terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130) 

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam
iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban
dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang
menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272) 

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam
membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',
maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana
barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH
MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu
berselawat kepada salah satu di antara kalian selama
ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,
selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat)
berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al
Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan
hadith ini)

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...