Translate

Thursday, July 14, 2011

Bertolak Ansur Di Tempat Awam


Situasi : Di Dalam Bas



Babak 1:-

Masa tue bulan puasa dan lagi berapa hari jer nak raya puasa / hari raya aidilfitri...Saya naik bus untu pergi station bus untuk pualng ke jaybee..masa nie saya baru pelajar semester ke-dua... Masa dalam bus tue , sampai satu kawasan kiranya dah separuh perjalan bus tue berhenti untuk ambil penumpang. Maka naiklah seorang aunty nie, umur dalam lingkungan 50-an , dari cara pakaian dia semua orang tau dia kerja kat mana..Ya, dia seorang pekerja di Gereja.. kemudian saya bangun dari tempat duduk saya dan bag aunty atdi duduk...seorang macik menegur saya, kemudian berkata:- "Buat apa kamu bagi dia duduk? kamu puasa, dia tak puasa. Lagi pun Kalau kamu bagi dia duduk bukan dapat pahala pun..!" 
Pada masa tue saya hanya teruskan niat saya dan bagi jer aunty tue duduk dan ambil semua beg-beg saya yang ada kat kerusi..
Selepas itu separuh perjalanan iaitu kira-kira dalam 25 minit saya berdiri sahja sehinggalah setibanya di station bus..
Kemudia makcik tue berata lagi kepada saya:- "Penat kan berdiri tadi? Tue lah degil sangat, beg dah lah banyak lepastue ade hati nak tolong orang, utamakan diri sendiri dulu.."
Saya malas nak menjawab, sebab takut dikata kurang ajar..Tapi saya cuma membalas begini:-
"Maafkan saya...Saya tak rasa penat pun berdiri, lagipun aunty tue lebih tua dari saya dan saya masih muda. Jadi pendapat saya, tidak salah kalau saya berdiri untuk memberi aunty tue duduk walaupun dia berlainan bangsa dan agama dengan kita.."


Babak 2:-

Pada ketika saya sedang baru sahaja menaiki bus dan baru sahaja mendapat tempat duduk..Kemudian kelihatan seorang wanita mengandung menaiki bus yang sama..Seorang pakcik  berusia lingkungan 60-an, menegur seorang anak muda supaya dia mengalihkan beg-begnya untuk memberi tempat kepada wanita mengandung itu duduk. Tetapi anak muda itu lantas menjawab:- "Saya tak boleh duduk bersebelahan dengan orang yang bukan mahram saya, sebab tuelah saya letak beg-beg saya di kerusi supaya tiada wanita duduk di sebelah saya."
Kemudian pakcik tadi menyarankan agar anak muda itu bangun dan memberi laluan kepada wanita mengandung itu untuk duduk. Setelah itu pemuda itu berkata lagi :-" Saya bayar tiket bus nie RM2.50..takkan saya nak berdiri pulak. Masih ramai lagi orang yang boleh bagi akak nie duduk..Kalau macam tue baik pakcik jer yang bagi akak nie duduk.." kata pemuda itu dengan wajah selamba..
Melihat situasi tue, saya terus bangun dan bagi kakak tadi duduk...
Pakcik tue berkata sepatutnya pemuda tadi yang memberi kakak tadi duduk dan bukannya saya, kerana saya juga berbadan kecil dan mempunyai banyak beg yang saya bawa..
Tetapi bagi saya apalah sangat nak berdiri dalam masa 15 minit, untuk memberi tempat duduk kepada wanita yang sarat mengandung...

PESANAN:-

Berbuat baik dan bertolak ansurlah tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun latar belakang..
Jika ternampak wanita mengandung, orang yang lebih berusia, orang kurang upaya maka berilah mereka duduk jika kamu berada di dalam kenderaan awam mahupun di tempat awam. Kerana mereka lebih memerlukan berbanding kita..Kita masih punya banyak tenaga maka mengapa tidak kita membantu mereka, dengan cara begini bukankah akan meringankan beban mereka...
Jangan terlalu berkira untuk memberi tempat duduk kepada orang lain kerana kita membayar tambang bas.  Tetapi bersikap perihatinlah dan bertimbang rasalah  terhadap individu di sekeliling yang lebih memerlukan...
Jika kamu enggan berbuat demikian, cuba bayangkan jika kamu berada dalam situasi orang tersebut, pasti kamu memerlukan tempat duduk bukan...?
Perlu kita ingat yang Islam sentaisa mengajar kita supaya senantiasa melakukan amal kebaikan dan kebajikan..Maka dengan itu menagapa kita perlu berkira tenaga untuk bersikap bertolak ansur..?



Nota:- Entry ini adalah berdasarkan catatan pengalaman penulis dan pendapat serta pandangan penulis.Gambar yang terpapar adalah diperoleh daripada google image. 

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...