Translate

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

8 comments:

L is my alter ego said...

ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku. saya sebagai seorang bakal guru turut merasa terkesan apabila ada dikalangan profesional yang tidak menjalankan tugas dengan amanah.

reenapple said...

Aku setuju dengan entri ini. Budak3 zaman skang diberi bebanan seperti seorang dewasa. Padahal diorang just budak and aku rasa being happy for themselves is better than making other happy. Hur,,


Aku masa kecil memang x dapat full 5A. Dan itu menyedihkan aku pasal dah hancurkan harapan family. Hurmmm

Kakzakie Purvit said...

Tidak mustahillah kenapa statistic menunjukkan semakin ramai remaja disinggahi stress melampau. Sistem peperiksaan/pembelajaran masa kini membuat anak-anak tertekan. Dgn org yg diberi amanah tak berintegriti lagi anak-anak tak bersalah menanggungnya. Sedih tapi ianya kini dah terjadi di depan mata.

Terima kasih sudi ke blog Titisan Nurani. Follow sini juga #370 :)

K.A. said...

kes y layak untuk digelakkan. kita ni, terbelenggu sangat dengan sistem pendidikan taghut. Sampai duk gilakan A yang banyak...akhlak? moral? ke longkang.

Dunia Zumal said...

Moga adik2 terus bersemangat menjawab peperiksaan UPSR nanti...

Jejari Menaip said...

mmg soalan2 mcm tu pasti ditanya...UPSR bkn penentu...Tapi sebnyakkan parents lebih memberi tumpuan kepada upsr berbanding ujian2 besr yg lain..

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

perkongsian yang baik. Terima kasih sebab follow saya. Saya dah follow awak balik.

suria lekatlekit said...

pengalaman saya masa PMR pengawas peperiksaan tu tidur. sebab dewan tak cukup sesetengah pelajar ambil exam kat kelas... saya antara yg di tempatkan dalam kelas tu. Masa kertas matematik pengawas dewan tidur... ramai yang meniru masa tu tapi saya tak tergerak hati nak meniru sebab mungkin ego yang buat saya tak nak meniru sebab saya tak takut saya tak tahu setakat mana kemampuan saya

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...