Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas...
Seiring pertambahan usia...
Kadangkala membuatku bertanya sendiri...
Sudah cukupkah bekal ku untuk alam akhirat nanti...?
Sudah cukupkah amal ibadah ku selama aku di muka bumi ini...?
Pabila dihitung tambah tolak darab dan bahagi...
Rupanya banyak juga masa usia muda ini ku bazirkan begitu sahaja...
Mengejar dunia semata-mata membuatkan hati kosong entah tercampak kemana...
Wang di tangan tidak terasa apa...
Cuma memberi rasa pedih bukan bahagia...
Aku terfikir lagi...
Jika saat nafasku sudah terhenti,
Adakah aku sudah bersedia menghadapi sebuah kenyataan yang pasti lagi hakiki...?
Dunia yang indah kadangkala membuai aku ke fantasi...
Adakalanya aku terleka dengan kecantikan dunia yang sementara ini...
Sehingga membuatku cuai dan culas akan perintah-Nya,
Ya Allah ampuni aku...
Aku hambamu yang banyak khilaf selama aku di dunia,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan-akan sayangkan 'dunia' melebihi cinta ku kepada-Mu,
Ya Allah Ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan tidak menghargai nikmat usia yang aku punya,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana adakalanya aku tidak menghargai nikmat kesihatan yang di beri oleh-Mu,
Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku dari mimpi indah ini...
Peluang kedua ini akan aku gunakan sebaik mungkin,
Akan aku cuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku risau, masih adakah esok untuk aku...?
Jika esok tiada lagi buatku, maka sempatkah aku melakukan itu semua...?
Jika esok tiada lagi untukku, adakah aku sudah bersedia...?
P/s: Puisi ini adalah ilham penulis blog ini, sebarang betuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali, hak cipta terpelihara...Kredit gambar google image...
~Sekadar renungan bersama...Kita berada di golongan yang mana?
Sudah bersediakah kita menahadapinya?~
Nota kecil:
Ilham menulis puisi ini terbit tatkala diri ini melalui sendiri pengalaman bertapa sukarnya untuk bernafas sehingga diri tidak sedarkan diri (pengsan) dan terpaksa pula di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans pada 22.jun.2012. Pengalaman itu sukar untuk dilupakan kerana itulah pengalaman pertama pengsan begitu, pengalaman pertama meniaki ambulans dan itulah kali pertama rasa susah untuk bernafas sehingga terasa semacam sudah nazak. Ketika itu diriku terfikir adakah hari ini aku akan meninggal dunia..? Diri ini bersyukru kerana masih diberi kan kesempatan untuk bernafas dan terus bernyawa..
Punca yang menyebabkan berlaku sebgitu adalah kerana terlebih oksigen di dalam badan sehingga menyebabkan sistem pernafasan gagal berfunsi secara normal, ditamba pula denagn diriku yang sukar untuk minum air masak / air mineral, itulah punca kurangnya air dalam badan hingga menyebabkan dehydration dan terpaksa pula dimasukkan air kedalam badan sebanyak 3 bekas melalui tiub yang terpasang di tangan kanan (tak tahu ape nama saintifik dia =,=" ). Tapi Alhamdulilah, diri ini bolehpulang kerumah selepas beberapa jam terlantar di katil wad kecemasan itu..Lega kerana tidak perlu terlantar di wad pesakit..
Buat teman semua, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan nikmat nyawa serta pernafasan kamu itu..Hargai ia dan manfaatkan ia sebaik-baiknya..Sekian dari ku...Moga bertemu lagi..
Oh ya, selamat berpuasa dan maaf zahir batin....(^___^) Maafkan diriku andai kata cara penulisan ku pernah mengguris hati kamu..Terima kasih kerana sudi singgah membaca ke sini di saat ku tidak update sebarang entry disebabkan terlampau busy dengan kerja...
8 comments:
harap kita hidup di dunia selama ni, beroleh keberkatan, diterima amal ibadat. amin.
Alhamdulillah... nasib tak kena tahan..
Terkesan dengan puisi tu.. andainya tiada hari esok...
kau sedarkan aku.. huhu. Terima kasih. =)
kalau hari2 kita fikir macam ni....kita mesti takut dna beringat. tp kita selalu leka ..hmm. saya pun :/
huuu ~ belum bersedia lagi.
semoga kite tergolong :)
nurdani :- yup, harap-harapnya begitulah..amin...=)
syiela :- yup, alhamdulilah..nasib baik sy tak kena tahan wad..kalau tak...ish mau kena inject jer..huhuhu..=,="
reenapple :sama-sama:)
Namee Roslan: yup, kt manusia mmg tak lepas dari buat kesipan namee..sy pun tak berkecuali..bila dah hadapi sendiri situasi mcm nie sedikit sebanyak ia menyedarkan sy yg hidup nie mmg tak lama..
RealNS: sy pun belum bersedia..tapi mahu atau tidak kt kena siap2kn persediaan..sbb kt tak tahu bila ajal kt akan dtg..
Nizam Ijam: amin..:)
Assalamualaikum... asif jiddan... adakah puisi ini tdk dibenarkan utk ana share pd yg laen? Huhu
Post a Comment