~Logo Merdeka dari google.com.my~
Merdeka, adakah ia bererti bebas segalanya...?
Adakah kau faham bahawa maksud merdeka itu adalah kau bebas buat apa saja di atas bumi merdeka tanpa perlu takut dengan kongkongan sesiapa, hingga kau sanggup berpesta dari tengah malam hingga ke subuh hari, terkinja sana terkinja sini menari-menari tanpa rasa penat?
Atau mungkikah itu juga punca kau dan rakan-rakan kau itu tanpa segan dan silu tergedik-gedik dengan pasangan masing-masing, hingga usung ke bilik tidur...
Malam merdeka kau kata haruslah dirai bersama dia yang kau cintai...Walaupun kau tahu dia itu bukan suami atau isteri kau...
Tapi aku kira nampaknya kau tak segan, bila tiap-tiap tahun ada saja manusia yang semacam kau masuk berita di tv sebab kena tangkap khalwat...
Kau kata :"kita kan dah bebas merdeka, jadi buat apa nak takut..? buat ape ajelah yang kita suka...!"
Merdeka juga kau rasa bebas bersuara apa sahaja walaupun kau tahu apa yang kau suarakan itu salah..
Tapi kau tetap juga suka bersuara begitu, kata kau:" Biarlah suara kita lantang dan didengar orang yang lebih tinggi, biar mereka tahu kita punya suara juga hebat!"
Aku cuma nak tanya sekali lagi, adakah benar erti merdeka itu adalah BEBAS ITU, BEBAS INI???
Jadi jika begitulah fahaman kau wahai anak pasca merdeka, maka aku tak hairan bilamana manusia sezaman kau nampaknya hanya tahun sambut hari merdeka setiap tahun tapi tak mahu ambil tahu tentang sejarah negaranya sendiri.Malah aku juga tidak hairan, jika 9 purnama selepas merdeka maka lahirlah bayi-bayi yang tak berdosa hasil dari hubungan kau yang hina dan noda itu, lalu kau buang pula bayi itu di tong sampah dan di kaki lima jalan entah di mana..Adakah dengan berpelesaran hingga ke pagi, terjerit-jerit seperti tarzan bila nampak bunga api dan terinja-kinja menari di disko hingga ke pagi itu yang kau kata cara kau sambut hari merdeka...???Begitukah caranya kau tunjuk rasa cinta kau pada negara ini...???
Aku yakin jika begitulah gayanya, aku rasa manusia-manusia yang hidup sezaman dengan Hang Tuah dan mereka yang pernah hidup didalam zaman penjajah pun pasti akan mengalirkan air matanya, bila terlihat generasi masa kini "berperangai pelik" seperti itu bila menyambut merdeka...Ketahuilah oleh kalian, jika mereka itu masih bernyawa pasti mereka terkilan bila melihat generasinya seperti tak ambil peduli perjuanganya mencapai kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah setelah ratusan tahun lamanya...Pasti mereka kecewa bila generasinya, melupakan sejarah silam, malah seperti mahu di jajah semula..!
Di bawah ini ialah maksud bangsa merdeka menurut persepsi aku:-
~Menjadi bangsa merdeka itu adalah apabila kau setiasa mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berusaha mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dari tercalar,diejek,dihina, dicemari mahu pun dijajah...
~Menjadi bangsa merdeka itu bererti kau sentiasa berusaha sedaya yang termampu untuk menaikkan malah memartabatkan nama negara ke peringakat yang lebih tinggi di mata dunia...Malah setiap apa perilakau perbuatan dan tutur kata yang kau ungkapkan, kau akan fikirkan kesannnya bukan setakat pada diri kau seorang malah pada negara yang kau cintai...
~Menjadi anak bangsa merdeka adalah apabila kau sedar, yang kau juga amat penting untuk negara, lantas kau menuntut ilmu dnegan tekun, bekerja dengan tekun kerana kau tahu kau juga adalah sebahagian dari sebilangan manusia yang bakal mencorak dan membentuk masa depan negara, maka dengan itu kau tak rasa yang masa muda remaja adalah masa untuk berfoya-foya. Kerana kau tahu kau juga bakal menjadi orang dewasa yang bakal memimpin negara ini,malah kau sendiri merasa bertanggungjawab untuk menjadi pewaris yang menjaga negara kau ini...
~Menjadi manusia yang hidup di generasi merdeka adalah apabila rakyat dan pemimpin berusaha bersama-sama untuk memajukan ekonomi negara. Malah bukan sekadar maju dari segi ekonomi semata-mata tapi juga dari aspek kerohanian (Agama) dan tatasusila kesopanan..Apalah ertinya menjadi negara yang kaya raya, tapi miskin moralnya...? Dan janganlah menjadi negara yang ekonominya hanya duduk ditakuk lama, menjadi mundur dan kebelakang serta takut pula dengan telunjuk kuasa-kuasa besar dunia..Takut bersuara kerana takut eknominya tergugat..Maka berusaha lah memajukan kedua-dua aspek ini..
~Menjadi orang yang menghargai erti merdeka dengan erti kata yang sebenar-benarnya ialah apabila kau mempelajari subjek sejarah dengan ikhlas, malah kau menghayatinya, menghafal setiap peristiwa sejarah itu bukan bertujuan untuk mendapat A dalam kertas peperiksaan semata-mata, tapi kerana rasa cinta pada negara sendiri..Apalah ertinya kau terjerit-jerit melaungkan "Saya Sayang Malaysia" tapi bila sejarah negara kau sendiri pun kau malas nak ambil tahu, belajar di sekolah sekadar melepaskan batuk di tangga, kerana itu adalah subjek yang memang kau mesti belajar...
~Menjadi manusia merdeka yang sayang akan negaranya ialah apabila, walau apapun jurang perbezaan bangsa, agama, warna kulit, warna rambut, berbeza fahaman parti politik tapi kau masih boleh bersama-sama bersatu hati, berusaha untuk menjadikan negara ini kekal harmoni, bersatu padu, aman tenteram dan maju dalam segala bidang...Perbezaan-perbezaan itu tidak menjadikan kau bermusuh, berpecah-pecah atau berpuak-puak akan tetapi tetap bersatu hati demi mengekalkan kesejahteraan dan kemerdekaan yang telah kau miliki kini..Malah jika ada sedikit-sedikit kesalahfahaman kau akan duduk semeja, berbincang menyelesaikan permasaalahan itu bersama, kerana kau sedar itu adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga negara ini...
~Menjadi bangsa merdeka ialah kau menjadi bangsa yang bersatu hati, bertolak ansur, penyayang, mengambil berat dan tidaklah dengki mendengki, berpuak-puak, berpecah belah, saling memusuhi dan saling mementingkan diri sendiri...
~Menjadi rakyat dari negara merdeka ialah apabila, kau berbangga dan sayang dengan negara kau sendiri, keunikkan budaya dan bangsa yang ada didalamnya serta perlembagaan negara, rukun negara, lagu kebangsaan dan bendera yang kau miliki...Tidak sekali-kali kau akan berbuat sesuatu yang menunjukkan rasa benci pada negara atau melakukan tindakkan yang akan memalukan atau mencemarkan nama baik negara kau ini...
P/s: Ku mohon maaf andai entry ku kali ini agak tegas dan kasar bunyinya di mata kamu...Ini adalah nukilan ku, dan pandangan ku serta curahan pendapat ku..Aku merasa bertanggungjawab menulis entry yang bercorak bergini kerana apabila melihat situasi semasa yang seolah-olah manusia yang wujud zaman selepas merdeka ini lupa sejarah dan seolah-olah sudah tak sayangkan negaranya sendiri...Maaf sekali lagi kerana ber "aku" "kau" dalam entry picisan ku ini...
Kredit gambar:- google image...
Sekian, salam sayang dari ku..SELAMAT HARI MERDEKA!
8 comments:
tp itu lahh fahaman anak muda skearnag.bebas dlam bbuat apa sahaja,tnpe mempudilkan seja negara ini.so sad bt its true =.=
Bagus ulasan kau ni en.. mmg ad buat speach ke kt sekolah2? xD
Alhamdulillah aku tahu sejarah2 Malaysia dan sayangkan negara kita
Selamat menyambut hari kemerdekaan~
Salam Merdeka..
sayangkan orang y salah tafsirkan erti merdeka ni...sebab org2 mcm ni lah..negara kite y merdeka nampak sgt mundur..negara merdeka tapi fikiran semua kebelakang..ish3..semoga mereka diberi hidayah dan tidak terus hidup dalam kejahilan..xD
anak-anak muda sekarang.....
moga kita lebih menghargai kemerdekaan ini..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
setipa org ade fahaman erti merdeka masing2 kn.. yg salah tafsir tu mmg betul2 bebas la dia nak buat apa saja
Sarah Mohd Saleh : tahu takpe..sbb itulah merdeka tue hanya laungan saja tapi setiap tahu kita boleh lihat keruntuhan akhlak remaja islam pada malam merdeka makin bertambah..
Everything's Everythings : terima kasih..ehh taklah mana pernah...sy kerja kat office dan bukan cikgu, jd mmg tak berpeluang nk bg ucpan kat sekolah..huhuhu...dulu2 masa zaman sekolah pernah lah deklamasi puisi..
Alhamdulilah..smoga kt smua menjadi bangsa yg tahu menilai sejarah..
NUR : salam merdeka juga..maaf terlamabt..=)
★ aIsyaH ★ : betul tue, susah utk negara kita capai kemajuan yg sebenar andai rakyat kt pun tak sygkn negaranya sendiri....semoga golongan yg tak ambil oeduli dan tak cintakan negaranya itu akan sedar..
syiela : itulah , bila hidup dlm kesenangan..dan jadi ank pasca merdeka..tak pernah lalui zaman susah dek terhimpit dgn tekanan penjajah...
Nor Zilla Sensei : harap2 nya mereka tak terus tersalah tafsir erti merdeka ..bahaya..=,="
ayuh generasi pasca merdeka, bangkit . . . ayuh, . . . mengembara bersama musafir jalanan, . . . melihat keindahan bumi Tuhan, . . .
:)
Post a Comment