Duit oh duit....
Kalau lah dikau senang boleh ku petik seperti pokok duit-duit...
Tak lah ku pening memikirkan kos kehidupan sekarang yang tinggi melangit...
Oh duit..
Kenapa kau senang datang tapi kau senang pergi..?
Oh duit..
Aku tak paham kenapa kau makin berurang kerana aku bukan kaki joli..
Apatah lagi menghutang ceti..
Oh tidak sama sekali...
Oh duit..
Baru kini aku mengerti..
Akan realiti kehidupan...
Betapa peritnya untuk mendapatkan engkau wahai duit...
Segalanya perlukan duit..
Tapi tak semuanya boleh di nilai atau di beli dengan duit...
Tapi ramai jua manusia tamak haloba..
Mereka tak kenal apa itu dosa pahala...
Sanggup buat apa sahaja...
Halal haram belakang kira katanya...
Semata-mata nak dapat duit sanggup gadaikan semuanya...
Nak dapat duit sanggup tipu sana sini..
Nak cari duit sanggup ugut orang itu dan orang ini...
Oh duit..
Aku tak mahu jadi manusia hamba duit..
Aku jua tak mahu jadi manusia mata duitan..
Lindungilah aku dari hasutan Iblis dan Syaitan..
Yang suka menyesatkan manusia melakukan hal yang bukan-bukan..
Jadikanlah aku manusia yang tabah mencari sesuap rezeki halal lagi berkat untuk dimakan dan digunakan..
Untuk diriku, keluargaku dan jua generasiku dimasa hadapan...
Nota:-Puisi ini adalah ciptaan asal pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) sebarang penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Hak cipta terpelihara...Gambar sekadar hiasan, ehsan dari Google Image..
No comments:
Post a Comment