Berbalik kepada topik asal, saya tulis entry nie sebab bila saya lihat kat statistik blog saya nie ramai yang datang ke blog saya nie melalui ejen carian google dan keyword yang dicari adalah berkenaan tajuk berikut:
Cara berdepan dengan orang yang suka mengutuk
Cara menghadapi pengkritik
Cara nak hilangkan stress
Cara hilangkan stress
Amalan untuk kurangkan stress
Sabar itu indah
Jadinya entry nie ditulis sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan pembaca blog saya (blog yang tak seberapa nie).
Kita kena faham dalam dunia nie tak semua orang akan suka / bersetuju dengan apa yang kita buat, dan ada orang yang boleh jadi tidak bersetuju dengan cara kita atau tindakan kita atau idea kita. Adakalanya benda yang orang tak suka / tak setuju tu bukan bermaksud ianya adalah salah, malah adakalanya ianya adalah sangat baik, tapi kadangkala kita jadi hairan kenapa masih ada yang tak sependapat dengan kita? Keadaan akan menjadi lebih buruk bila orang yang tak sependapat dengan kita tu pukul canang kisah kita, dan beritahu kat semua orang tentang kelemahan / kekurangan diri kita (adakalanya benda yang dia pukul canang itu boleh jadi ianya fitnah semata-mata yang sengaja direka ceritanya supaya orang lain turut tidak bersetuju dengan cara kita). Kita jadi tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi?
Kritikan oleh pengrkiritik terbahagi kepada dua iaitu:
1. Kritikan yang membina
Iaitu si pengkritik mengkritik bukan dengan niat untuk mencari silap dan salah kita semata-mata, tapi dia sebenarnya mahu memberi teguran dan nasihat atas kekhilafan atau kekurangan yang ada pada diri kita agar boleh kita perbaiki di masa akan datang. Tegurannya itu jujur, ikhlas semata-mata mahu melihat kita berjaya dan menjadi orang yang lebih baik di masa depan. Dari tegurannya itu juga membuka ruang untuk kita menjadi manusia yang lebih sabar, tabah dan kuat. Dia juga tidaklah semata-mata mengkritik sebaliknya memberikan pandangan dan cadangan yang mungkin boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.
Dia juga menasihat kita dengan cara yang berhemah iaitu tidaklah "menasihat kita di depan ramai orang", tidaklah juga menjerit-jerit atau meninggikan suara hingga semua orang boleh dengar nasihat yang ingin disampaikan kepada kita. Dia juga tidaklah menyindir atau menyelar kita secara terang-terangan di media social hingga boleh dibaca ramai orang atas alasan ingin memberi nasihat. Sebaliknya tegurannya itu mungkin dibuat secara bersemuka dan tidaklah didepan khalayak ramai, atau boleh jadi dia menghantar mesej atau email secara private dan tidaklah didedah kan secara terbuka di media social.
2. Kritikan untuk menjatuhkan
Iaitu si pengkritik memang berniat untuk mencari silap dan salah kita serta segala kekurangan dan kelemahan diri kita seolah-olah mahu dibongkarkan secara keseluruhannya. Adakalanya pengkrtiki jenis ini suka tokok tambah cerita kelemahan diri kita (yang tak ada sengaja diadakan iaitu fitnah) semuanya agar orang lain percaya akan semua yang dia kata dan mengajak orang lain supaya memusuhi dan membenci kita. Semuanya di lakukan adakalanya tanpa sebab yang kukuh dan boleh jadi juga si pengkrtik itu memang tidak menyukai diri kamu secara keseluruhannya sebab itulah apa saja yang dilakukan kamu nampak cacat saja di mata dia.
Mungkin boleh jadi juga ianya di sebabkan oleh sikap iri hati, dengki dan tamak yang bersarang dalam dirinya, iaitu tak mahu kamu lebih dari dia. Mungkin kamu ini punya banyak kelebihan yang membuatkan si pengrkitik jenis ini berasa tercabar dan iri hati misalnya: kamu pelajar yang paling pintar dan idea-idea kamu kebanyakkanya bagus, kamu ketua yang baik, kamu pekerja yang rajin dan cekap (bagi apa aje kerja semua boleh settle dengan cepat) kamu disenangi orang sekeliling, kamu ada kelebihan mungkin dari segi rupa paras / gaya, wang ringgit dan harta benda
Ingat pesan ini:
"Walau apa pun jua kritikan yang datang kita kena hadapi ia dengan tenang, cool , sabar... Anggap saje semua kritikan yang dilontarkan itu (samaada yang membina atau menjatuhkan) itu sebagai pemangkin untuk kita menjadi orang yang lebih berjaya masa depan."
Seharusnya kamu yang dikritik haruslah ambil langkah-langkah berikut bila dikritik oleh pengkritik:
1. Tenang dan Sabar.
2. Muhasabah diri semula (renungi semula apa kekurangan / kekhilafan yang ada pada diri kamu ,serta cubalah perbaikinya)
3. Lihat kelebihan, kritiviti, bakat, kekuatan dan potensi yang ada pada diri kamu. Cuba gilap semua itu dan lakukannya dengan penuh minat serta bersungguh-sungguh tanpa putus asa sampai kamu berjaya.
4. Berfikiran positif. Jangan serabutkan kepala kamu untuk fikir apa yang orang akan kata dan benda-benda yang useless. Jangan sempitkan hati kamu untuk balas dendam semula. Tetapi seharusnya kamu harus fikir apa yang harus kamu buat untuk majukan diri kamu, dan kamu harus ajar hati kamu untuk menjadi tenang... Biarkan saja orang yang nak cakap negatif atau fitnah kamu, yang paling penting kamu kena buktikan yang walau kamu dikeji, dikritik , dicaci macama sekalipun tapi kamu tetap kuat, sabar dan tenang serta akhirnya kamu menjadi insan yang berjaya malah lebih berjaya dari sebelum ini.
5. Memegang slogan "Hidup bukan untuk dipuji, dan tidaklah mati kerana dikeji"
6. Sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi serta sentiasa bermotivasi.
7. Ingat : "Rezeki kita bukan ditentukan oleh manusia, tetapi rezeki kita di tentukan oleh Allah SWT"
Sekian saja ulasan dan pandangan saya berhubung topik ini. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu. Oh ya, kamu juga boleh baca entry-entry lama saya yang berhubung kait dengan topik ni di sini:
p/s: Entry ini adalah pandangan dan idea sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog blog ini
(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kehilafan mohon dimaafi, gambar ehsan google.. Akhir kata, terima kasih sebab sudi berkunjung dan baca blog picisan saya nie
No comments:
Post a Comment