Dikritik oleh manusia yang mengkritik adakalanya boleh membuatkan kita terguris hati, terkecil hati, terasa hati. Adakalnya apabila kita dinasihati oleh seseorang yang berniat baik untuk menegur kita agar berubah ke arah kebaikan pun kita sukar untuk menerimanya. Malah ada sesetengah orang yang boleh melenting dan naik angin bila di kritik atau ditegur hingga boleh menyebabkan pergaduhan hingga bertahun-tahun lamanaya. Dalam hidup ini kita kena sentiasa bersangka baik dengan manusia yang berada disekeliling kita. Usah terlalu buruk sangka atau terlalu mencari silap dan salah mereka sahaja. Kerana sebagai manusia biasa kita juga tak lepas dari berbuat silap atau salah. Jika ada antara mereka yang menegur atau menasihati kita, haruslah kita terima nasihat dan teguran itu dengan positive. Berterima kasihlah pada mereka-mereka yang sudi dengan ikhlas menegur, menasihati atau mengkiritik kita. Terima itu secara positive. Jadikan teguran, nasihat atau kritikan itu sebagai pemangkin untuk kita berjaya dimasa depan, dan jadikan ia sebagai sesuatu yang boleh membuatkan kita kuat semangat dan bukannya patah semangat. Berubahlah demi untuk kebaikan diri kita sendiri dan demi masa depan diri kita sendiri.
Bila berdepan dengan manusia-manusia yang lebih suka menilai dan menghukum daripada cuba untuk memahami atau memberi bantuan pada kita, kadangkala ia boleh membuatkan kesabaran kita teruji juga. Bila kisah negatif tentang diri kita dengan mudah sahaja disebar ke merata tempat hingga kita merasa muka kita seperti dicarik-carik. Tapi usah dilayan, biarkan sahaja. Lambat laun kebenaran sebenar akan terbukti jua. Sabar dan tenang sentiasa. Biarkan sahaja mereka-mereka yang suka menghina , mengejek , memburuk-burukkan , memfitnah, dan mengumpat kita itu bagai angin lalu saja. Usah kita balas kata-kata nista mereka itu dengan kata-kata nista juga. Kita harus sedar yang kita ini hanyalah manusia biasa yang tak sempurna mana. Mungkin ada orang yang sayang dan suka kita tapi dalam masa sama ada juga ornag yang benci dan tidak suka akan kita. Kita tidak boleh membuat semua orang untuk suka kan kita. Kerana lumrah dalam hidup ini memang begitu. Kadangkala seberapa rapat pun masih ada juga rasa tidak puas hati, menyampah, geram, sakit hati, terguris hati, tersinggung dan sebagainya. Itu lumrah.
Usahlah kita simpan benci dan dendam di dalam hati terhadap mereka-mereka itu. Usahlah kita mengaibkan mereka dengan memburuk-burukkan mereka sebagimana mereka lakukan kepada kita. Tetapi apa yang lebih baik ialah kita perlu buktikan kepada mereka yang kita boleh berjaya dan gembira walaupun sering diejek, dihina dan sebagainya. Buktikan pada mereka itu yang kita juga boleh berjaya di masa depan, malah lebih berjaya daripada mereka. Hadapilah perkara ini secara rasional dan dewasa, usah bertindak secara kebudak-budakkan. Bertenanglah sentiasa. Buktikan kepada mereka yang kita ini seorang yang positive dan tidak "gila" walaupun apabila kita berdepan dengan situasi "gila". Kita ini manusia punya akal dan hati, makanya gunakan akal dan hati kita sebelum bertindak mahupun berkata-kata. Usahlah kita sakiti hati orang yang menyakiti kita. Usah kita balas kejahatan dengan kejahatan, atau kebencian dengan kebencian. Tapi balaslah kejahatan dengan kebaikan, balaslah kebencian dengan kasih sayang dan keihklasan. Usahlah dijauhkan jurang pemisah yang sedia ada, tapi berusahalah untuk merapatkan kembali jurang yang telah tercipta itu.
Dalam hidup ini usah cepat putus asa, dan usahlah kita patah semangat semata-mata kerana kita dihina, dkritik, diejek dan sebagainya. Usah cepat melenting, tapi sabarlah sentiasa. Bila berdepan saat sukar begini usahlah kita hebah-hebahkan rasa tidak puas hati kita di laman-laman social seperti facebook, twitter dan sebagainya kerana ia akan mengeruhkan lagi hubungan kamu dan mereka itu. Usah simpan marah atau benci lama-lama. Kerana lambat laun kita akan berjumpa juga dengan mereka itu kembali. Bumi ini memang luas, tapi itu bukanlah bermaksud ia sesuatu yang mustahil untuk kita bertemu kembali dengan orang yang kita benci. Makanya, jika kita bencikan orang usah lama-lama. Mungkin hari ini dia menyakitkan hati kita, tapi di masa depan mungkin dia adalah orang yang paling rapat dengan kita. Kita tidak tahu tentang masa depan, makanya usahlah kita mencipta musuh atau jurang pemisah bersama manusia-manusia disekeliling kita.
p/s: Entry ini adalah luahan idea spenuhnya dari saya. Sebarang kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan..
Kredit gambar: Google Image
4 comments:
apa yg penting think +ve ^_^
dont let anyone's stop you from being the best person that you can be!
Nice post..leh jd motivasi untk sy..^^
i like critics, but don't like arahan. Some orang kan, bila dia kritik, dia memberi arahan dalam kritikan tu. seolah2 dia yang betul dalam kritikkan tu. kritikkan ni sepatutnya membina, bukan mengubah
Bagus tulisan nih. Kita harus berupaya membezakan kritikan membina dengan kritikan membinasa. Kawan yang sanggup berterus-terang mengkritik kita dengan tujuan membina itu sebenarnya kawan sejati. Begitu juga dengan kawan yang kita kritik itu jika sanggup mendengar dan menerima kritikan kita itu dengan hati terbuka, maka dia adalah kawan sejati kita. Kita perlu memelihara dengan baik kawan-kawan yang sebegini. Sukar nak jumpa...
Post a Comment