Sekarang nie saya tengah berfikir...
Apa yang saya akan jadi untuk 5-10 tahun akan datang...
Siapa saya masa tue...?
Dapat tak saya buat Haji atau at least Umrah ?
Berfikir pasal kerjaya saya...
Duduk kat mana? Still duduk jaybee ke...?
Dah dapat beli rumah / tanah sendiri ke belum?
Dapat sambung study kat U ke tak...?
Dah bape banyak tempat saya melawat (melancong)?
Dapat tak saya terbang makan angin ke oversea?
Apa style fashion saya masa tue? Masih sama macam sekarang ke..?
Dan....
Persoalan yang paling penting sekali ialah......
Tentang jodoh!
Saya dah bernikah ke belum masa tue...?
Siapa suami saya..?
Dah ade berapa orang anak...?
......
Saya Cuma berharap agar saya menjadi :-
Seorang wanita bekerjaya yang berjaya..
Seorang wanita yang mampu berdiri diatas kaki sendiri (independent)..
Seorang wanita yang berilmu...
Mampu memiliki apa yang saya impikan iaitu rumah/tanah dan kereta dengan duit poket sendiri..
Mungkin juga akan berjaya dalam perniagaan (tak tahu nak start bisnes ape...huhuhu..)
Seorang wanita iaitu sebagai anak perempuan dan Isteri yang solehah (saya masih berusaha memperbaiki diri ini yang lemah kearah itu....)
Menjadi ibu yang mithali dan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak saya kelak..
No comments:
Post a Comment