Translate

Saturday, October 11, 2014

Kerana Sabar Itu Indah...

Disaat kamu sedang melalui ujian hidup, bersabarlah...
Disaat kamu ditimpa pelbagai bencana dan musibah, bersabarlah...
Disaat kamu gagal dalam pelajaran atau perniagaan , bersabarlah...
Disaat kamu gagal memburu impian dan cita-cita, bersabarlah...
Disaat kamu stress, bersabarlah...
Kerana apa???
Kerana sabar itu indah...
Mengapa???



      Tidak lah diturunkan hujan itu melainkan untuk kesejahteraan makhluk di muka bumi ini jua...
Begitulah juga dengan dugaan hidup...Tidaklah terjadi sesuatu melainkan akan ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin tidak dapat dilihat oleh kita  pada hari ini tetapi pasti ada sesuatu yang indah menanti kemudian hari...


          Contohnya jika kamu gagal dalam peperiksaan, mungkin ia akan menjadikan kamu lebih gigih berusaha dan belajar untuk lebih fokus di dalam kelas serta lebih bijak membahagikan masa.  Ianya juga mungkin akan memberikan kamu kesadaran tentang bertapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Contoh lain, jika kamu gagal dalam perniagaan makanan, mungkin kerana kamu kurang memasarkan produk kamu, mungkin kerana lokasi kurang strategi  atau harga dan kualiti makanan yang kurang memuaskan hati pelanggan.  Lantas jika kamu berusaha mengubah kelemahan dalam perniagaan tersebut mungkin kamu akan lebih berjaya pada masa depan. Jika perniagaan makanan bukanlah minat dan bidang yang kamu kuasai, maka kamu boleh mencuba bidang perniagaan lain yang lebih kamu minati dan kamu sendiri lebih berkemahiran serta berpengalaman.  


           Contoh lain, jika kamu minat dalam bidang kedoktoran tetapi apabila kamu memohon untuk sambung belajar ternyata nasib tidak menyebelahi kamu. Kamu gagal mendapatkan kursus yang kamu idam-idamkan.  Kemudian kamu telah terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada mulanya kamu tidak minat, lama-kelamaan minat itu mula bercambah.  Kamu belajar bersungguh-sungguh kemudian berjaya menaamatkan pengajian dan bergelar pelajar terbaik.  Setelah itu kamu bekerja dan akhirnya kamu membuka perniagaan sendiri serta menjadi kontrator yang berjaya dan ternama. Kamu bergelar jutawan. Pasti selepas itu, kamu dapat merasa kemanisan selpas impian pertama kamu itu gagal. 



          Contoh lain, jika kamu  memohon untuk melanjutkan pelajaran tetapi kamu gagal menempatkan diri kerana result SPM kamu yang tidak seberapa.  Mungkin juga kamu dapat melajutkan pelajaran tetapi kamu mempunyai komitment lain seperti perlu mejaga ibu ayah yang sakit, adik-adik yang masih kecila serta masa kewangan yang begitu meruncing.  Jangan menangis.  Kerana selain dari menyambung pelajaran di IPT kamu boleh mencuba pelbagai lagi alternatif lain.  Kamu boleh mencuba mengambil kursus-kursus kemahiran, kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran kamu.  Setelah itu mungkin kamu boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time seperti membuat kek misalnya.   Setelah business kamu berjaya kamu boleh membuka kedai sendiri dan mula mengembangkan business kamu itu.   Selain itu, kamu juga boleh bekerja untuk menambah pengalaman sedia ada dan setelah itu menyambung pelajaran secara separuh masa.  Mungkin ianya menuntut komitment yang tinggi.  Tapi jika kamu fokus dengan matlamat, bersunggu-sungguh berusaha, pasti kamu akan berjaya kelak.  Cuba kamu bayangkan kamu punya pengalaman dan punya ijazah dalam genggaman, pasti disitu kamu sudah ada kelebihan apabila melalui sesi temuduga kelak berbanding dengan mereka yang fresh graduate tetapi tiada pengalaman bekerja.  Kerana kamu memilih untuk menolak untuk menyambung pelajaran di IPT pada awalnya tadi pasti ada kemanisan tersembunyi.  Kamu dapat berbakti pada ibu ayah yang sedang sakit, dapat membantu kewangan keluarga, dapat menolong meringankan beban ibu bapa untuk menaggung adik-adik yang masih kecil, selain dapat menimba pengalamn bekerja dalam usia yang masih muda setelah itu berjaya pula menggengam segulung ijazah dalam pengajian separuh masa.  Tentu kejayaan kamu itu lebih berharga serta lebih manis bukan?


            

       Contoh lain, jika kamu sedang jatuh cinta dan kamu terlalu menyayangi kekasih kamu yang kamu cintai bertahun-tahun lamanya.  Pada suatu hari kamu mengetahui yang dia itu curang di belakang kamu.  Sudahnya si dia itu beralih arah mencintai orang lain dan meninggalkan kamu yang terlalu sayang padanya.  Jangan kecewa. Biarkan saja si dia itu dengan pasangan barunya.  Jangan digangu , jangan membalas dendam serta jangan pula kamu cuba merampas si dia kembali.  Semuanya ada hikmah, bukankah lebih baik mengetahui tembelang si dia yang curang dan suka berfoya-foya itu sebelum kamu mengahwininya. Bukankah lebih baik putus kasih atau putus tunang berbanding bercerai apabila tlah berkahwin dan punya ramai anak kelak?  Mungkin juga ianya memberikan kamu kesedaran bahawa usaha keterlaluan dan mendewa-dewa cinta manusia konon digelar cinta agung, sedangkan kamu sendiri lupa pada cinta yang lebih utama iaitu cinta kepada Tuhan yang mencipatkan kita semua iaitu Allah  SWT...



       Akhir kata dari saya, Jika kita sedang dilanda masaalah atau dugaan bersabarlah, jangan jadikan masaalah dan dugaan kita itu sebagai pematah semangat yang meyebabkan kita jatuh tersungkur, tetapi bangunlah dan terus berlari memburu impian.  Hidup ini adalah perjalanan... Maka berjalanlah dengan tenang, usah terburu-buru, usah tergopoh gapah, usah berjalan dengan lemah longlai tiada semangant dan usah juga berjalan dengan sombong dan bongkak.  Tetapi berjalanlah menggunakan akal fikiran dan hati serta budi pekerti.  Percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah, pengajaran dan kemanisan yang tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui. Kita merancang, Allah SWT juga merancang, tetapi ketahuilah dan sedarilah oleh kita bahawa Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang... 


       

P/s: Entry ini adalah luahan dan lontaran idea picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google gambar, google image...
          

2 comments:

Dunia Zumal said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Insha Allah ia dapat dijadikan pedoman berguna. Moga perjalanan hidup akan lebih tenang ^_^

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Bagusnya artikel ni. Saya tambah bermotivasi untuk.berjaya. Terima.kasih banyak.banyak.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...