Translate

Monday, June 20, 2011

Jadi Diri Sendiri, Hadapilah Hidup Dengan Tabah...


Orang lain boleh menilai kamu mengikut apa yang mereka rasa mereka tahu mengenai kamu.
Mereka boleh berkata apa sahaja mengikut apa yang mereka rasa di dalam hati mereka dan apa yang mereka fikirkan...
Biarkan sahaja..
Kenapa?
Kerana kita hanya manusia biasa, kita tak lepas dari melakukan kesilapan. 
Oleh itu jangan pernah lupa untuk meminta maaf kepada sesiapa jua yang pernah kamu sakiti..
Dan jangan pernah lupa untuk memaafkan kesalahan orang lain..
Jangan sesekali menyimpan dendam amarah, kerana ia akan meneyebabkan kehidupan kamu menjadi semakin parah dan huru hara..
Jangan pernah sesekali kamu melakukan perbuatan yang sia-sia dan membuang masa untuk berusaha menjatuhkan orang lain..
Tapi berusahalah untuk membangunkan dan memanjukan diri sendiri..
Itulah yang sebaik-baiknya dan itulah yang sepatutnya yang kamu lakukan dalam kehidupan kamu..

Kita sebagai manusia biasa takkan pernah dapat untuk memuaskan hati semua pihak, dan kita juga takkan pernah dapat membuat semua orang suka pada kita..
Itu adalah lumrah kehidupan!
Kenapa?
Kerana kita cuma manusia biasa.
Oleh itu kenapa perlu jadi orang lain?
Kenapa mesti perlu terikut-ikut dengan kehendak sekeliling?
Bukankah menjadi diri sendiri itu lebih baik?
Setiap dari kita punyai identiti tersendiri..
Maka dengan itu kita bebas menjadi diri kita sendiri..
Merdeka kan diri kita menjadi diri kita yang sebenar asalkan kita tidak melanggar undang-undang agama dan negara serta tidak pula mencemarkan maruah keluarga..
Jika kita mahu menjadi orang lain maka siapa pula yang akan menjadi diri kita?
Buankahkita semua unik dan punyai keistimewaan serta kelebihan tersendiri..
Jadi kenapa perlu memandang sepi kebolehan diri sendiri..?


Pendapat saya:-
Biarkan sahaja segala kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat kamu..
Biarkan ia berlalu bagai angin lalu..
Jangan di masukkan kedalam hati kamu.
Kerana kelak kamu yang akan sengsara..
Apa yang perlu kamu lakukan?
Sentiasalah berfikiran positif dan ambilah segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada kamu atau perbuatan berbaur dengki itu sebagai asam garam kehidupan dan sentiasalah berlapang dada serta bersabar dalam menghadapi saat-saat sukar..
Buktikan kemampuan kamu, dan berusaha serta berdoalah untuk menjadi individu yang paling berjaya di suatu masa, tanpa pernah mengenal erti jemu dan putus asa..
Ambilah semua itu sebagai penguat dan pembakar semangat kamu untuk berusaah sehabis baik untuk menjadi "sesuatu yang boleh dibanggakan"..
Jangan pernah sesekali kamu patah semangat atau terus berpaling dari berusaha apabila melalui situasi sebegini..
Kamu harus kuat dan tabah serta tidak berputus asa, maka barulah kemudian kamu akan menjadi seorang yang berjaya...

Kamu adalah penentu kejayaan kehidupan kamu sendiri..
Maka kamu harus bertanggungjawab sepenuhnya..
Janganlah pula melemparkan kesalahan itu kepada orang lain..
Jika kamu mahu berjaya dalam kehidupan, kamu perlu sabar, tabah dan tenang serta jangan pernah kenal erti putus asa dalam berusaha!

Jangan pernah sesekali kamu berfikir untuk berjaya semua nya adalah mudah sahaja..
Kamu SILAP jika kamu berfikiran sebegitu rupa...
Mengapa saya berata begini?
Kerana boleh dikatakan hampir semua orang yang berjaya pada saat ini pernah melalui situasi sukar dalam hidupnya..
Contohnya:-
Thomas Edison iaitu pencipta mentol (lampu) telah mencuba sehingga 1,000 kali sebelum beliau benar-benar berjaya untuk mencipta mentol (lampu) tersebut.
Tapi kenapa dia boleh berjaya?
Kerana dia tak pernah berputus asa dalam berusaha.
.
.
.
Sebelum saya akhiri entry saya ini, saya mahu tinggalkan kamu semua dengan lagu ini:-


Dengakanlah dan hayatilah setiap rangkap dan bait-bait liriknya..
Antara lirik yang paling saya suka adalah:-
"‎This life can kick you around,This world can make u feel small,THEY WILL NOT KEEP ME DOWN"


Nota:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini mengenai topik ini dan utuk perongsian pendapat semata-mata. Segala gambar yang terdapat dalam entry ini adalh diperoleh daripada Google Image..

4 comments:

ZIPPO MILLER said...

mmg betul...kalo nak menjadi yang berjaye mesti kene tempoh jalan yang perit...sebab kita dah ada pengalaman...pengalaman mengajar kita untuk jadi berjaya...

LindaLittle said...

a ah...kita yang mencorak kehidupan kita seterusnya..selepas ibubapa mencorak kita...:)

hyemynameisrasyid said...

yezza.,masing2 dilahir kan dengan kebolehan dan keistimewaan tersendiri.,maka, xperlu jadi org lain pon kita mampu utk berjaya.,
'contohi' dan 'menyerupai' adalah sesuatu yg berbeza ^^

-Alahai~

Sya_Merpati Putih 88 said...

ZIPPO MILLER:-Betul tue, pengalaman mengajar kita erti dewasa dan menddik kita menjadi matang..

linda a.k.a ibusumaiyah:-Yup,stuju dengan pendapat kamu...

hyemynameisrasyid:-yup saya stuju,setiap insan punyai keistiewaan masing-masing...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...