Persepsi orang muda terhadap usia mereka:-
Sebab muda tu cuma sekali jer...., So...Kita enjoy..!!!
Relax lah brader, kita semua nie masih muda..Umur gua nie masih panjang.. So, apelah salahnya gua nak enjoy sakan nanti dah tua sebelum gua nak mati taubat nasuha lah..Apa ade hal kan...?
Alah....Masa muda nie lah aku nak berseronok..nak seksi meksi..nanti dah tua aku pakai lah tudung tue ha..Takkan bile aku dah tua baru nak pakai seksi-seksi kot...? Buang tebiat ke ape..Jadik mase muda nie lah aku kena try segala fashion yg ade..
Zaman muda nielah gua boleh kumpul awek seberapa banyak yang aku suka..Enjoy sane, Enjoy sini..ade awek biar empat, setia gua pade yang satu..yang lain tue gua spare part jer..Nak buat bini? Sorry ok!! Buat suka-suka boleh lah..Isi mase lapang..hahahahahaha...
Tolonglah perbetulkan persepsi SALAH seperti kenyataan-kennyataan macam tue ye..
Kita muda memang cuma sekali jer..
Tapi itu tak bermaksud kita boleh buat segala apa yang kita suka berlandaskan nafsu semata-mata..
Usia muda juga bukanlah jaminan yang kita akan hidup lama..
Berapa ramai orang yang telah meninggal dunia pada usia muda..?
Kamu yakin ke, yang kamu sempat bertaubat sebelum kamu meninggal dunia..?
Kamu yakin ke,yang kamu sempat menjengah ke usia tua...?
Kita hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari membuat dosa dan kesilapan..
Dengan itu bertaubatlah segera sebelum ianya TERLAMBAT..
Gunakanlah usia muda kita nie sebaik-baiknya..
Jika kamu merupakan seorang pelajar, Maka belajar lah bersungguh-sungguh. Capai cita-cita kamu..kutip dan kumpul segala ilmu yang berguna. Kerana semua itu amatlah penting untuk masa depan kamu juga..
Di usia ini lah kamu seharusnya kumpul bermacam-macam pengalaman hidup...pengalaman di lapangan pelajaran dan kerjaya mahupun pergaulan dengan masyarakat..
Pada usia muda kamu seharusnya berusaha sedaya upaya untuk mengukukuhkan kerjaya, kewangan dan ekonomi kamu..Kamu juga boleh mencuba pelbagai jenis kerja (KERJA YANG HALAL SAHAJA) bagi mengutip seberapa banyak pengalaman, disamping mengisi masa terluang dan mencari duit poket tambahan..
Berbaktilah kepada ibu bapa, keluarga , masyarakat disekitar kamu, juga kepada negara kamu..
Kamu amatlah bertanggungjawab untuk memajukan dan menjaga keharmonian negara kamu..
Pesanan buat diriku dan kamu semua:- "Berusaha lah memajukan kerja dan mencari seberapa banyak ilmu yang berguna laksana kamu akan hidup buat selama-lamanya. Beribadah lah dengan sebaik-baiknya laksana kamu akan meninggal dunia pada keesokkan harinya.Berusaha lah untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Maka dengan itu kamu adalah manusia yang paling bahagia."
Ps:- Entry ini hanyalah pandangan peribadi penulis blog ini semata-mata. Segala gambar hanyalah hiasan yang diperoleh dari google image.
2 comments:
huhu.. ajal maut xmengenal usia :)
yup, sangat tepat sekali..org muda pun ade yg meninggal dunia jugak..
Post a Comment