Translate

Sunday, December 12, 2010

Saya Telah Memulakan Kerjaya Baru Di Bidang Kewanagan

Assalamualaikum dan hai semua apa khabar?
Entry sebelum nie saya ada bercerita tentang sebab saya terlewat meng update blog adalah kerana exam dan memulakan kerjaya baru.
Ok, sekarang saya nak bercerita tentang kerjaya baru saya nie..
Saya telahpun meletakkan jawatan di tempat kerja lama pada penghujung bulan september.
Semuanya kerana peperiksaan dan yang paling utama ialah saya dapat tawaran kerja lain.

******************

ok, ceritanya bermula begini...
           Sehari sebelum kita semua menyambut bulan ramadhan 2010, saya telah menghadiri sesi temuduga di sektor kerajaan sebagai pembantu tadbir (kewangan) . Ketika itu hanya orang yang paling dekat dengan saya sahaja yang tahu, saya malas nak beritahu orang-orang lain. Kerana saya takut tak dapat kerja tersebut dan takut nanti di katakan riak. Lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya menghadiri sesi temuduga dengan kerajaan. Sebelum nie saya pernah dapat tawaran temuduga kerajaan tapi saya tak pergi sebab ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Lagipun, saya ada terdengar-dengar ramai yang berkata "susah nak dapat kerja kerajaan kalau pertama kali pergi temuduga, biasanya berkali-kali pergi temuduga barulah dapat". Jadi sebab tue lah saya rahsia kan.

      Pada 25.Sepetember.2010 saya telah dapat surat yang mengatakan saya telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan saya perlu menghadiri sesi taklimat mengenai kerjaya itu di Pusat Islam di  Johor Bahru  iaitu pada 29.September.2010. Pada pertengahan bulan November saya telah mendapat surat penempatan kerja, dan akhirnya pada 1.Disember.2010 saya telah mendaftar diri dan memulakan tugsan sebagai kakitangan awam di negeri Johor. Walaupun jarak antara tempat kerja dengan rumah saya agak jauh, tetapi itu semua tidak menghalang saya untuk memulakan kerjaya. Semua kakitangan di pejabat ini baik-baik berlaka, saya suka suasana kerja di sini. Walaupun selepas ini saya akan sibuk dengan pelbagai tugasan, almaklumlah bekerja di bidang kewangan. Tapi dengan suasana kerja yang ceria akan membuatkan hati terasa lebih tenang dan bersemangat untuk bekerja. Selain daripada itu saya suka pemandangan dan reka bentuk bangunan dan kawasan sekitar pejabat saya nie. Untuk makluman semua, saya memang suka landskap dan senibina  yang menarik.

Saya berharap agar saya dapat menjalankan tugasan saya dengan jayanya sehinggalah saya pencen...
Saya juga berjanji pada diri sendiri untuk bekerja keras dan tekun dalam melakukan segala tugasan yang diberi dan menghargai peluan yang telah di berikan. Serta bertanggungjawab dalam memikul segala tugasan yang telah diamanahkan dengan setulus dan seikhlas hati nurani..
*******************
 Banker
 Cashier

      Pada pertengahan bulan september,iaitu sebelum saya mengetahui saya mendapat peluang bekerja di sektor kerajaan, saya juga ada menghadiri sesi temuduga di sektor pebankan, iaitu di sebuah bank yang terletak di bandar JB. Habis sesi temuduga tersebut saya pergi pula temuduga di sebuah kedai buku untuk jawatan cahier. Mesti ramai yang pelik kenapa pergi interview jadi cashier pulak..? sebabnya saya takut sekiranya saya tak dapat kerja dengan sektor kerajaan dan bank tersebut. Erm, sememangnya saya memang minat membaca jadi rasanya tidak salah jika saya mahu mencari pengalam di kedai buku tersebut. Mana lah tahu satu hari nanti saya boleh buka kedai buku sendiri...(mula dah buat awan...) Lagi pula saya memang mahu mencari kerja lain. Iaitu di dalam bidang yang saya minat dan yang bersesuaian dengan apa yang saya pelajari. Serta yang paling penting mahu menimba pengalaman baru sebanyak mungkin.

   Pada 27.September.2010, pihak bank dan kedai buku tersebut menelefon saya mengatakan saya telah pun berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan bolehlah memulakan kerjaya saya pada awal bulan oktober. Tapi, saya telah pun menolak tawaran tersebut dengan baik dan memberitahu sebab-sebab saya terpaksa menolak tawaran tersebut adalah kerana saya telah mendapat kerja di sektor kerajaan.

***********************
ermm...
kalau perhatikan betul-betul..
ketiga-tiga tawaran kerja yang saya dapat nie melibatkan bidang yang sama.
iatu...
KEWANGAN..
walaupun iainya di sektor dan industri yang berbeza..
tiba-tiba saya jadi teringat pada soalan quiz di FB yang saya jawap..
saya telah jawab beberapa soalan yang diberi dengan telus..
 dan inilah result nye..:-


What will your career be in 10 years?
AmySya got Accountant/Banker.
Money is your life. You are very responsible and take care of your finacial matters. You have great people skills and make friends easily. School is important to you so you can go to a good college. The news might be your favorite tv time. Desk work isnt a problem for you.
See More

October 27 at 5:31pm via What will your career be in 10 years?  ·  ·  ·Take this Quiz


******************
Mungkin ianya adalah satu kebetulan..
huhuhu..
(^_*)



No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...